Siaran Akhbar, 06 October 2025
SIBU - Seramai 35 pegawai dari pelbagai Unit di bawah Jabatan Premier Sarawak (JPS) telah menyertai Bengkel Pembangunan Manual Kualiti MS ISO 9001:2015 Unit-unit Jabatan Premier Sarawak yang diadakan di Tanahmas Hotel, Sibu, bermula pada 23 sehingga 25 September 2025 anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kolaborasi bersama SIRIM Academy SDN BHD. Bengkel selama tiga hari ini bertujuan untuk memperkasa dan menyelaraskan sistem pengurusan kualiti dalam setiap unit JPS bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Bengkel ini merupakan inisiatif penting Jabatan Premier Sarawak dalam usaha berterusan untuk mencapai piawaian kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan kecekapan operasi. Sepanjang bengkel, para peserta telah didedahkan dengan metodologi terkini dalam pembangunan manual kualiti, termasuk amalan terbaik dari agensi awam lain yang telah berjaya melaksanakannya. Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah: i. Piawaian MS ISO 9001:2015 ii. Pembangunan Prosedur Operasi Standard (SOP) iii. Pengurusan risiko iv. Penambahbaikan berterusan Para peserta juga diberi peluang untuk berbincang secara langsung dan berkongsi pandangan mengenai cabaran serta penyelesaian dalam merangka manual kualiti yang efektif dan relevan dengan skop kerja masing-masing. Dengan adanya bengkel ini, dijangkakan setiap unit di bawah Jabatan Premier Sarawak akan mempunyai manual kualiti yang seragam dan berfungsi sebagai panduan rujukan utama dalam melaksanakan tugas harian. Ini selaras dengan visi Kerajaan Sarawak untuk menjadi sebuah kerajaan yang berprestasi tinggi dan berinovasi. - Edisi UKAS
Siaran Akhbar, 24 May 2025
KUCHING, 24 Mei 2025 – Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah menyerahkan sebanyak lapan kotak pakaian “pre-loved” kepada Projek Infak Baju Raya Al Bait dalam satu majlis penyerahan ringkas yang diadakan di Kuching, hari ini. Sumbangan tersebut merangkumi pelbagai jenis pakaian yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) STIU. Usaha ini mencerminkan komitmen jabatan dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya menjelang musim perayaan. Majlis tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Al Bait, yang menyatakan penghargaan atas sumbangan berkenaan dan menekankan manfaatnya kepada masyarakat. “Projek Infak ini merupakan satu inisiatif kebajikan yang sering dikunjungi masyarakat setempat yang memerlukan pakaian raya tanpa sebarang kos,” kata wakil yayasan berkenaan. Pengarah STIU, Encik Superi Awang Said berkata inisiatif tersebut mencerminkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam perkhidmatan awam serta menyemai semangat empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kerja. “Sumbangan ini mungkin kecil, namun besar maknanya kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. Diharapkan ia dapat membawa senyuman dan kegembiraan kepada para penerima,” ujarnya dalam kenyataan. STIU komited untuk terus melaksanakan program CSR yang memberi impak positif kepada masyarakat, sejajar dengan aspirasi Perkhidmatan Awam Sarawak ke arah perkhidmatan yang inklusif dan prihatin.
Siaran Akhbar, 07 August 2025
MIRI: Pengurusan risiko kini semakin ditekankan sebagai budaya kerja proaktif dalam kalangan penjawat awam Jabatan Premier Sarawak (JPS) selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2015 yang menekankan pendekatan berasaskan risiko demi penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam. Sehubungan itu, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. telah menganjurkan Bengkel Pemahaman dan Pelaksanaan Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 pada 5 hingga 6 Ogos 2025, bertempat di Hotel Meritz, Miri. Seramai 32 orang pegawai dari Unit-Unit di bawah JPS telah menyertai bengkel ini yang memberi fokus kepada pemahaman asas pengurusan risiko, kaedah penilaian serta pengaplikasian prinsip ‘risk-based thinking’ dalam sistem kerja harian. Melalui sesi interaktif dan latihan praktikal, peserta dilatih mengenal pasti potensi risiko, menganalisis impak dan merancang tindakan mitigasi yang berkesan bukan hanya sebagai keperluan pematuhan, tetapi sebagai amalan kerja berdaya tahan. Pendekatan ini dijangka dapat mengurangkan ketidakpastian dalam pelaksanaan tugas, di samping membuka ruang kepada penambahbaikan strategik dalam sistem pengurusan kualiti di JPS. –EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 07 August 2025
MIRI: Pengurusan risiko kini semakin ditekankan sebagai budaya kerja proaktif dalam kalangan penjawat awam Jabatan Premier Sarawak (JPS) selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2015 yang menekankan pendekatan berasaskan risiko demi penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam. Sehubungan itu, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. telah menganjurkan Bengkel Pemahaman dan Pelaksanaan Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 pada 5 hingga 6 Ogos 2025, bertempat di Hotel Meritz, Miri. Seramai 32 orang pegawai dari Unit-Unit di bawah JPS telah menyertai bengkel ini yang memberi fokus kepada pemahaman asas pengurusan risiko, kaedah penilaian serta pengaplikasian prinsip ‘risk-based thinking’ dalam sistem kerja harian. Melalui sesi interaktif dan latihan praktikal, peserta dilatih mengenal pasti potensi risiko, menganalisis impak dan merancang tindakan mitigasi yang berkesan bukan hanya sebagai keperluan pematuhan, tetapi sebagai amalan kerja berdaya tahan. Pendekatan ini dijangka dapat mengurangkan ketidakpastian dalam pelaksanaan tugas, di samping membuka ruang kepada penambahbaikan strategik dalam sistem pengurusan kualiti di JPS.–EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 09 August 2025
SIBU: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. menganjurkan Kursus Ketua Juru Audit pada 4 hingga 8 Ogos 2025 di Hotel RH, di sini, sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam Perkhidmatan Awam Sarawak. Kursus yang disertai 25 pegawai kerajaan dari Unit-Unit, Jabatan Premier Sarawak dan Pentadbiran Bahagian itu bertujuan meningkatkan tahap kompetensi, pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kualiti dan audit dalaman. Pengarah STIU, Superi Awang Said berkata, Ketua Juru Audit yang cekap memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem kualiti berada pada tahap cemerlang serta menjadi pemacu kepada penambahbaikan berterusan dalam organisasi. “Kursus ini merupakan strategi utama membina kepimpinan audit yang mantap demi menjamin kualiti dan ketelusan dalam setiap aspek pematuhan. “Ia penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan diyakini rakyat,” ujarnya ketika berucap merasmikan kursus tersebut. Fokus utama kursus ini adalah untuk melahirkan Ketua Juru Audit yang berwibawa dan berkredibiliti sejajar dengan keperluan piawaian antarabangsa ISO 9001:2015. Antara objektifnya termasuk memahami falsafah, konsep dan teknik pengauditan; memahami keperluan SPK; mentafsir piawaian ISO 9001:2015 secara menyeluruh; serta memperoleh kemahiran melaksanakan audit SPK yang berkesan. Sepanjang lima hari penganjuran, peserta turut didedahkan kepada simulasi audit dan perbincangan teknikal bagi meningkatkan keyakinan serta kecekapan dalam pelaksanaan audit. Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu agensi kerajaan negeri memperkukuh struktur tadbir urus melalui pelaksanaan audit dalaman yang berkesan, seterusnya membudayakan amalan kerja cemerlang dan berprestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 01 August 2025
KUCHING: Projek inovasi pemenang pertama Anugerah Kelestarian Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS-NEXT) 2024, iaitu Kumpulan KIK SIRIUS PRIME dari Majlis Bandaraya Miri bertajuk “Kesukaran Mengutip Cukai Taksiran Tahunan Tertunggak” memperkenalkan penggunaan kaedah Garnishee Proceedings bagi meningkatkan kecekapan kutipan tunggakan cukai taksiran. Ketua Kumpulan SIRIUS PRIME, Ahsleen Atma Joshua berkata, kaedah ini terbukti lebih efektif dalam mempercepatkan proses kerja dan mengurangkan kos operasi. “Projek ini berjaya memendekkan tempoh proses kerja daripada 9 bulan 4 minggu kepada hanya 3 bulan 2 minggu. “Penjimatan masa dan kos turut meningkatkan produktiviti serta mengurangkan keperluan tenaga kerja,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat berhubung sesi temu bual KIK SIRIUS PRIME anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU). Sementara itu, Pemangku Setiausaha Bandaraya Miri, Abdul Rahman Taupek, memaklumkan projek ini telah direplikasikan oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain seperti Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Perbandaran Sibu. Malah jelasnya, kaedah Garnishee Proceedings kini dalam proses untuk digunapakai oleh semua PBT di Sarawak. Pengarah STIU, Superi Awang Said dalam kenyataan yang sama menyifatkan kejayaan projek ini sebagai bukti bahawa inovasi dalam sektor awam mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan sistemik merentas agensi. Beliau menekankan kepentingan mereplikasi dan menyeragamkan projek KIK bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). “Keupayaan projek ini untuk direplikasi membuktikan bahawa inovasi sektor awam bukan sekadar penyelesaian dalaman, tetapi mampu mempercepatkan pencapaian agenda transformasi Perkhidmatan Awam Sarawak,” ujarnya. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 25 July 2025
BINTULU: Seramai 60 peserta daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah menyertai Bengkel Penyemakan dan Pengoptimuman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Julai 2025 di sebuah hotel di sini. Bengkel anjuran bersama Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dan Pentadbiran Bahagian Sibu ini memberi tumpuan kepada semakan serta penambahbaikan Prosedur Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR) dan Pengurusan Lesen Perdagangan (TL) yang dilaksanakan di peringkat daerah. Menurut Pengarahnya, Superi Awang Said, objektif utama bengkel adalah untuk memperkukuh prosedur dan kaedah pelaksanaan permohonan agar lebih cekap, efisien dan konsisten, selaras dengan kehendak pelanggan serta pematuhan terhadap piawaian MS ISO 9001:2015. "Penambahbaikan berterusan terhadap prosedur seperti BNR dan TL bukan sahaja memudahkan urusan para peniaga dan pelabur, malah turut menyumbang kepada persekitaran perniagaan yang lebih kondusif sekali gua membantu merancakkan aktiviti ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke Sarawak," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat. Tambahnya, usaha memperkemas prosedur permohonan perniagaan ini amat penting dalam menyokong ekosistem pelaburan di Sarawak. Sepanjang bengkel, para peserta berpeluang menyemak dokumen dan proses sedia ada, mengenal pasti ketidakseragaman pelaksanaan di lapangan serta mencadangkan penambahbaikan dari aspek kejelasan tatacara kerja, pengurangan birokrasi dan penyeragaman dokumentasi rentas daerah. Menurutnya lagi, inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam di Sarawak, sekaligus menyumbang kepada pencapaian matlamat transformasi Kerajaan Sarawak ke arah pentadbiran yang progresif, inklusif dan berimpak tinggi. Antara agensi yang turut serta dalam bengkel ini termasuk Lembaga Hasil Dalam (LHDN), Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Peguam Besar Sarawak, serta wakil-wakil daripada Pentadbiran Bahagian seluruh Sarawak. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 14 July 2025
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) menerima lawatan penanda aras daripada Unit Audit Dalam (UAD), Jabatan Premier Sarawak, di pejabat STIU di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu. Lawatan ini bertujuan meninjau secara langsung pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di STIU sebagai usaha memperkukuh amalan persekitaran kerja yang sistematik. Delegasi UAD diketuai oleh Ketua Sektor Pengauditan ICT, Lee Joon Pei, bersama pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan EKSA. Menurut Lee, STIU dipilih berdasarkan pencapaiannya memperoleh pensijilan 5S dan EKSA dalam tempoh singkat, selain turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, SIRIM dan Malaysia Business Excellence Framework. “Amalan 5S dan EKSA telah menjadi budaya berterusan di STIU, dan ia wajar dijadikan contoh kepada jabatan-jabatan lain,” ujarnya. Sepanjang lawatan, STIU berkongsi pengalaman dan pendekatan pelaksanaan EKSA, termasuk penekanan terhadap elemen penambahbaikan berterusan, pendigitalan dokumentasi, pengurusan ruang kerja terbuka serta sesi lawatan ke ruang pejabat STIU. Pengarah STIU, Superi Awang Said, berkata lawatan ini menjadi platform penting untuk memperlihatkan amalan terbaik EKSA selain mengukuhkan hubungan strategik antara jabatan di bawah Jabatan Premier Sarawak. “Persekitaran kerja yang kondusif bukan sahaja mencerminkan disiplin, integriti dan kesiapsiagaan warga kerja, malah berperanan sebagai pemangkin kepada budaya inovasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien,” katanya. STIU berharap lawatan ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi rentas jabatan dalam memperkukuh amalan pengurusan berasaskan prinsip kualiti, akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan. Ia turut menyatakan komitmen untuk terus menjadi pemudah cara dan rakan strategik dalam menambah nilai tadbir urus Perkhidmatan Awam Sarawak. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 04 July 2025
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) baru-baru ini telah menerima lawatan penanda aras bersama daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Sarawak (ABPM) di Pejabat STIU, Wisma Bapa Malaysia. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan menyeluruh STIU terhadap Kerangka Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MBEF) dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha STIU untuk memperkukuh tadbir urus, mengoptimumkan sistem kerja, dan menyampaikan perkhidmatan awam yang berimpak tinggi. Delegasi PUSAKA yang terdiri daripada 19 pegawai diketuai oleh Suraya Mohammad Ali. Sementara itu, delegasi ABPM Wilayah Sarawak yang berjumlah 18 orang telah diketuai oleh Jesica Sylvester Embuas. Program ini memberi tumpuan khusus kepada MBEF sebagai satu kerangka pengurusan organisasi berasaskan prestasi serta penerapan sistematik EKSA. Menurut Pengarah STIU, Superi Awang Said, STIU mengamalkan pendekatan holistik dalam pengurusan kualiti yang berpaksikan nilai-nilai teras perkhidmatan awam. "MBEF menyediakan hala tuju strategik kepada pengurusan STIU dengan menekankan kepimpinan berasaskan data, pemantauan prestasi yang berstruktur serta penambahbaikan berterusan," jelas beliau. "Pelaksanaan EKSA di STIU bukan sekadar merapikan persekitaran kerja, tetapi merupakan strategi untuk memupuk budaya organisasi yang profesional, cekap dan telus." Delegasi yang melawat telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan MBEF yang melibatkan penilaian awal organisasi dan pelan tindakan susulan secara berkoordinasi. STIU turut berkongsi strategi pelaksanaan EKSA mereka, termasuk pengurusan zon, sistem pendigitalan arkib, serta audit dalaman secara berkala. Sepanjang lawatan tersebut, para peserta turut diperkenalkan dengan beberapa inisiatif yang menyokong agenda transformasi sektor awam Sarawak. Antaranya termasuk Aktiviti Fokus Utama 2.0, MyPortfolio, Kad Skor SCS dan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS). – UKASnews
Siaran Akhbar, 28 June 2025
MIRI – Desktop Assessment bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 sedang dilaksanakan secara menyeluruh dan profesional, melibatkan seramai 39 panel penilai daripada pelbagai bidang kepakaran. Proses ini dikendalikan oleh Sekretariat AKPANS di bawah penyelarasan Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak. Penilaian memberi tumpuan kepada pencapaian amalan terbaik agensi Kerajaan dalam aspek tadbir urus, keberkesanan perkhidmatan dan pelaksanaan inovasi. Bagi menjamin ketelusan, keseragaman dan kebolehpercayaan keputusan, proses rasionalisasi skor turut dilaksanakan sebagai mekanisme kawalan kualiti. Agensi yang mencapai tahap prestasi cemerlang akan disenarai pendek ke peringkat lawatan tapak iaitu fasa verifikasi terhadap pelaksanaan sebenar di lapangan. AKPANS terus menjadi platform strategik Kerajaan Sarawak dalam memperkasa budaya kecemerlangan, akauntabiliti dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Siaran Akhbar, 25 June 2025
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) serta Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mengambil langkah ke arah penambahbaikan proses dan prosedur kerja berkaitan pendaftaran perniagaan yang secara amnya melibatkan pelbagai agensi dan tempoh kelulusan yang panjang. Menurut satu kenyataan, pendaftaran perniagaan standard melibatkan tiga proses utama, iaitu pendaftaran nama perniagaan, permohonan lesen perniagaan, dan permohonan lesen operasi. “Pada masa ini, bagi Daerah Sri Aman, Sibu dan Miri, proses utama ini melibatkan lebih daripada tiga agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Pejabat Perbendaharaan Bahagian dan pihak berkuasa tempatan. “Ini belum termasuk penglibatan agensi teknikal seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kesihatan, serta agensi Persekutuan atau Sarawak yang berkaitan, bergantung kepada jenis perniagaan yang dipohon,” jelas kenyataan itu pada hari Rabu. Kenyataan itu menekankan bahawa berdasarkan kajian, tempoh menunggu untuk kelulusan pendaftaran perniagaan di Sarawak boleh mencecah sehingga 60 hari atau lebih. “Selain itu, proses dan prosedur kerja sedia ada juga didapati tidak seragam dan berpotensi mengelirukan pemohon. “Penemuan kajian ini telah mendorong Kerajaan Sarawak untuk menyemak semula proses pendaftaran perniagaan di negeri ini dengan matlamat memendekkan tempoh menunggu dan memusatkan penghantaran permohonan melalui satu agensi tunggal,” jelas kenyataan itu lagi. Sehubungan itu, satu projek perintis dijadualkan berlangsung pada awal Ogos 2025 di Bahagian Sibu di mana permohonan pendaftaran perniagaan akan diproses oleh Pihak Berkuasa Tempatan, dengan operasi dipusatkan di Bangunan UTC Sibu dan Majlis Daerah Kanowit. Projek perintis ini bertujuan untuk mencapai tempoh kelulusan yang lebih singkat di samping proses yang dipermudahkan dan lebih teratur, disokong oleh penyelesaian digital. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee yang juga merupakan penasihat kepada projek perintis ini menyifatkan reformasi proses pendaftaran perniagaan sebagai satu inisiatif strategik yang selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030), yang meletakkan penambahbaikan Kemudahan Menjalankan Perniagaan (Ease of Doing Business - EODB) sebagai salah satu teras strategik utama bagi menjadikan Sarawak destinasi yang lebih mesra pelabur di rantau ini. Beliau menyeru semua agensi yang terlibat, sama ada agensi Kerajaan Persekutuan atau Sarawak, untuk bekerjasama serta menggabungkan sumber dan idea bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek perintis ini. Sementara itu, STIU, MPHLG dan MPC selaku agensi penyelaras bersama bagi projek ini memaklumkan bahawa maklumat lanjut akan dikongsikan kepada orang awam menjelang pelaksanaan projek perintis ini. – UKASnews
Siaran Akhbar, 18 June 2025
MIRI: Seramai 50 orang wakil daripada pelbagai agensi kerajaan seluruh Sarawak telah menghadiri Bengkel Pemurnian Dokumen Senapang Patah Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama dua hari, bermula 16 hingga 17 Jun 2025. Bengkel anjuran bersama Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dan Pentadbiran Bahagian Bintulu ini bertujuan untuk menyemak, memurnikan dan menyeragamkan dokumen berkaitan pengurusan senapang patah agar selaras dengan piawaian MS ISO 9001:2015. Pendekatan ini juga bertujuan memastikan tadbir urus senjata api yang lebih teratur, cekap dan mematuhi keperluan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Peguam Besar Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pejabat Residen serta Pejabat-Pejabat Daerah dari seluruh wilayah ini. Menerusi satu kenyataan media pada Selasa, bengkel ini merupakan platform penting bagi menambah baik keseluruhan aspek pengurusan senapang patah, terutamanya dari segi kawalan keselamatan, dokumentasi, pemantauan dan penyimpanan senjata api tersebut. Tumpuan turut diberikan kepada peranan PDRM dalam menjalankan tapisan keselamatan terhadap pemohon lesen, manakala Jabatan Kesihatan Negeri pula bertanggungjawab terhadap aspek tapisan kesihatan pemohon, selaras dengan kehendak perundangan semasa. Selain menyemak prosedur kerja sedia ada, bengkel ini juga memperkenalkan beberapa penambahbaikan dan prosedur baharu yang dapat memperkemas sistem pengurusan senapang patah di Sarawak. Inisiatif ini sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh budaya pematuhan, meningkatkan kecekapan pelaksanaan dan mengangkat mutu tadbir urus yang lebih telus serta berintegriti. Selain itu, langkah ini adalah sebahagian daripada aspirasi Sarawak ke arah menjadi sebuah wilayah berprestasi tinggi dan berdaya saing dalam semua aspek pengurusan dan perkhidmatan awam. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 10 June 2025
SIBU: Seramai 35 orang pegawai dari pelbagai agensi di bawah Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS) telah menghadiri Bengkel Kajian Semula Organizational Quality Ecosystem (OQE) bagi pelaksanaan Sarawak Civil Service Environmental Standards (SaCSES) bertempat di sebuah hotel di sini pada 9 dan 10 Jun ini. Bengkel anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) adalah untuk memperkenalkan SacSES menggantikan inisiatif ekosistem kondusif yang telah dilaksanakan selama ini selaras dengan standard yang lebih sesuai untuk konteks PANS. Pengarah STIU Superi Awang Said berkata, SaCSES dibangunkan berasaskan prinsip-prinsip OQE dengan penekanan terhadap pembudayaan persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik, selamat, kondusif dan berdaya tahan. "Sesi ini amat penting untuk menilai semula prinsip OQE berdasarkan pengalaman pelaksanaan inisiatif-inisiatif lain, mengenal pasti kekangan dan cabaran yang dihadapi serta merangka garis panduan SaCSES yang lebih sesuai dengan keperluan PANS," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa. Superi menambah, bengkel ini juga menjadi platform untuk memastikan penyelarasan dan pemahaman bersama dalam kalangan agensi-agensi yang terlibat dengan matlamat memperkukuh budaya kerja yang berkualiti, sistematik, selamat, kondusif serta berdaya tahan di seluruh PANS. Jelasnye, ini sekali gus menyokong usaha transformasi kerajaan negeri dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 22 June 2025
SIMUNJAN: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak telah berjaya menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Penanaman Pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan yang mencerminkan komitmen berterusan unit ini dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar. Program ini melibatkan penyertaan 40 kakitangan STIU dalam aktiviti penanaman sebanyak 648 anak pokok daripada pelbagai spesies termasuk Belian, Engkabang Jantung dan Luis Kerangas. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen STIU terhadap aspirasi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030, khususnya di bawah teras Kelestarian Alam Sekitar sejajar dengan Kempen Penghijauan Sarawak. Hutan Simpan Sabal yang berkeluasan 2,613 hektar merupakan kawasan perlindungan biodiversiti yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna asli. Ia juga berfungsi sebagai tapak penyelidikan strategik bagi usaha pemuliharaan hutan hujan tropika di Sarawak. “Program ini bukan sekadar aktiviti menanam pokok, tetapi juga menjadi platform untuk memupuk kesedaran dalam kalangan penjawat awam tentang peranan setiap individu dalam kepentingan memelihara alam sekitar. STIU percaya bahawa pemuliharaan hutan adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan tindakan berterusan dan penglibatan aktif semua pihak,” kata wakil pengurusan STIU, Nasir Lariwoo. Aktiviti penanaman pokok ini bukan sahaja bertujuan menghijaukan kawasan hutan simpan tetapi juga merupakan satu inisiatif pendidikan bagi memupuk nilai keprihatinan terhadap pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan penjawat awam. Inisiatif ini adalah kesinambungan daripada usaha berterusan STIU dalam melaksanakan program CSR yang memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Antara program yang pernah dilaksanakan sebelum ini termasuk Penanaman Pokok di Hutan Simpan Bakam, Miri, Program Pembersihan Pantai di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Program Bubur Pedas serta Sumbangan Pakaian Terpakai kepada Golongan Memerlukan. — UKASnews
Siaran Akhbar, 09 May 2025
SIBU: Seramai 65 pegawai dari kesemua 12 Pentadbiran Bahagian di wilayah ini telah menyertai Bengkel Pengurusan Risiko bagi Pengurus Risiko Pentadbiran Bahagian Sarawak yang berlangsung selama dua hari, bermula 8 Mei, di RH Hotel Sibu. Bengkel anjuran Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Sibu itu merupakan antara inisiatif berterusan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Selain memperkukuh kefahaman para peserta terhadap aspek pengurusan risiko, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dalam membuat semakan dan pemurnian terhadap Daftar Risiko sedia ada bagi setiap pentadbiran bahagian. Selain itu, ia turut dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan menyokong pelaksanaan inisiatif transformasi secara menyeluruh. Para peserta bukan sahaja berpeluang bertukar pandangan, malah memperluaskan lagi jaringan profesional dalam kalangan pengurus risiko di seluruh Sarawak. Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak komited untuk terus menyokong pembudayaan pengurusan risiko dalam sektor perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada agenda transformasi tadbir urus Kerajaan Sarawak.-EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 16 April 2025
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) berjaya menganjurkan program Bengkel Aplikasi Alat Kawalan Kualiti (QC) 2025 bagi meningkatkan kemahiran peserta ke arah menghasilkan projek yang lebih sistematik dan berkualiti. Berlangsung pada 15 hingga 16 April lalu di sebuah hotel di sini, program itu melibatkan 100 peserta daripada pelbagai agensi Perkhidmatan Awam (SCS) Sarawak dan Persekutuan yang terdiri daripada mereka yang akan mewakili pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) masing-masing dalam Mini Konvensyen KIK bagi tahun 2026. Semua kumpulan yang mendaftar pada tahun ini akan membentangkan projek masing-masing di peringkat KIK bahagian, kementerian, kementerian, dan kementerian. sebelum layak ke Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA). Bengkel dua hari itu bertujuan memperkukuh keupayaan pasukan KIK dalam menghasilkan projek yang lebih sistematik dan berkualiti, selaras dengan kriteria penilaian yang ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang penggunaan Alat QC dan teknik yang betul dalam projek KIK dan untuk memastikan dokumentasi projek KIK memenuhi piawaian yang diperlukan. Semasa merasmikan program itu, Pengarah STIU, Superi Awang Said menegaskan bengkel itu bukan sekadar sesi latihan teknikal, tetapi sebahagian daripada inisiatif yang lebih besar untuk memupuk perkhidmatan awam Sarawak yang progresif dan berorientasikan penyelesaian. Beliau turut berkongsi kemajuan yang memberangsangkan, mendedahkan lebih 280 pasukan KIK telah didaftarkan setakat ini, menandakan peningkatan 54 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Ini mencerminkan semangat proaktif dan komitmen yang semakin meningkat dalam kalangan penjawat awam dalam menerima inovasi sebagai pemacu penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berimpak tinggi,” tambahnya. Program itu merupakan salah satu usaha berterusan STIU untuk memperkukuh budaya inovasi dalam sektor awam selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk membina perkhidmatan awam yang lebih responsif, cekap dan dipacu hasil. Sementara itu, peserta mengalu-alukan bengkel tersebut, menyifatkan ia sebagai platform berharga untuk meningkatkan kualiti projek KIK mereka sambil meningkatkan standard dokumentasi dan pelaporan. Mereka juga menyatakan keyakinan bahawa pengetahuan yang diperoleh akan secara langsung menyumbang kepada penambahbaikan dalam sistem dan proses kerja di seluruh organisasi masing-masing. -UKASnews
Siaran Akhbar, 11 April 2025
KUCHING: Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 kini melangkah setapak lagi sebagai pemangkin transformasi dalam sektor awam wilayah ini apabila Sesi Taklimat AKPANS 2025 berjaya menghimpunkan lebih 590 penjawat awam dari pelbagai agensi kerajaan Sarawak. Program selama tiga hari yang berlangsung pada 8, 10 dan 11 April 2025 ini dianjurkan oleh Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak dengan objektif memperkukuh pemahaman peserta terhadap kriteria penilaian AKPANS serta menyemai budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan agensi. Pengarah STIU, Superi Awang Said dalam ucapan pembukaannya menegaskan bahawa AKPANS bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, malah berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkasa agensi kerajaan menerusi amalan pengurusan yang cekap, telus dan berimpak tinggi. “Budaya kecemerlangan tidak berlaku secara spontan kerana ia menuntut kepimpinan berprinsip, komitmen berterusan dan penglibatan aktif seluruh warga kerja,” ujar beliau. Sesi taklimat kali ini memberi tumpuan kepada sembilan kriteria utama yang menjadi asas penilaian AKPANS 2025 termasuklah aspek kepimpinan organisasi yang mantap, pengurusan kewangan yang telus dan berkesan, serta pengurusan sumber manusia yang strategik dan berorientasikan prestasi. Turut ditekankan ialah pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang efisien, pembudayaan organisasi yang progresif serta keupayaan mengurus hubungan pelanggan secara efektif. Selain itu, penglibatan komuniti yang menyeluruh, pencapaian organisasi yang signifikan, serta kelangsungan dan keberdayaan masa depan juga menjadi elemen penting dalam penilaian keseluruhan. Superi turut menyeru semua peserta untuk menjadikan AKPANS sebagai pemangkin kepada inovasi dan pembaharuan dalam organisasi masing-masing, demi memperkukuh kepercayaan rakyat menerusi penyampaian perkhidmatan yang responsif dan berfokuskan impak. Pelaksanaan AKPANS 2025 dilihat sejajar dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, yang menekankan tadbir urus berimpak tinggi dan perkhidmatan awam yang progresif. Inisiatif ini dijangka memainkan peranan penting dalam membudayakan kecemerlangan dalam sektor awam Sarawak ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 17 April 2025
KUCHING: Komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkasa ekosistem tadbir urus yang cekap, telus dan berimpak tinggi terus dizahirkan melalui penganjuran Program Pembangunan Kapasiti (Advanced) Panel Tenaga Pakar Dasar Amalan Baik Peraturan (GRP) Sarawak oleh Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) pada 15 hingga 16 April 2025. Program ini merupakan manifestasi kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh keupayaan penjawat awam untuk melaksanakan penambahbaikan dasar dan peraturan secara sistematik dan berasaskan bukti. Seramai 11 penjawat awam dari pelbagai agensi telah menyertai program ini, yang memfokuskan kepada penguasaan tujuh Elemen Analisa Impak Peraturan atau lebih dikenali ‘Regulatory Impact Analysis’ (RIA) yang merupakan komponen teras dalam amalan GRP. Pengarah STIU, Superi Awang Said, menegaskan bahawa prinsip tadbir urus yang berpaksikan GRP adalah penting dalam memacu reformasi pentadbiran yang lebih responsif dan mesra rakyat. Jelas beliau, pendekatan ini bukan sahaja menyokong kecekapan pentadbiran, malah turut meningkatkan ketelusan dalam proses membuat keputusan kerajaan. “Kerajaan Sarawak komited untuk terus memperkasa kapasiti penjawat awam agar mampu melaksanakan penambahbaikan berasaskan data dan analisis impak yang menyeluruh. “Ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berdaya saing tinggi, berintegriti dan inovatif,” ujar beliau. Panel Tenaga Pakar GRP Sarawak memainkan peranan penting dalam menyelaras pelaksanaan projek-projek penambahbaikan proses dan peraturan di bawah ‘Key Focus Activities (KFA) 2.0’, yang dilaksanakan secara mandatori oleh semua kementerian dan agensi sejak tahun 2023 melalui Pekeliling KFA2.0. Melalui pelaburan berterusan dalam pembangunan kapasiti dan penerapan prinsip GRP, Kerajaan Sarawak terus membuktikan kesungguhan untuk merealisasikan tadbir urus yang berimpak tinggi demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 25 April 2025
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan semangat Aidilfitri dan aspirasi pembangunan lestari telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 Bersama Rakan Strategik bertemakan “Raya Lestari, Alam Terjaga” di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat. Majlis tersebut bukan sekadar sambutan perayaan, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan sinergi antara agensi kerajaan serta menyampaikan komitmen terhadap tadbir urus yang cekap dan kelestarian alam sekitar. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan dihadiri oleh wakil-wakil kementerian, jabatan kerajaan, serta agensi pelaksana inisiatif transformasi dan inovasi perkhidmatan awam negeri. Pengarah STIU, Superi Awang Said merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan strategik atas sokongan berterusan mereka terhadap pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti SCS Scorecard, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS), Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA), pensijilan MS ISO 9001:2015, Anugerah Kelestarian Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS-Next) serta Key Focus Activities 2.0 (KFA 2.0). Beliau menegaskan bahawa semua inisiatif ini dilaksanakan secara sistematik berasaskan perancangan strategik dan berpandukan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh sistem penyampaian awam yang telus, berimpak tinggi serta responsif kepada keperluan rakyat. Selain itu, majlis ramah tamah Aidilfitri ini turut mengetengahkan inisiatif hijau sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar. Penyampaian simbolik anak pokok markisah dan durian kepada warga kerja dan tetamu kehormat menjadi lambang budaya hijau yang diterapkan dalam kalangan penjawat awam serta masyarakat umum. STIU sebelum ini juga telah melaksanakan Program Penanaman Pokok Bintangor Bukit di Hutan Simpan Bakam, Miri pada Ogos 2024 dan bakal meneruskan Projek Penanaman 500 Pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan pada Julai 2025. Inisiatif ini selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Kebangsaan dalam usaha menangani perubahan iklim dan memelihara ekosistem semula jadi negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah panel penilai AKPANS, Innovation and Quality Coordination Officer (IQCO), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC), juruaudit ISO serta pakar bidang Good Regulatory Practice (GRP) yang menjadi tulang belakang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan awam di Sarawak. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 26 May 2025
KUCHING, 11 April: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki hari ini menziarahi keluarga mendiang Navin Navaratnam, seorang pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak di Jabatan Premier Sarawak yang terkorban dalam kemalangan jalan raya semalam. Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) menerusi kenyataan yang dikongsikan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan, lawatan penuh empati itu diadakan di kediaman keluarga mendiang di Kuching sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap sumbangan dan jasa beliau dalam Perkhidmatan Awam Sarawak. Dalam pertemuan bersama ahli keluarga, beliau menzahirkan rasa dukacita pihak Kerajaan Sarawak atas kehilangan besar ini. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah STIU, Superi Awang Said mewakili warga jabatan dalam menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan moral kepada keluarga mendiang. Kenyataan itu turut memaklumkan, sebagai tanda sokongan dan solidariti, beliau turut menyerahkan sumbangan kepada keluarga mendiang bagi meringankan beban yang ditanggung serta menyampaikan kata-kata semangat dalam menghadapi waktu sukar ini. “Kerajaan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala khidmat bakti dan pengorbanan mendiang sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berharap ahli keluarga terus tabah menghadapi kehilangan ini,”. – TVS
Siaran Akhbar, 26 September 2024
KUCHING 25 September 2024: Sesi Brainstorming Scorecard bagi Pentadbiran Bahagian Sarawak telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan 26 pegawai dari pelbagai agensi termasuk Kementerian dan Unit-unit di Jabatan Premier Sarawak. Berita penuh boleh didapati melalui pautan EDISI UKAS berikut: https://premierdept.sarawak.gov.my/.../news_view/7069/UKAS
Siaran Akhbar, 13 September 2024
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) terus komited dalam usaha mempertingkat kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam di Sarawak. Berita penuh boleh didapati di pautan EDISI UKAS: https://premierdept.sarawak.gov.my/.../news_view/6490/UKAS
Siaran Akhbar, 05 August 2024
5 Ogos 2024 - Pelantikan ini adalah bertepatan dengan hasrat pejabat ini untuk memperkukuhkan lagi struktur organisasi pejabat ini yang telah disusun semula pasca penjajaran dan memantapkan lagi pengurusan pentadbiran pejabat ini secara hogistik bagi memenuhi aspirasi yang telah ditetapkan. Sila imbas QR CODE dbawah untuk maklumat lebih lanjut.
Siaran Akhbar, 13 September 2024
BINTULU: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Bintulu di sini hari ini. Berita penuh boleh didapati melalui pautan EDISI UKAS berikut: https://premierdept.sarawak.gov.my/.../news_view/6214/UKAS
Siaran Akhbar, 21 March 2025
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak, telah berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 yang berlangsung selama empat hari. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan panel penilai dalam meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam menilai agensi kerajaan. Fokus utama program ini adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan penilaian yang holistik. Elemen penting seperti ‘Malaysia Business Excellence Framework’ (MBEF) turut diterapkan bagi memastikan proses penilaian yang menyeluruh dan berkualiti. Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap aspek audit kualiti perkhidmatan, pematuhan prinsip tadbir urus yang baik, serta pembangunan komuniti dan kelestarian agensi pada masa depan. Pengarah STIU, Superi Awang Said, menyatakan bahawa pelaksanaan elemen Business Excellence ini menjadikan AKPANS setaraf dengan sistem penilaian antarabangsa yang digunapakai di 84 negara. “Pemerkasaan panel penilai menjamin ketelusan pemilihan penerima anugerah dan mendorong penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan awam,” katanya. STIU turut merakamkan penghargaan kepada 48 orang panel penilai atas dedikasi dan profesionalisme mereka sekaligus mencerminkan komitmen Perkhidmatan Awam Sarawak dalam memperkukuh tadbir urus serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Difahamkan, AKPANS 2025 akan bermula pada 8 April 2025 dengan taklimat kepada agensi yang terlibat, diikuti dengan penilaian kendiri, audit desktop, pembentangan, serta lawatan tapak.
Siaran Akhbar, 14 March 2025
KUCHING: Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah meneruskan tradisi kebersamaan menerusi Program Agihan Bubur Pedas kepada warga kerja di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat. Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menghargai dedikasi serta komitmen warga Perkhidmatan Awam Sarawak dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Bertemakan 'Sinar Ramadan, Eratkan Ikatan, Kukuhkan Amalan, Semai Keinsafan', program ini bukan sekadar pengagihan makanan tetapi turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan, memupuk keprihatinan serta menyemai rasa kesyukuran dalam kalangan warga kerja. Sebanyak 1,050 bekas bubur pedas telah diagihkan oleh semua warga kerja STIU kepada penerima di seluruh bangunan Wisma Bapa Malaysia. Menurut Pengarah STIU, Superi Awang Said, program tersebut merupakan simbol penghargaan kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan usaha dalam memajukan Perkhidmatan Awam Sarawak. "Kami ingin mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan penuh kebersamaan melalui aktiviti seperti ini. "Bubur pedas yang diagihkan adalah simbol penghormatan kepada usaha gigih warga kerja kerajaan serta mengingatkan kita akan nilai perpaduan dalam masyarakat,” katanya. Katanya, bubur pedas bukan sahaja sajian tradisional bagi berbuka puasa, malah membawa nilai warisan yang mendalam bagi masyarakat Sarawak. Hidangan ini juga mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian serta semangat gotong-royong dalam kalangan rakyat, tambahnya. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai manifestasi keprihatinan dan semangat kekeluargaan dalam institusi perkhidmatan awam.
Siaran Akhbar, 25 March 2025
KUALA LUMPUR: The Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU) has been honoured with a special award in recognition of its enduring efforts to bridge the innovation and technology gap between East and West Malaysia. The award was received by STIU Director, Superi Awang Said, during the Malaysia Technology Expo (MTE) held at the World Trade Centre Kuala Lumpur, as stated in a statement on Friday. In conjunction with the MTE, STIU facilitated the participation of 11 agencies with 21 innovation projects, demonstrating Sarawak’s ongoing commitment to advancing innovation across various sectors. These projects underscore the state government’s dedication to enhancing service delivery through creative problem-solving and technological advancements. STIU has played a leading role in spearheading the Innovative and Creative Circle (ICC) initiative in Sarawak. Through this programme, members of the Sarawak Civil Service (SCS) are equipped with structured problem-solving methodologies, fostering a culture of continuous improvement within the public sector. Additionally, STIU actively facilitates the participation of SCS agencies in prestigious platforms such as the MTE and international quality conventions, allowing these agencies to benchmark against global best practices. This exposure not only enhances knowledge-sharing but also strengthens professional networks, positioning the Sarawak Government as a frontrunner in public sector innovation. In its statement, STIU reaffirmed its commitment to fostering a forward-thinking and innovative public sector, as reflected by the recognition received at MTE 2025. With its strategic focus on building innovation capabilities, STIU continues to empower agencies to adopt cutting-edge solutions, driving Sarawak’s transformation agenda towards excellence and global competitiveness. Also present during the ceremony was Deputy Sarawak Secretary (Operations), Datu Hii Chang Kee.
Siaran Akhbar, 24 February 2025
KUALA LUMPUR: Sarawak emerged as a standout performer at the Malaysia Technology Expo (MTE) 2025, clinching nine Gold Awards in the prestigious Public Service Innovation Awards (PSIA) category. The state’s exceptional achievements showcased its growing prominence in innovation and technology, it said in a statement on Saturday. The awards were a testament to Sarawak's commitment to excellence, with agencies such as the Forest Department Sarawak and the Land and Survey Department leading the way. Each of these departments secured three gold awards for their innovative projects, reflecting the state government’s focus on advancing technology across multiple sectors. The event, held at the World Trade Centre Kuala Lumpur, saw Sarawak represented by 11 agencies presenting a total of 21 projects, further solidifying the state’s role in driving innovation. Sarawak was also honoured as the MTE East Malaysia Region Strategic Partner for its dedication to fostering innovation, with Deputy Sarawak Secretary (Operation), Datu Hii Chang Kee, receiving the award on behalf of the Sarawak Secretary. Director of the Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU), Superi Awang Said, received a Special Award for his leadership in bridging the innovation and technology gap between East and West Malaysia. STIU played a pivotal role in facilitating the participation of Sarawak agencies and ensuring their projects were of the highest standard. Other awards earned by Sarawak included six Silver Awards and six Bronze Awards, alongside nine Special Awards for excellence in various innovation categories. Gold Award Winners (9): - Forest Department Sarawak (3 innovation projects) - Land and Survey Department Sarawak (3 innovation projects) - Land Custody and Development Authority (1 innovation project) - Ministry of Natural Resources and Urban Development (1 innovation project) - Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (1 innovation project) Sarawak also achieved notable success in the Silver and Bronze categories, further cementing its position as a leader in innovation within the public sector. Silver Awards (6): - Sarawak Timber Industry Development Corporation - Land and Survey Department Sarawak - Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak - JKR Sarawak (2 innovation projects) - Mukah Resident Office Sarawak Bronze Awards (6): - Dewan Bandaraya Kuching Utara - Sarawak Timber Industry Development Corporation - Yayasan Sarawak - JKR Sarawak - JKR Bahagian Mukah - Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development Sarawak Special Awards (9): - Forest Department Sarawak (2 innovation projects) - Land and Survey Department Sarawak (4 innovation projects) - Land Custody and Development Authority - Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak - Jabatan Kerja Raya Sarawak MTE 2025, which saw participation from 12 countries and featured 438 innovation projects, reaffirmed Sarawak's commitment to advancing technology and innovation. The event, held annually, continues to serve as a crucial platform for showcasing cutting-edge technologies and fostering collaboration among industry leaders, researchers, and innovators.
Siaran Akhbar, 07 February 2025
SIBU: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama Pentadbiran Bahagian Mukah telah menganjurkan satu sesi libat urus berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 bagi memperkukuhkan pemahaman serta amalan terbaik dalam pengurusan maklum balas pelanggan. Menurut satu kenyataan pada Khamis, sesi libat urus tersebut yang berlangsung pada 5 dan 6 Februari di sebuah hotel terkemuka di sini telah melibatkan pegawai-pegawai dari keseluruhan Pentadbiran Bahagian Sarawak dengan tujuan memastikan kepuasan pelanggan dan penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pentadbiran. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta diberi penerangan terperinci mengenai kepentingan pematuhan kepada keperluan standard ISO 9001:2015 serta kaedah efektif dalam menerima, merekod, menganalisis dan mengambil tindakan susulan terhadap maklum balas pelanggan. “Selain itu, sesi perbincangan interaktif turut diadakan bagi mengenal pasti cabaran serta langkah penambahbaikan dalam sistem pengurusan maklum balas pelanggan. “Diharapkan sesi libat urus ini dapat memberi manfaat kepada semua pegawai yang terlibat dalam sistem pengurusan kualiti, seterusnya menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan Kerajaan Sarawak,” jelas kenyataan tersebut. Semasa sesi tersebut, Timbalan Residen Bahagian Mukah Shafrie Saili turut menekankan kepentingan pengurusan maklum balas pelanggan secara sistematik. Beliau menjelaskan, hal ini bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap pentadbiran kerajaan.
Siaran Akhbar, 07 February 2025
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah menganjurkan satu sesi semakan dan pemurnian pengukuran prestasi Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS) pada 5 dan 6 Februari bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching. Bengkel ini melibatkan penyertaan 25 pegawai daripada pelbagai jabatan dan unit kerajaan, termasuk Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Jabatan Perbendaharaan Sarawak, Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Unit Audit Dalam, serta Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak. Turut hadir ialah Pengarah STIU, Superi Awang Said, bersama pegawai-pegawai kanan STIU. Menurut Superi, sesi ini bertujuan memperkemas dan menyelaraskan Strategic Objectives (SO) serta Key Performance Index (KPI) agar lebih efektif dan relevan dalam mengukur prestasi perkhidmatan awam. Penambahbaikan ini juga sejajar dengan agenda pembangunan kerajaan seperti Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030, Sustainable Development Goals (SDGs), Sarawak Digital Economy Blueprint (SDEB) dan Pelan Strategik Agensi. Selain itu, sesi ini turut memfokuskan kepada pemuktamadan penyeragaman SO, KPI dan Weightage Distribution, yang akan diterapkan oleh PANS, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri, sebelum atau pada suku pertama tahun 2025.
Siaran Akhbar, 22 January 2025
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak telah menerima pengiktirafan sebagai Good Practice Achiever di bawah pensijilan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF). Pengiktirafan ini mencerminkan usaha STIU dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam, meningkatkan produktiviti dan daya saing Kerajaan Sarawak melalui inisiatif transformasi serta inovasi. Dalam satu kenyataan media pada Selasa, sijil tersebut diterima oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki semasa sesi kunjungan hormat Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Zahid Ismail. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Pengarah STIU Superi Awang Said bersama pegawai-pegawai kanan dari MPC dan Jabatan Premier Sarawak. Dalam pada itu, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, pengiktirafan sebagai Good Practice Achiever di bawah pensijilan MBEF adalah satu pencapaian bermakna dalam usaha STIU melaksanakan amalan kecemerlangan organisasi. "Perkhidmatan Awam Sarawak akan terus komited untuk memastikan transformasi dan inovasi menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan responsif. “Selain daripada MBEF, kaedah pengukuran transformasi organisasi yang diamalkan dalam Perkhidmatan Awam Sarawak seperti Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) dan SCS Scorecard turut mewujudkan persaingan sihat di kalangan agensi-agensi ke arah penambahbaikan secara berterusan,” ujarnya. Menurutnya, ianya secara tidak langsung dapat menjamin pencapaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam mencapai teras strategik di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) iaitu ‘Ease of Doing Business’. “Pengiktirafan ini mencerminkan pendekatan strategik STIU dalam memperkasakan penyampaian Perkhidmatan Awam Sarawak secara berstruktur yang selaras dengan PCDS 2030 bertujuan untuk memperkukuhkan visi Sarawak dalam pembangunan mampan dan meningkatkan produktiviti,” katanya. Sementara itu, Superi menjelaskan bahawa MBEF ialah rangka kerja yang disesuaikan dalam konteks Malaysia, berasaskan piawaian antarabangsa seperti Baldrige Excellence seiring dengan amalan terbaik global untuk memastikan organisasi mencapai standard tinggi. Tambahnya, pendekatan MBEF yang bersifat pengukuran prestasi secara berterusan ini sangat menitikberatkan kaedah ADLI yang berdasarkan empat elemen utama iaitu pendekatan (Approach), pelaksanaan (Deployment), pembelajaran (Learning) dan integrasi (Integration) untuk memastikan keberkesanan dan kesinambungan amalan baik organisasi.
Siaran Akhbar, 11 January 2025
LUNDU: Kursus Wajib Pengambilan Anak Angkat merupakan usaha penting untuk meningkatkan kesedaran serta menyediakan maklumat lebih komprehensif kepada individu yang berhasrat untuk mengambil anak angkat. Cadangan ini dikemukakan oleh Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Lundu, Muhammad Isa Limon, yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah MyCreative Idea (MCi) 2024, sebuah platform inovatif yang bertujuan mempromosikan perkongsian idea kreatif melalui portal atau aplikasi mudah alih. Menurut Muhammad Isa, idea pelaksanaan kursus ini tercetus ketika beliau mengikuti pembelajaran mengenai fungsi statutori dan menyedari bahawa tiada kursus wajib yang disediakan bagi pihak yang terlibat dalam pengambilan anak angkat. Sehubungan itu, beliau yakin bahawa keperluan untuk menyediakan kursus yang standard dan seragam adalah sangat penting untuk memastikan semua pihak yang terlibat memahami sepenuhnya hak dan tanggungjawab mereka. "Antara kesan jangka pendek sekiranya idea ini dapat dilaksanakan ialah penghasilan satu silibus standard dan seragam yang dapat digunakan oleh pejabat daerah di seluruh Sarawak. "Manakala, kesan jangka panjangnya pula adalah untuk memastikan setiap pihak yang terlibat memahami dengan lebih jelas tanggungjawab dan tugas mereka, di samping memastikan kebajikan anak angkat sentiasa terjaga,"ujarnya dalam satu temubual bersama Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) baru-baru ini. Mengulas mengenai proses pengambilan anak angkat yang sedia ada, Muhammad Isa menambah, sesi temu duga bersama ibu bapa angkat dan ibu bapa kandung akan diadakan bagi mengelakkan sebarang unsur paksaan atau jual beli. Dalam sesi tersebut katanya, pihak yang terlibat akan diberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab mereka. Inisiatif ini menurut beliau, akan memperkukuh sistem pengambilan anak angkat di Sarawak dan memastikan kebajikan anak-anak yang diambil dapat dijaga dengan baik sepanjang proses tersebut. Anugerah MCI telah disampaikan kepada Muhammad Isa pada Oktober lepas sempena Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2024 yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Muhamad Abu Bakar Marzuki. https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/11418/UKAS
Siaran Akhbar, 20 December 2024
KUCHING: Panel penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) kini bersiap sedia untuk menghadapi proses penilaian edisi 2025 dengan mengadakan sesi suai kenal dan pengenalan kriteria baharu. Inisiatif ini bertujuan menyeragamkan pemahaman panel terhadap standard penilaian, sekaligus memastikan kecemerlangan perkhidmatan sektor awam Sarawak. Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Superi Awang Said menekankan bahawa AKPANS adalah simbol komitmen kerajaan dalam memacu inovasi dan tadbir urus terbaik. “Anugerah ini bukan sahaja mengukur prestasi, tetapi juga menjadi pemangkin untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan,” ujarnya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat. Dengan panel penilai yang terdiri daripada wakil sektor awam, swasta dan pesara kerajaan, sesi ini memastikan proses penilaian dilaksanakan secara telus dan profesional. Pelaksanaan AKPANS melibatkan enam peringkat utama, dirancang dengan teliti untuk menjamin keadilan dan integriti sepanjang proses berlangsung. Langkah strategik ini menunjukkan kesungguhan Sarawak dalam mengekalkan kecemerlangan dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam bagi manfaat rakyat.
Siaran Akhbar, 13 December 2024
Kursus Pensijilan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) Assessor Unit Transformasi Dan Inovasi Sarawak telah berlangsung pada 11 hingga 13 Disember 2024 bertempat di Kuching, Sarawak.
Siaran Akhbar, 29 November 2024
Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah mencatatkan pencapaian bermakna dalam perjalanan ke arah kecemerlangan organisasi melalui pelaksanaan sesi Post-Assessment Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) yang telah berlangsung pada 29 November 2024. Sesi tersebut menandakan penutup kepada siri inisiatif strategik bagi memperkukuhkan proses organisasi dan menyemai budaya inovasi. Perjalanan STIU dengan MBEF bermula pada 3 Mei 2024 melalui pelaksanaan Bengkel Business Excellence for Practitioners. Sejak itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan, termasuk penyediaan dokumentasi strategik dan penglibatan bersama kakitangan bagi memastikan organisasi memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam kerangka MBEF.
Siaran Akhbar, 07 November 2024
Program Pembangunan Kapasiti Untuk Penyelaras Peraturan (RC) Berkaitan Analisa Impak Peraturan (RIA) dan Business Process Reenginering (BPR) - St. Giles Boulevard Kuala Lumpur (6 - 8/11/2024)
Siaran Akhbar, 11 November 2024
Untuk mengikuti perkembangan persekitaran kerja moden yang berfokuskan digital, STIU baru-baru ini telah menganjurkan sesi latihan yang menarik dan praktikal mengenai Kecerdasan Buatan (AI) untuk Peningkatan Produktiviti Tempat Kerja. Program selama dua hari ini telah diadakan pada 11-12 November 2024 di The Waterfront Hotel, Kuching, dan menyatukan kakitangan yang bersemangat untuk meneroka bagaimana AI dapat mengubah tugas harian mereka dan meningkatkan produktiviti keseluruhan. Latihan ini memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal yang akan memberi impak yang bermakna kepada kerja peserta: 1. Menggunakan AI untuk Penjanaan Idea dan Penulisan yang Efisien: Peserta mendalami cara alat seperti ChatGPT boleh membantu mereka dalam menghasilkan idea, merangka dokumen, dan memformatkan kerja mereka dengan lebih berkesan. Dengan mempelajari cara memanfaatkan AI untuk tugas-tugas ini, mereka menemui cara baru untuk bekerja dengan lebih bijak dan menjimatkan masa berharga. 2. Mencipta Visual Berkualiti Tinggi dengan Bing AI: Komunikasi visual adalah penting dalam persekitaran kerja yang pantas pada hari ini. Kakitangan diperkenalkan kepada kemampuan Bing AI dalam menghasilkan imej berkualiti tinggi, satu alat yang dapat menambah tahap profesionalisme dalam pembentangan dan laporan mereka. Kemahiran ini memberi kuasa kepada mereka untuk berkomunikasi dengan lebih jelas dan kreatif. 3. Mereka Pembentangan dan Video yang Berimpak dengan Canva: Melalui latihan praktikal dengan Canva, peserta belajar untuk mereka pembentangan dan video yang menarik. Alat ini membantu mereka membawa idea ke kehidupan dalam cara yang visual dan menarik, menjadikannya lebih mudah untuk menarik perhatian dan menyampaikan mesej dengan berkesan. Latihan ini lebih daripada sekadar pengenalan kepada alat-alat baru—ia adalah peluang bagi kakitangan STIU untuk menerima pemikiran pembelajaran berterusan dan kemahiran digital. Dengan mengembangkan kemahiran ini, STIU sedang membina sebuah pasukan yang bukan sahaja bersedia menghadapi cabaran masa kini, tetapi juga dilengkapi untuk memacu inovasi dan kecekapan di masa hadapan.
Siaran Akhbar, 14 November 2024
SRI LANKA: Menerusi idea yang bertunjangkan inovasi dan kreativiti, empat pasukan Innovative and Creative Circle (ICC) dari Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) berjaya memenangi Gold Awards di 49th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2024 yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 11 hingga 14 November 2024. Pencapaian luar biasa ini menyerlahkan komitmen SCS ke arah kecemerlangan dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan. Antara pasukan yang berjaya meraih anugerah tersebut adalah TECHSKAP dari Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, IPOK dari Pejabat Residen Mukah dan EAGLE dari Majlis Perbandaran Sibu. Delegasi SCS yang diketuai oleh Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Superi Awang Said telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan semangat berpasukan yang tinggi. Kejayaan mereka mencerminkan inisiatif pasukan dan jabatan dalam memastikan kecekapan serta keberkesanan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang bertaraf dunia. Superi semasa ditemubual menyatakan perasaan bangga beliau terhadap penyertaan setiap kumpulan yang mewakili Sarawak pada konvensyen kali ini. Beliau berkata, kejayaan empat pasukan ini bukan sahaja mengekalkan prestasi cemerlang pasukan ICC Sarawak pada setiap edisi ICQCC, malahan ia memberi gambaran jelas bahawa budaya inovasi dan kreativiti yang selama ini diterapkan dalam SCS melalui Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) berjaya mempersiapkan setiap pasukan ICC Sarawak untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Untuk rekod, ICQCC 2024 adalah acara yang sangat kompetitif dengan penyertaan daripada 594 pasukan yang mewakili 15 negara. Konvensyen ini adalah platform global bagi pasukan untuk memperagakan inisiatif kawalan kualiti dan idea inovatif mereka. Kepelbagaian projek tersebut memaparkan penyelesaian yang kreatif dan inovatif dalam mengharungi cabaran era globalisasi masa kini. Prestasi cemerlang pasukan dari Sarawak adalah bukti usaha memupuk budaya kecemerlangan dan peningkatan berterusan. Sejak sekian lama, Konvensyen ICQCC menjadi acara berprestij dalam bidang kawalan kualiti, memberikan peluang kepada pengamal inovasi untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan meraikan pencapaian dalam peningkatan kualiti.
Siaran Akhbar, 08 November 2024
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Awam Sarawak sekali lagi membuktikan komitmen terhadap kecemerlangan apabila menerima Anugerah Khas dalam Majlis Sirim Industri 2024. Pengiktirafan ini diberikan susulan pencapaian cemerlang Perkhidmatan Awam Sarawak yang telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records atas kejayaan dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Pencapaian ini juga menyerlahkan usaha berterusan Sarawak dalam meningkatkan kecekapan dan kualiti pengurusan perkhidmatan awam untuk memastikan perkhidmatan yang memenuhi standard tertinggi bagi rakyat. Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee yang mewakili Perkhidmatan Awam Sarawak memberitahu, pengiktirafan ini adalah bukti komitmen Perkhidmatan Awam Sarawak untuk terus memperkasakan perkhidmatan awam yang berkualiti bagi kesejahteraan rakyat. “Pencapaian ini akan menjadi inspirasi untuk kita mencapai lebih banyak kejayaan dan memastikan setiap jabatan serta agensi mengamalkan pengurusan yang berdaya saing,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada Khamis. Sementara itu, Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) Superi Awang Said berkata, pencapaian ini hasil daripada dedikasi seluruh pasukan kerja yang komited dalam menerapkan inovasi dan integriti dalam perkhidmatan awam. Tambahnya, para penjawat awam Sarawak berbangga dan bertekad untuk terus memacu transformasi berimpak tinggi yang memanfaatkan rakyat dan pembangunan negeri Sarawak SIRIM sebagai agensi kebangsaan dalam standard dan kualiti telah menganugerahkan pengiktirafan ini sebagai bukti keupayaan PANS dalam merancang, melaksanakan dan menambah baik proses pengurusan secara konsisten, selaras dengan piawaian antarabangsa. Difahamkan, MS ISO 9001:2015 adalah piawaian yang mengiktiraf amalan pengurusan kualiti yang mementingkan kepuasan pelanggan serta keberkesanan organisasi. Perkhidmatan Awam Sarawak akan terus berusaha meningkatkan sistem pengurusan berkualiti sebagai sebahagian daripada matlamat mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.
Siaran Akhbar, 04 November 2024
KUCHING: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah hadir menyempurnakan simbolik penyerahan bendera Sarawak kepada ketua delegasi Perkhidmatan Awam Sarawak yang akan ke negara Sri Lanka dan Jepun di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Isnin. Delegasi Perkhidmatan Awam Sarawak yang akan ke Colombo, Sri Lanka dijadual menyertai International Convention on Quality Control Circles 2024 (ICQCC). Rombongan tersebut akan diketuai oleh Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Superi Awang Said dan disertai seramai 35 orang pegawai bermula dari 11 hingga 14 November 2024. ICQCC merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pengamal inovasi dari seluruh dunia untuk bersaing dan berkongsi idea, pengalaman serta kepakaran dalam usaha meningkatkan produktiviti. Sebanyak empat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang merupakan pemenang Anugerah Inovasi Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2023 akan mewakili Sarawak dalam ICQCC 2024. Antaranya Kumpulan LANDS TAHAI Q daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Kumpulan EAGLE (Majlis Perbandaran Sibu), Kumpulan IPOK kPejabat Residen Mukah) dan Kumpulan TECHSKAP (Lembaga Kemajuan Bintulu). Sementara itu, lawatan penanda aras inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak ke Jepun pula akan berlangsung dari 1 hingga 6 Disember 2024. Delegasi tersebut akan disertai seramai 19 orang pegawai sebagai penghargaan atas dedikasi dan usaha gigih kumpulan KIK semasa program ICQCC 2022 di Jakarta, Indonesia. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan inovasi dan peningkatan kualiti penyampaian sektor awam melalui bengkel, simulasi, serta latihan praktikal yang akan dikendalikan oleh pakar dari Jepun. Antara delegasi yang akan turut serta dalam lawatan tersebut ialah tiga kumpulan yang pernah memenangi anugerah semasa program ICQCC 2022 iaitu kumpulan SIRIUS PRIME daripada Majlis Bandaraya Miri yang telah berjaya membawa pulang The Prime Gold Award, manakala kumpulan SASSOKU TECH dan INNOTECH Q9 daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching dan Bahagian Bintulu masing-masing pula telah memenangi Gold Award dalam konvensyen tersebut. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 26 October 2024
KUCHING: Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2024 yang menjadi kemuncak Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSIMon), mengiktiraf kreativiti dan dedikasi luar biasa penjawat awam dari pelbagai agensi. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, penyertaan 36 agensi yang melaksanakan pelbagai program, termasuk bengkel, latihan, sesi perkongsian, pertandingan inovasi, dan pameran mencerminkan kejayaan acara tahunan ini. "Saya dimaklumkan bahawa sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan, dan penganjuran seperti ini berpotensi untuk memperluas pemahaman serta penerimaan anggota penjawat awam mengenai kepentingan inovasi. “Oleh itu, Anugerah Kelestarian yang diperkenalkan buat julung kalinya bertujuan untuk memastikan idea-idea yang telah dihasilkan terus dipelihara bagi memastikan penambahbaikan yang berterusan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis SCSICA 2024 yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Hotel Pullman pada Jumaat. Sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan, menampilkan usaha dan inovasi luar biasa daripada 50 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Terdahulu, Premier Sarawak telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Inovasi Premier, anugerah paling berprestij, di mana Kumpulan Bistari daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM15,000. Kumpulan IPOK dari Pejabat Residen Bahagian Mukah telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Pejabat Residen dan Daerah, sementara Kumpulan Lengkang Wijaya dari SMK Agama Miri mengungguli kategori Persekutuan. Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan dan dif kenamaan lain.
Siaran Akhbar, 18 October 2024
Bengkel Pre-Certification Malaysia Business Excellence (MBEF) bermula dari 16 hingga 18 Oktober 2024 di Kuching, Sarawak. Sesi Pre Assessment BE ini merupakan salah satu aktiviti projek Gap Analysis Business Excellence yang dilaksanakan untuk Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU). Penilaian ini akan membantu STIU untuk mengenalpasti peluang penambahbaikan melalui pengurusan organisasi yang akan melonjakkan peningkatan produktiviti Sarawak secara inklusif berasaskan pembuktian dan outcome based. Hasil daripada pra penilaian, pihak STIU memperoleh maklumbalas kesediaan serta jurang tahap penyampaian semasa yang memberi ruang untuk penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam Sarawak di tahap yang cemerlang dan berdaya saing, seterusnya menyumbang kepada kemakmuran bersama. Sesi ini dikendalikan oleh Dr Zarak Shaifuddin bin Zamrah, MPC Associates. https://www.mpc.gov.my/sarawak-produktif-pre-assessment-business-excellence-be-untuk-unit-transformasi-dan-inovasi-sarawak-stiu
Siaran Akhbar, 15 October 2024
KUCHING: Bengkel Penjawat Awam Sarawak (SCS) Scorecard yang berlangsung selama dua hari bermula pada 15 hingga 16 Oktober 2024 di Kuching telah disertai oleh 48 pegawai daripada 12 Pentadbiran Bahagian Sarawak. Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan pengukuran prestasi pentadbiran di semua bahagian sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. Selain itu, inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan setiap bahagian SCS mampu mengukur dan menilai prestasi mereka secara sistematik, menggunakan pendekatan SCS Scorecard yang lebih tersusun dan berfokus. Usaha ini juga selaras dengan agenda transformasi pentadbiran awam di Sarawak yang memfokuskan kepada peningkatan kecekapan, inovasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan. Hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak Superi Awang Said. Beliau dalam satu kenyataan pada Rabu memberitahu, usaha seumpama ini amat penting dalam usaha memantau prestasi dan penyelarasan strategik dalam pentadbiran awam. Katanya, langkah ini penting untuk memastikan setiap pentadbiran dapat berfungsi secara optimum, berinovasi dan responsif terhadap keperlun rakyat di seluruh Sarawak. -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 16 October 2024
Secara dasarnya, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pemodenan dalam sistem tadbir urus perkhidmatan awam bagi memastikan sistem yang lebih efisien dan responsif. STIU berperanan dalam memupuk budaya inovasi dalam kalangan pegawai awam, menggalakkan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Pengarah STIU di Jabatan Premier Sarawak, Tuan Superi bin Awang Said telah menjelaskan empat peranan penting unit tersebut dalam memperkukuh transformasi dan inovasi dalam Perkhidmatan Awam Sarawak. https://www.rakansarawak.com/v3/2024/10/22/stiu-perkukuh-transformasi-perkhidmatan-awam-sarawak/
Siaran Akhbar, 05 October 2024
BANDAR SERI BEGAWAN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyempurnakan penutupan program One Team Retreat (OTR) 2024 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis. Ketibaan beliau pada jam 9.30 pagi diiringi Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian. Semasa berucap, Datuk Patinggi Abang Zohari telah berkongsi beberapa perkara penting berhubung pentadbiran Sarawak termasuk berkaitan cabaran global yang dihadapi dalam sistem pentadbiran, kepentingan pendekatan sistematik dalam penyampaian perkhidmatan serta penambahbaikan berterusan menjelang 2030. Ucapan beliau diakhiri dengan seruan kepada semua peserta dalam program tersebut, yang terdiri daripada Anggota Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS), agar terus bekerjasama dalam menghadapi cabaran dan memastikan Sarawak terus berkembang dengan cara yang inovatif dan kompetitif. "SCS harus mempunyai satu pemikiran yang seiring. Anda perlu bersatu dalam satu platform menggunakan teknologi yang sama dengan pemikiran yang sama. "Kami dalam kabinet akan berusaha untuk memodenkan sistem supaya kita tiada masalah dalam menghadapi cabaran mendatang. Saya juga percaya strategi kita dilihat oleh dunia,"katanya. Terdahulu, Premier Sarawak telah mendengar laporan dan pandangan yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerusi ucapan aluannya. Laporan berkenaan adalah berdasarkan hasil daripada lima kertas kerja kumpulan yang telah dibentangkan pada hari pertama program itu diadakan. Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin. Turut hadir Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Buckland Bangik (Pentadbiran) dan Datu Hii Chang Kee (Operasi) serta Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) merangkap ketua sekretariat utama Superi Awang Said. Seramai 125 ketua jabatan dari pelbagai agensi dan badan berkanun di Sarawak telah menyertai Program OTR 2024 yang diadakan selama tiga hari dua malam di sini, bermula Selasa.
Siaran Akhbar, 30 November 2024
TAHNIAH Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) serta semua barisan Residen dan Pegawai Daerah di Sarawak mengharumkan perkhidmatan awam Sarawak selepas berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2015 untuk Pentadbiran Bahagian. Majlis SIRIM Industri 2023