BENGKEL PENYELARASAN PROJEK RINTIS EODB: PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI BAHAGIAN SIBU FASA II
Disiarkan pada 05 Mar 2026
Sumber Berita: STIU


Sibu – Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Projek Rintis Ease of Doing Business (EODB) – Pendaftaran Perniagaan Fasa II bertempat di Hotel Tanahmas, Sibu.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada empat perkara utama:
- Memuktamadkan pendekatan perundangan bagi pelaksanaan projek rintis secara sah dan terkawal.
- Menetapkan skop dan parameter sandbox termasuk mekanisme perlindungan kepentingan agensi.
- Menyelaraskan struktur data dan tadbir urus Superform merentas agensi.
- Memperakui pelan pelaksanaan berfasa dengan garis masa dan tanggungjawab yang jelas.
Pelaksanaan Fasa II ini dijangka memperkukuh ekosistem pendaftaran perniagaan di Sarawak, dengan penekanan kepada proses yang lebih cekap, telus dan mesra pengguna, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan negeri dalam mempertingkatkan daya saing ekonomi.