Latar Belakang


Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak yang juga dikenali sebagai STIU telah melalui beberapa penstrukturan semula dalam Jabatan Premier Sarawak (yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Ketua Menteri). Penggabungan antara Unit Pemodenan Perkhidmatan dan Kualiti (UPPQ) dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTU) pada 27 April 2015 telah membentuk Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (SSMU). Pada Mac 2023, penjajaran Bahagian Perkhidmatan Sarawak dan Kerajaan Digital telah dibuat untuk memberi lebih tumpuan kepada Transformasi dan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS).