SCS-FOLIO
myPortfolio
Kerajaan Sarawak telah menjenamakan semula myPortfolio kepada Sarawak Civil Service-Folio (SCS-FOLIO) melalui Surat Pekeliling Bilangan 2 Tahun 2026: Pelaksanaan Sarawak Civil Service-FOLIO (SCS-FOLIO) Perkhidmatan Awam Sarawak bertarikh 16 Februari 2026.
Objektif penjenamaan semula SCS-Folio ini adalah bertujuan untuk:
1. Mewujudkan panduan kerja mengikut acuan Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS)
lni dapat memberi kuasa kepada Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS) untuk mentadbir inisiatif ini tanpa bergantung kepada pihak luar. SCS-Folio dibangunkan khusus untuk konteks pentadbiran Sarawak, supaya lebih relevan dengan struktur organisasi, dasar dan agenda transformasi Sarawak.
2. Meningkatkan Kecekapan & Fleksibiliti
Memastikan setiap pegawai boleh mengurus tugasan dengan lebih sistematik, cepat serta responsif kepada perubahan peranan atau struktur organisasi.
3. Memudahkan Pemantauan & Penilaian Prestasi
Menyediakan platform yang telus untuk semakan tugasan, pemantauan akauntabiliti, serta penilaian prestasi pegawai secara berterusan.
4. Meningkatkan Akauntabiliti & Tadbir Urus
Menjadi dokumen rujukan yang sentiasa dikemas kini, sekali gus mengurangkan risiko maklumat lapuk.
Kelebihan SCS-Folio:
Penjenamaan semula myPortfolio kepada SCS-Folio adalah disebabkan oleh fungsi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang telah dimansuhkan selaras dengan penstrukturan semula kabinet pada 12 Disember 2023. Selain itu, kurangnya Subjektif Matter Expert (SME) / myPortfolio Championdan bagi mengelakkan kebergantungan kepada pihak luar sebagai tempat rujukan dalam pelaksanaan myPortfoliodi Sarawak antarapenyumbang utamakepada cadangan ini.
2. Mengelakkan pertindihan dalam komponen
Komponen dalam myPortfolio sebelum ini mempunyai elemen yang berulang. Sebagai contoh, komponen Proses Kerja dan Senarai Semak adalah sama isi kandungannya.
3. Jawatan berasaskan operasi
SCS-Folio disediakan berdasarkan jawatan operasi, iaitu jawatan yang aktif, diisi dan menjalankan tugas di lapangan. Walaupun waran perjawatan menunjukkan jumlah dan jenis jawatan yang diluluskan, ia tidak semestinya menggambarkan operasi sebenar di unit.
Oleh itu, SCS-Folio mengambil kira jawatan yang benar-benar wujud, peranan semasa pegawai, serta keperluan operasi harian. Pendekatan ini memastikan penilaian skop kerja, beban tugas dan keperluan sumber manusia adalah lebih tepat dan selari dengan keadaan operasi sebenar.
