Anugerah Kelestarian Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS-NEXT)
SCS-NEXT
Anugerah Kelestarian Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS-NEXT) yang diperkenalkan pada tahun 2024 bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada agensi-agensi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) yang terus meningkatkan produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) mereka melalui penyelidikan dan pembangunan.
Objektif SCS-NEXT adalah untuk mengiktiraf agensi SCS yang menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam mengekalkan kelestarian pelaksanaan inovasi produk KIK.
Kriteria penilaian untuk SCS-NEXT merangkumi:
• Hasil Inovasi (Output);
• Impak Inovasi (Outcome);
• Keberkesanan Kos;
• Komitmen Pengurusan Tertinggi;
• Faktor WOW.
