GRP Sarawak


Good Regulatory Practice Sarawak (GRP)

 

Objektif Good Regulatory Practice Sarawak (GRP) adalah untuk mempromosikan sistem pengawalseliaan yang berkesan, cekap, dan bertanggungjawab, serta proses pembuatan peraturan dan polisi yang menyokong usaha untuk merealisasikan Aspirasi Sarawak.

GRP Sarawak terpakai kepada semua perundangan dan polisi yang mempengaruhi ekonomi, sosial, dan alam sekitar, kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara, kedaulatan, undang-undang jenayah, dan agama.