BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN SCS-FOLIO BAGI KEMENTERIAN DAN PENTADBIRAN BAHAGIAN SARAWAK

Disiarkan pada 06 Mar 2026
Sumber Berita: STIU


Kuching – Kerajaan Sarawak melalui Unit Transformasi dan Inovasi telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen SCS-Folio bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula myPortfolio kepada SCS-Folio, berikutan fungsi MAMPU yang telah dimansuhkan selaras dengan penstrukturan semula kabinet pada 12 Disember 2023. Penjenamaan semula ini juga bertujuan mengatasi kekurangan Subject Matter Expert (SME) atau myPortfolio Champion serta mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar sebagai rujukan dalam pelaksanaan myPortfolio di Sarawak.

Bengkel ini menghimpunkan kementerian dan pentadbiran bahagian bagi memperkukuh kefahaman serta memastikan dokumen SCS-Folio dapat disediakan secara sistematik, selaras dengan aspirasi transformasi perkhidmatan awam negeri.