SESI AMANAT PENGARAH BIL. 1/2026 & MAJLIS PRA TAHUN BARU CINA 2026

Disiarkan pada 28 Jan 2026
Sumber Berita: STIU
 
KUCHING – Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah menganjurkan Sesi Amanat Pengarah bersama dengan Majlis Pra-Sambutan Tahun Baru Cina 2026.

Majlis ini menjadi platform kepimpinan untuk menyampaikan mesej utama kepada warga jabatan, di samping memperkukuh semangat kebersamaan menjelang musim perayaan. Kehadiran semua kakitangan menyerikan lagi acara, mencerminkan keterangkuman serta keharmonian dalam organisasi.

Dalam amanatnya, Pengarah menekankan kepentingan enam nilai bersama, etika kerja, serta komitmen kolektif dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. Majlis pra-sambutan turut berlangsung dalam suasana mesra dan meriah, melambangkan semangat perpaduan serta muhibah dalam kalangan warga agensi
 

Di Kuching kita berhimpun bersama,
Mendengar amanat penuh makna.
Pengarah menutur kata berwawasan,
Menyuluh jalan transformasi berkesan.

Inovasi digarap, semangat dipacu,
Perkhidmatan awam terus maju,
Warga bersatu, tekad diperkasa,
Menyambut tahun baru dengan ceria,

Lampu merah, kuning menyala,
Simbol muhibah, harmoni terpelihara,
Tahun Baru Cina menjelang tiba,
Perpaduan teguh, harapan membara,