STIU Anjur Bengkel Pemurnian Pengukuran Prestasi Perkhidmatan Awam Sarawak

Disiarkan pada 07 Feb 2025
Sumber Berita: Edisi UKAS


KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah menganjurkan satu sesi semakan dan pemurnian pengukuran prestasi Perkhidmatan Awam Sarawak (PANS) pada 5 dan 6 Februari bertempat di The Waterfront Hotel, Kuching.

Bengkel ini melibatkan penyertaan 25 pegawai daripada pelbagai jabatan dan unit kerajaan, termasuk Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Jabatan Perbendaharaan Sarawak, Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Unit Audit Dalam, serta Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak.

Turut hadir ialah Pengarah STIU, Superi Awang Said, bersama pegawai-pegawai kanan STIU.

Menurut Superi, sesi ini bertujuan memperkemas dan menyelaraskan Strategic Objectives (SO) serta Key Performance Index (KPI) agar lebih efektif dan relevan dalam mengukur prestasi perkhidmatan awam.

Penambahbaikan ini juga sejajar dengan agenda pembangunan kerajaan seperti Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030, Sustainable Development Goals (SDGs), Sarawak Digital Economy Blueprint (SDEB) dan Pelan Strategik Agensi.

Selain itu, sesi ini turut memfokuskan kepada pemuktamadan penyeragaman SO, KPI dan Weightage Distribution, yang akan diterapkan oleh PANS, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri, sebelum atau pada suku pertama tahun 2025.