icon AJAX Error
Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator.
icon
Close

image image
  • Laman Utama
  • BERKENAAN STIU
    • BERKENAAN STIU
    • VISI DAN MISI
    • PIAGAM PELANGGAN
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
  • INISIATIF
    • INISIATIF
      • INISIATIF STIU KESELURUHAN
      • MyCreative Idea (MCi)
      • SCSICA
      • Key Focus Activities (KFA) 2.0
      • SCS Scorecard
      • AKPANS
      • SCS-NEXT
      • HPT/OTR
      • Leadership Forum
      • GRP Sarawak
      • MS ISO 9001:2015
      • myPortfolio
      • SACSES
  • Media
    • BERITA STIU
    • Resources
    • GAMBAR STIU
  • Direktori Kakitangan
  • PENERBITAN
    • BULETIN STIU
      • Buletin STIU 3/2025
      • Buletin STIU Siri 1/2024
      • Buletin STIU Siri 2/2024
      • Buletin STIU Siri 2/2025
      • Buletin STIU Siri 1/2025
  • Hubungi Kami

Amalan Baik Peraturan (GRP)

 
Bagi Pelaksanaan Inisiatif KFA2.0 untuk tahun 2024, 40 cadangan projek telah dikemukakan oleh agensi kepada STIU. Projek tersebut telah dikemukakan dari kalangan Kementerian Sarawak dan agensi di bawah Jabatan Premier Sarawak. Daripada 40 projek tersebut, 15 projek adalah tergolong dalam kategori Penambahbaikan Peraturan. Ini bermakna projek tersebut akan melalui inisiatif Amalan Baik Peraturan (GRP) atau secara khususnya menggunapakai kaedah Analisa Impak Peraturan (RIA) terlebih dahulu sebelum merangka dokumen Penyata Impak Peraturan (RIS). Di dalam konteks ini, RIS adalah signifikan untuk bertindak sebagai 'kick start' kepada penyediaan  Kertas MMKN sekiranya perlu.
<< Balik ke Penyenaraian
 


Hakcipta © 2020 Jabatan Premier Sarawak Last Updated on 4 April 2022


Kemas Kini Terakhir Pada 14 Nov 2025

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

image
image
image

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

TINGKAT 20, WISMA BAPA MALAYSIA,

PETRA JAYA, 93502 KUCHING,

SARAWAK.

NO. TEL: +6082-441957

NO. FAKS: +6082-441677

EMEL: 555999@sarawak.gov.my

Sarawak Gov App
image image
Peta Laman Aduan & Maklum Balas Dasar Privasi Terma Dan Syarat Polisi Keselamatan
Kaunter Pelawat: 28270162
imageImbas untuk Telefon Bimbit
image
image Kalendar
image Pengumuman
AKPANS 2025 Pemacu Utama Peningkatan Tadbir Urus & Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak
image
KUCHING: Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 terus muncul sebagai pemacu utama peningkatan tadbir urus dan inovasi dalam perkhidmatan awam apabila keputusan rasmi diumumkan sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Sarawak 2025.
Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Superi Awang Said berkata, penilaian tahun ini memberi tumpuan kepada lima dimensi utama iaitu kepimpinan strategik, penyelarasan operasi, inovasi dan teknologi, keberkesanan pelaksanaan serta impak kepada rakyat.
Menurutnya, setiap agensi dikehendaki mengemukakan laporan akhir yang komprehensif, diikuti pembentangan serta proses verifikasi bukti secara sistematik.
“Panel penilai dilantik daripada pelbagai latar belakang merangkumi pentadbiran awam, pengurusan strategik, pembangunan organisasi dan transformasi digital.
“Pendekatan ini memastikan penilaian bukan sahaja adil tetapi juga sejajar dengan keperluan semasa perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Superi turut memaklumkan bahawa AKPANS 2025 menunjukkan perkembangan ketara dalam aspek tadbir urus, khususnya peningkatan penggunaan data dalam membuat keputusan, penerapan teknologi bagi memperkemas proses serta keupayaan mengukur impak program dengan lebih tepat.
Beliau menambah, pendekatan 3R iaitu Revisit, Rethink, Recharge terus menjadi asas kepada penambahbaikan kitaran penilaian, sekali gus menggalakkan agensi menilai keberkesanan proses, merombak strategi yang kurang relevan dan memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi.
Katanya lagi, segmen penyampaian anugerah dalam HPA 2025 merangkumi pelbagai kategori yang mencerminkan kepelbagaian fungsi agensi kerajaan dan penyertaan mencatat peningkatan yang sangat signifikan dengan 171 agensi melibatkan Badan Berkanun Sarawak dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Persekutuan, Unit dibawah Jabatan Premier Sarawak, Jabatan, Pentadbiran Bahagian serta Kementerian.
Keterlibatan luas ini, menurutnya, mengukuhkan lagi peranan AKPANS sebagai pemacu produktiviti, inovasi dan tadbir urus progresif dalam sektor awam negeri.
Justeru, beliau menyimpulkan bahawa keseluruhan pencapaian AKPANS 2025 menjadi indikator jelas terhadap kesiapsiagaan sektor awam Sarawak untuk terus bergerak kehadapan dalam mendokong hala tuju pembangunan di bawah Strategi Pmebangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.-EDISI UKAS
image Facebook
image Youtube