PBB@STIU Bulan Februari 2026 (SESI PERKONGSIAN GARIS PANDUAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK)

Disiarkan pada 13 Feb 2026
Sumber Berita: STIU

Kuching - Program ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran penjawat awam mengenai definisi, bentuk serta implikasi gangguan seksual di tempat kerja selaras dengan garis panduan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan peruntukan Akta Anti-Gangguan Seksual 2022. Ceramah turut menerangkan tanggungjawab pegawai, saluran aduan rasmi serta tindakan tatatertib yang boleh dikenakan. Program ini diharap dapat mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, profesional dan berintegriti.