Kuching- Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan SCS Scorecard bertempat di Raia Hotel, Kuching. Program ini bertujuan menetapkan KPI bagi SCS Scorecard tahun 2026, sekali gus memperkukuh hala tuju service delivery di sektor awam Sarawak.
Bengkel ini memberi penekanan kepada penyelarasan metrik KPI dengan dasar-dasar utama Kerajaan Sarawak, termasuk PCDSS30, SEDB, STIU PSPPP dan RBB. Penyelarasan ini bukan sahaja memastikan KPI yang ditetapkan relevan dengan keperluan semasa, tetapi juga memudahkan auditor untuk menghubungkaitkan pencapaian dengan rujukan dasar dan polisi yang sedia ada.
Sepanjang bengkel, peserta terdiri daripada SO Owner dan KPI owner berkaitan telah diberi pendedahan mengenai kaedah penetapan KPI yang sistematik, berasaskan data, dan boleh diukur. Perbincangan turut menekankan kepentingan integrasi antara dasar kerajaan dengan pelaksanaan di peringkat agensi, agar setiap sasaran yang ditetapkan dapat dicapai secara konsisten dan berimpak tinggi.
Menurut pihak penganjur, bengkel ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform penyelarasan KPI, tetapi juga sebagai ruang perkongsian idea dan pengalaman antara pegawai pelaksana. Ia diharap dapat melahirkan budaya kerja yang lebih inovatif, berorientasikan hasil, serta menyokong aspirasi Sarawak sebagai wilayah maju menjelang 2030.
Dengan adanya bengkel ini, STIU yakin bahawa KPI yang ditetapkan akan menjadi panduan jelas dalam mengukur pencapaian, memperkukuh akauntabiliti, dan memastikan setiap inisiatif transformasi memberi manfaat langsung kepada perkhidmatan awam Sarawak (PANS).