Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Pengenalan Kursus Baharu Dalam Aeroangkasa Pacu Sarawak Ke Arah Negeri Berteknologi Tinggi

KUCHING: Pengenalan kepada kursus baharu dalam bidang aeroangkasa akan memacu Sarawak ke arah negeri berteknologi tinggi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Kerajaan Sarawak melalui Kolej Universiti i-CATS baru-baru ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membuka Fakulti Aeroangkasa. “Semalam saya mengumumkan i-Cats akan menawarkan program aeroangkasa dengan ia sudah pun menerima kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi, ia merupakan kursus berkaitan dengan teknologi melibatkan cip dan komponen kapal terbang. “Ini adalah sesuatu yang baharu, kita (Kerajaan Sarawak) mahu semua anak Sarawak belajar dalam bidang baharu ini untuk membangunkan Sarawak sebagai negeri berteknologi tinggi,” ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Persatuan Klan Sim Teochew Sarawak kali ke-40 di sini pada Ahad. Menjelas lanjut, Datuk Patinggi Abang Zohari berkata, pendidikan merupakan kaedah terbaik untuk rakyat di negeri ini keluar dari belenggu kemiskinan. Justeru, beliau menyeru kepada anak-anak Sarawak untuk mengambil serius akan perkara itu dengan memanfaatkan peluang dan ruang yang disediakan pihak kerajaan. “Kalau kita mahu keluar dari kemiskinan, jawapannya tidak lain ialah menerusi pendidikan. “Apabila anak kita pandai, mereka kemudian akan menyumbang kepada masyarakat,” jelas beliau lagi. Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian dan Presiden Persatuan Klan Sim Teochew Sarawak, Sim Moh Khian. -EDISI UKAS  

Lihat

news

MSMEs Play Major Role In Contributing To Economic Growth

MIRI: The Micro, Small, and Medium Enterprises (MSMEs) play a crucial role in creating job opportunities, increasing income, and contributing to the economic growth of both the state and the country. Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said MSMEs represent 1.17 million (97.4 per cent) of the total 1.20 million business community in Malaysia, with 83,708 MSMEs being from Sarawak. “Therefore, the Sarawak government always pays attention to the local MSMEs which are the backbone of economic development through various initiatives and programmes such as today’s Sarawak Entrepreneurs Showcase Programme,” he said. He said this during the opening ceremony of the Sarawak Entrepreneurs Showcase (SUS) @ Miri 2024 here, on Saturday. Additionally, Datuk Amar Awang Tengah mentioned that SUS is a platform to highlight various products from the 51 top entrepreneurs representing the Divisional Entrepreneur Development Council (MPUB) and agencies in Sarawak. He added that the programme also highlights local products recognised with halal certification from the Sarawak Islamic Religious Department. “I believe this halal recognition can elevate local products to the global market, as the use of halal products is guaranteed to be safe and clean,” he said. Moreover, he said that SUS also offers various interesting activities such as business pitching and business matching through the participation of anchor companies like MyGalore, Borneo Outlet, MYDIN, AEON, and Alfamy, with a potential sales target of RM3 million. -UKASnews

Lihat

news

Peluang Institusi Pendidikan Di Sarawak Menjadi Teras Penting Untuk Pelajar

MURUM: Dalam membina kerjaya yang sesuai, pendedahan mengenai peluang yang ada khususnya mengenai institusi pendidikan yang ada di Sarawak menjadi teras penting kepada para pelajar. Timbalan Menteri Digital Malaysia Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, hal ini disebabkan dengan adanya arah tuju yang jelas melalui sesi perbincangan dan bimbingan bersama wakil-wakil institusi yang sanggup berkorban masa dalam Ekspo Pendidikan Sarawak. Menurutnya, ia adalah satu peluang yang harus digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar. Tambah Datuk Wilson Ugak, inisiatif Yayasan Sarawak menganjurkan program promosi pendidikan di semua daerah di Sarawak merupakan satu usaha untuk memastikan semua pelajar khususnya lepasan SPM dan STPM mendapat maklumat terkini mengenai peluang pendidikan yang ada di Sarawak. "Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telahpun menubuhkan institusi pengajian tinggi dan institusi kemahirannya di Sarawak. "Penubuhannya merupakan satu usaha agar anak-anak Sarawak berupaya untuk melanjutkan pelajaran masing-masing baik pembelajaran bercorak akademik mahupun kemahiran," jelasnya. Beliau berkata demikian dalam Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Belaga Tahun 2024 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaa Bakun, Sungai Asap, Belaga pada Sabtu. Melalui penganjuran ekspo ini katanya, beliau ingin menyeru agar para pelajar menggunakan peluang ini untuk mendapat bimbingan dan nasihat daripada wakil-wakil institusi yang ada. Ini kerana maklumat berkenaan akan mampu digunakan untuk pelajar membuat perancangan untuk masa depan masing-masing, ujar beliau. Dalam masa yang sama ia juga membolehkan pelajar membuat sasaran untuk meningkatkan pencapaian akademik supaya mampu mengambil kursus yang menjadi sasaran atau idaman. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon, Pegawai Yayasan Sarawak Veronica Nuie Junan, Pegawai Tadbir Menguasa, Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap Adella Talu, Pengetua SMK Bakun Usat Ebut, Ketua Polis Daerah Belaga DSP Jimbai Bala Pemanca Tony Kulleh dan Pemanca Umek Jeno. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Sarawak Contoh Terbaik Dalam Mempelopori Bidang Pendidikan

SARIKEI: Sarawak merupakan salah satu contoh terbaik dalam mempelopori kepelbagaian bidang pendidikan kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato' Sri Huang Tiong Sii, penubuhan institusi pengajian tinggi di bawah inisiatif Kerajaan Sarawak merupakan satu usaha bagi menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di universiti milik Kerajaan Sarawak. "Ekspo Pendidikan ini merupakan satu usaha yang baik untuk memastikan pelajar berupaya mendapat maklumat terkini mengenai peluang pendidikan yang ada. "Dengan mengambil peluang ini, pelajar-pelajar boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang lebih baik mengenai institusi pendidikan yang ingin diikuti," ujar beliau. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Ekspo Pendidikan Daerah Sarikei pada Sabtu. Harapannya agar ekspo ini digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan merealisasikan impian Sarawak menjadi wilayah yang maju menjelang 2030. Dato' Sri Huang turut mengucapkan tahniah kepada 112 orang pelajar cemerlang daripada Daerah Sarikei yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Hadir sama Residen Bahagian Sarikei Micheal Ronnie Langgong, wakil Yayasan Sarawak Yantiska Mahmud, Pegawai Daerah Sarikei Louis Yeo Soon Guan, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei Lau Ngie Tung, para pelajar serta ibu bapa. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Ahli Parlimen Sarikei Hulur Sumbangan Kepada 12 Sekolah Di Meradong

SARIKEI: Sebanyak 12 buah sekolah di kawasan Meradong telah disumbangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sarawak Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Wakil Dato’ Sri Huang, Gung Chiu Kion menyerahkan sumbangan berkenaan dalam majlis ringkas diadakan di 12 sekolah terbabit pada Jumaat. Terdahulu, Dato’ Sri Huang mengagihkan pakaian seragam sekolah tajaan beliau kepada semua sekolah di Meradong pada Februari yang lalu. Menurut Ahli parlimen Sarikei itu, beliau amat mementingkan pendidikan dan mengambil berat tentang keperluan rakyat. Selepas dipilih sebagai wakil rakyat, beliau mula menyumbangkan pakaian seragam sekolah, kasut dan beg sekolah kepada pelajar di kawasan Meradong bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa pelajar. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok turut berharap semua pelajar dapat belajar dengan gembira di sekolah tanpa mengira latar belakang dan serba kekurangan. Antara sekolah yang menerima sunbangan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung, SK Bandar Bintangor, SK St Augustine, SMK Bandar Bintangor, SJKC Ming Tee, SK Gemuan, SJKC Ming Lu, SJKC Ming Ching, SJKC Ming Daik dan SMK Meradong. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Ekspo Pendidikan Usaha Pastikan Pelajar Dapat Maklumat Mengenai Pendidikan Di Sarawak

BETONG: Ekspo Pendidikan merupakan satu usaha yang baik untuk memastikan anak-anak berupaya mendapat maklumat terkini mengenai peluang-peluang pendidikan yang ada di Sarawak. Ahli Parlimen Betong Dr. Richard Rapu berkata, penubuhan institusi pengajian tinggi di Sarawak khususnya yang merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak merupakan satu usaha untuk memberi peluang kepada anak-anak melanjutkan pelajaran mereka baik dalam bidang akademik mahupun kemahiran. "Apabila kita bercakap mengenai pendidikan, tentu saja ianya telah menjadi suatu keperluan. "Melalui pendidikan, seseorang itu mampu mengukur potensi diri yang dimilikinya dan kerjaya yang harus diimpikan dan sesuai untuk menghadapi masa depan, seperti dunia pekerjaan dan sebagainya," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Daerah Betong bertempat di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong disini pada Sabtu. Jelas beliau, Kerajaan Sarawak telah berupaya menarik banyak pelaburan ke Sarawak, kerana telah berjaya meneroka ekonomi baharu yang mampu meningkatkan ekonomi dan hasil Sarawak. Oleh itu, golongan muda memainkan peranan untuk berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran masing-masing dan meningkatkan daya saing merebut peluang daripada ekonomi terbuka ini. Dengan penekanan di bawah sektor tenaga hijau yang sedang diusahakan oleh kerajaan misalnya, golongan belia harus tangkas untuk merebut peluang sedia ada agar mereka layak untuk mengendalikan peluang pekerjaan disediakan nanti. Turut hadir, Pegawai Daerah Betong.Alfred Geling Ason serta tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Festival Nasyid KJM BGS: Merayakan Harmoni Musik Nasyid

KUCHING: Kumpulan Awabim diumum sebagai juara Festival Nasyid Kejiranan Mesra (KJM) Boyan Gersik Sourabaya (BGS) 2024 yang berlangsung di Esplanade BGS, pada Sabtu. Kejayaan itu sekali gus membolehkan kumpulan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai dan piala. Sementara kategori persembahan terbaik disandang oleh kumpulan Aisha yang juga membawa pulang piala dan wang tunai. Festival tersebut disifatkan sebagai acara seni musik nasyid dengan semangat kebersamaan dan agama. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai. Festival ini berlangsung selama dua hari bermula pada 26 hingga 27 Julai 2024 bertempat di Esplanade BGS di mana sebanyak 14 kumpulan bertanding dan mempersembahkan lagu-lagu nasyid dengan gaya unik dan inspiratif. Selain itu, festival ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara KJM di samping mempromosikan seni nasyid dan menghargai kepelbagaian budaya dan agama. Hadir sama, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Golongan Belia Diseru Tingkat Ilmu Untuk Ambil Peluang

SIMANGGANG: Golongan belia diseru meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk mengambil peluang daripada ekonomi Sarawak yang sedang berkembang.   Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis memberitahu, golongan belia harus tangkas untuk merebut peluang sedia ada agar mendapatkan peluang pekerjaan yang disediakan di bawah sektor tenaga hijau yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak.   “Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), Sarawak akan menyaksikan kemakmuran ekonomi yang dipacu oleh data dan inovasi. Pengenalan Pelan Tindakan dan Pelaksanaan (AIP) PCDS 2030 telah meletakkan Sarawak dengan jelas langkah serta tindakan yang perlu diambil untuk mencapai pembangunan baharu itu.    “Kita sedang memacu pembangunan infrastruktur kita untuk meningkatkan taraf hidup, mengembangkan ekonomi bagi menyediakan peluang perniagaan dan peluang  pekerjaan serta melatih anak-anak Sarawak untuk menjadi lebih mahir dan meningkatkan tahap pendapatan,” jelasnya.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Daerah Sri Aman 2024 di sini pada Sabtu.    Dalam pada itu, Datuk Francis Harden berkata, masa depan Sarawak amat cerah kerana mempunyai banyak sumber yang boleh dimanfaatkan untuk menjadikan negeri ini sebuah kuasa ekonomi di Malaysia dan di rantau ini pada masa hadapan.    “Ramai pelabur ingin menanam modal di Sarawak kerana negeri ini mempunyai kelebihan dari segi kestabilan politik dan perpaduan rakyat berbilang bangsa, keturunan dan agama atas dasar toleransi yang sangat tinggi serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.    “Dalam aspek pendidikan, saya ingin menyeru anak-anak sekalian agar terus menanamkan semangat tinggi untuk menimba ilmu sebab di Sarawak, kita sudah mempunyai institusi pengajian tinggi yang bertaraf dunia,” ujarnya. -EDISI UKAS

Lihat

news

Ekspo Pendidikan Daerah Lingga Dianjurkan Untuk Kali Pertama

LINGGA: Ekspo Pendidikan Daerah Lingga dianjurkan untuk kali pertama selepas Daerah Lingga berstatus daerah penuh.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, Ekspo Pendidikan itu bertujuan menyebar maklumat mengenai peluang pendidikan yang ada di Sarawak khususnya institusi di bawah kelolaan Kerajaan Sarawak dan Yayasan Sarawak.   “Ianya amat penting supaya anak-anak kita yang berada di luar bandar khususnya tidak terlepas pandang dan sentiasa mendapat info terkini mengenai perkembangan pendidikan di Sarawak,” katanya.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Daerah Lingga 2024 di sini pada Sabtu.   Dalam pada itu, Dayang Noorazah menyeru kepada anak-anak Sarawak khususnya di Daerah Lingga untuk menanamkan semangat tinggi untuk menimba ilmu di Sarawak.   “Kita telah mempunyai institusi yang bertaraf dunia dan melalui institusi ini, ianya menyediakan peluang kepada anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.   “Oleh itu, ekspo ini saya lihat mampu memainkan peranannya ke arah meningkatkan usaha kita untuk menyedarkan anak-anak khususnya di kawasan-kawasan luar bandar mengenai peluang pendidikan yang ada khususnya di institusi di bawah Yayasan Sarawak,” ujarnya.    Turut hadir ialah Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Muliza Azani Saruji, Pengetua SMK Lingga Mesra Beji dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman Mohammad Azri Bunyok. -EDISI UKAS

Lihat

news

Aktiviti Solidariti Komuniti Terapkan Budaya Kepedulian

SEBUYAU: Aktiviti solidariti komuniti mampu menerapkan budaya kepedulian dalam jiwa masyarakat agar integrasi dan kesejahteraan sosial terus terjalin antara satu sama lain.    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, aktiviti tersebut juga akan memantapkan budaya kepedulian dalam masyarakat agar integrasi dan kesejahteraan sosial dalam kalangan komuniti terus terjalin.   “Melalui aktiviti solidariti komuniti, perkongsian bersama agensi pembangunan sosial dan sukan solidariti komuniti yang telah dilaksanakan, saya percaya para peserta sudah dapat menghayati nilai dan kepentingan hubungan baik agar hubungan berkualiti dapat ditingkatkan tanpa mengira jantina, peringkat umur, etnik dan agama,” jelasnya.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Randau Solidariti Komuniti di Kampung Sungai Nyamok di sini pada Sabtu.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berharap program sebegini akan pasti membuahkan hasil selagi dilaksanakan dengan penuh komitmen dan secara konsisten.    “Semoga program ini telah mencetus kesedaran dan penghayatan kita tentang nilai perpaduan, pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti,” katanya.   Difahamkan, antara pengisian program ialah ceramah oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Samarahan, ceramah oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Bahagian Samarahan.   Dalam majlis sama, beliau juga merasmikan jambatan simen Kampung Sungai Nyamok di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) yang berjumlah RM436,415.75 dan telah disiapkan pada tahun 2023.   Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam, Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat dan Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang. -EDISI UKAS

Lihat
PertamaSebelumnya2601260226032604260526062607260826092610SeterusnyaTerakhir