Festival Nasyid KJM BGS: Merayakan Harmoni Musik Nasyid

Disiarkan pada 28 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Kumpulan Awabim diumum sebagai juara Festival Nasyid Kejiranan Mesra (KJM) Boyan Gersik Sourabaya (BGS) 2024 yang berlangsung di Esplanade BGS, pada Sabtu.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan kumpulan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.

Sementara kategori persembahan terbaik disandang oleh kumpulan Aisha yang juga membawa pulang piala dan wang tunai.

Festival tersebut disifatkan sebagai acara seni musik nasyid dengan semangat kebersamaan dan agama.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Festival ini berlangsung selama dua hari bermula pada 26 hingga 27 Julai 2024 bertempat di Esplanade BGS di mana sebanyak 14 kumpulan bertanding dan mempersembahkan lagu-lagu nasyid dengan gaya unik dan inspiratif.

Selain itu, festival ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara KJM di samping mempromosikan seni nasyid dan menghargai kepelbagaian budaya dan agama.

Hadir sama, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. -EDISI UKAS