Latar Belakang


Menyedari pentingnya aspek perhubungan awam, hebahan dan penyiaran dalam pengurusan sesebuah kerajaan, maka Kerajaan Negeri Sarawak telah bertindak menubuhkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada 1 Ogos 2018. Di awal penubuhannya, UKAS telah beroperasi di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama Sarawak dan pada Januari 2020 telah berpindah ke aras bawah, Bangunan Baitul Makmur 1 di Petra Jaya, Kuching.