Piagam Pelanggan


Menghebah Dan Menyebarluas Informasi Berkenaan Dasar, Inisiatif Dan Program Kerajaan Sarawak Melalui Pelbagai Platform Di Media Cetak, Media Elektronik Dan Media Sosial Dengan:

1. Memuatnaik Liputan Berita Utama Di Platform Media Sosial Dalam Tempoh Dua (2) Jam Selepas Program;

2. Mengeluarkan Nota Kepada Editor (NTE) Dalam Tempoh 24 Jam Sebelum Program;

3. Mengedarkan Kenyataan Media Serta Merta Sebaik Sahaja Diterima;

4. Menerbitkan Bahan Promosi Acara Rasmi Kerajaan Sarawak Satu (1) Minggu Sebelum Program;

5. Menghasilkan Infografik Berkenaan Dasar, Inisiatif Dan Program Kerajaan Sarawak Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Program;

6. Menerbitkan Buletin Setiausaha Kerajaan Sarawak Dua (2) Kali Setahun