SARIKEI: Sebanyak 12 buah sekolah di kawasan Meradong telah disumbangkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sarawak Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Wakil Dato’ Sri Huang, Gung Chiu Kion menyerahkan sumbangan berkenaan dalam majlis ringkas diadakan di 12 sekolah terbabit pada Jumaat.
Terdahulu, Dato’ Sri Huang mengagihkan pakaian seragam sekolah tajaan beliau kepada semua sekolah di Meradong pada Februari yang lalu.
Menurut Ahli parlimen Sarikei itu, beliau amat mementingkan pendidikan dan mengambil berat tentang keperluan rakyat.
Selepas dipilih sebagai wakil rakyat, beliau mula menyumbangkan pakaian seragam sekolah, kasut dan beg sekolah kepada pelajar di kawasan Meradong bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa pelajar.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok turut berharap semua pelajar dapat belajar dengan gembira di sekolah tanpa mengira latar belakang dan serba kekurangan.
Antara sekolah yang menerima sunbangan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Chung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung, SK Bandar Bintangor, SK St Augustine, SMK Bandar Bintangor, SJKC Ming Tee, SK Gemuan, SJKC Ming Lu, SJKC Ming Ching, SJKC Ming Daik dan SMK Meradong. -EDISI UKAS