Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Rakyat Harus Berdiri Teguh Bersama Kerajaan Sarawak Tuntut Hak Dalam MA63 |
BAU: Rakyat di negeri ini harus berdiri teguh bersama Kerajaan Sarawak dalam menuntut hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berkata, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah berusaha keras untuk mengambil balik hak dan kepentingan negeri ini yang terhakis dalam perjanjian tersebut. Menurutnya, generasi hari ini juga harus mengetahui kandungan yang termeterai dalam MA63. "Harapan kita agar Sarawak terus maju dan makmur apabila kita laksanakan apa yang termaktub dalam MA63," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Santai Biro Wanita Kampung Serikin di Sekolah Kebangsaan (SK) Serabak, Kampung Serikin di sini pada Isnin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru menegaskan, tiada keperluan bagi mengadakan sebarang rundingan lagi kerana rundingan itu telah lama diadakan sebelum termeterainya perjanjian pada tahun 1963 yang kini tinggal hanya perlu dilaksanakan sahaja. "Hari ini cukup bermakna kerana kita memperingati tujuan penubuhan persekutuan Malaysia apabila perjanjian antara Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak dan Malaya pada 61 tahun lepas, ujarnya. Dalam majlis sama, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 di bawah Geran Projek Khas tahun 2025 kepada Biro Wanita Kampung Serikin bagi mengadakan aktviti mereka pada tahun hadapan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Serikan Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Di Mukah |
MUKAH: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi telah menyempurnakan Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Masjid Setia Raja di sini pada Isnin. Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul merupakan satu perayaan Islam dan acara rasmi Kerajaan Sarawak yang diadakan pada setiap tahun. Beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan ADUN Dato Safiee Ahmad. Difahamkan, objektif sambutan bertujuan mengingati kembali peristiwa kelahiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan kepada semua umat Islam. Selain itu, objektif kedua adalah untuk meneliti sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW ketika untuk menyemarakkan kasih sayang umat Islam terhadap insan yang mulia ini. Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Ia diikuti dengan ceramah khas Maulidur Rasul oleh Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin, solat Isyak berjemaah dan zikir marhaban. Selepas menjamu selera, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi telah berangkat pulang pada jam 9:30 malam. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah dan Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. Pada keesokan hari, umat Islam akan berkumpul di Dataran Setia Raja sekitar jam 6:30 pagi untuk aktiviti perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
1,000 Kuih Bulan Diagihkan Di Kawasan DUN Pelawan |
SIBU: Sebanyak 1,000 Kuih Bulan halal diagihkan kepada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee, inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha beliau untuk mengajak rakyat pelbagai bangsa untuk turut serta dalam perayaan tersebut. Jelas beliau lagi, semua perayaan di Sarawak haruslah diraikan bersama tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang bagi memupuk semangat perpaduan. "Kuih Bulan mesti halal supaya kita dapat menggalakkan, terutamanya rakan-rakan melayu kita untuk turut serta. Inilah semangat Sarawak. Setiap kali kita ada perayaan, semua kaum merayakannya. “Setiap orang Sarawak dapat merayakan Gawai, orang Cina juga merayakan Gawai, begitu juga dengan Hari Raya. Jadi saya rasa ini adalah semangat yang betul, kita mempromosikan perpaduan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Taman Trafik Rejang Park, Sibu pada Sabtu. Tambah beliau lagi, pihaknya berpuas hati dengan sambutan dari orang ramai di mana jumlah pengunjung yang hadir melebihi sasaran yang beliau jangkakan. Datuk Michael Tiang menambah, bentuk bulat tersebut sama seperti perpaduan kaum di Sarawak, di mana ia dapat dicapai sekiranya kita bersatu. "Bulan Sarawak boleh menjadi sangat-sangat bulat apabila kita bersatu, walaupun kita berasal dari latar belakang yang berbeza, agama yang berbeza, dan bangsa yang berbeza, tetapi itu tidak menghalang kita untuk bersatu seperti bulan penuh, bulatan yang sempurna. “Jadi, ini adalah perayaan yang sangat bermakna," ujar beliau. Dalam pada itu, pelbagai persembahan dan program menarik telah diadakan sempena sambutan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Pelawan dan Pertubuhan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Pelawan tersebut yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Karnival LAKIL Berlangsung Meriah |
Karnival Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) berlangsung meriahsempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M dan Hari Malaysia 2024. Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Daerah Lundu pada Isnin telah dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh 34 kontijen yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu agensi kerajaan, masjid/surau/kampung, persatuan dan sekolah. Perarakan sejauh 3.4 kilometer tersebut telah diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan. Hadir sama, Pengerusi LAKIL, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusuf Awang Mustapha. Kelihatan semua kontijen bersemangat dengan keunikan yang dipamerkan melalui sepanduk dan peralatan-peralatan yang dibawa di samping memperagakan pakaian yang seragam mengikut kontijen masing-masing. Turut diadakan penyampaian hadiah bagi pertandingan Islamic Idol yang dijuarai oleh Muhammad Farhan Sebli, manakala Pertandingan Zikir dimenangi oleh Kumpulan Zikir Sri Kandi Darul Ikhsan dari Kampung Semunin Jaya. Manakala, cabutan bertuah utama untuk karnival ini iaitu mendapat pakej Umrah selama 12 hari 11 malam telah dimenangi oleh Karina Tapa dari Kampung Stungkor.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Friday Belik Hadiri Majlis Makan Malam Perayaan Kuih Bulan |
SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik telah menghadiri Majlis Makan Malam Perayaan Kuih Bulan yang berlangsung di Dewan Terbuka SJK(C) Min Syn, Saratok pada Ahad. Majlis yang dianjurkan oleh Alumni Pelajar SJK(C) Min Syn itu dihadiri kira-kira 800 orang daripada pelbagai kaum. Dalam ucapannya, Friday menekankan bahawa Perayaan Kuih Bulan yang diraikan oleh masyarakat Tiong Hua merupakan tradisi penting yang disambut setiap tahun pada bulan Ogos hingga September ketika bulan sedang mengambang. "Perayaan ini melambangkan harapan agar kehidupan akan berkembang seperti bulan purnama," ujarnya. Beliau turut menekankan bahawa perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang adalah kunci kepada kesejahteraan bersama. "Bulan mengambang diharap dapat membawa perpaduan yang lebih erat di kalangan kita semua," tambah beliau. Selain itu, Friday juga menyatakan bahawa perpaduan dan toleransi yang baik akan memastikan ekonomi negeri Sarawak terus berkembang dan maju. Katanya, dengan perpaduan yang kukuh, segala pembangunan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Majlis ini turut memperlihatkan semangat harmoni dan perpaduan yang terjalin dalam kalangan masyarakat setempat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Kalaka Mohammad Duri, Pemancha Lim Guan Ann, Pemancha Thomas Lamit serta tetamu lain.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Al-Falah Sumber Kekuatan Ummah Madani |
SIMUNJAN: Umat Islam perlu menyemai dan memahami dalam menjayakan saranan tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'. Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata, pengertian al-falah yang diterjemahkan dalam realiti kehidupan, ia menjadi sumber kekuatan ummah Madani dengan masa depan yang lebih cemerlang. "Tema sambutan Mauldiur Rasul tahun ini adalah Al-Falah Pemacu Malaysia Madani, jika diterjemahkan dalam realiti kehidupan akan menjadi sumber kekuatan serta pembakar semangat bagi memacu aspirasi Malaysia Madani yang mengarah kepada mewujudkan keadaan dan suasana kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan cemerlang. "Sesungguhnya kejayaan sesebuah negara tidak dicapai dalam sehari, tetapi melalui usaha yang berterusan dan komitmen semua pihak dari kepimpinan yang berwawasan hingga kepada penglibatan aktif rakyat," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan 1446H/2024M di Dewan Mesra Simunjan pada Isnin. Rodiyah turut memuji semua ibu bapa atas penglibatan anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam beberapa acara, program atau pertandingan yang disediakan oleh pihak jawatankuasa penganjur di sepanjang sambutan Maulidur Rasul. "Ini adalah langkah yang amat penting dalam kita membentuk generasi muda yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. "Usaha seperti ini yang wajar kita perlukan dan kita perkasakan agar anak-anak kita dapat membesar menjadi individu yang berjaya serta mempunyai nilai ritual yang kukuh," jelasnya. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris serta isteri Napsiah Abang Kaderi, Pegawai Daerah Simunjan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Simunjan Seroji Ludin, Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan Hasbi Ancheh dan Penghulu Abang Madehie Abang Junaidi. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Dato' Sri Huang Hadiri Majlis Sambutan Kuih Bulan dan Penghargaan Warga Emas |
SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato' Sri Huang Tiong Sii sempat meluangkan masa menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Perayaan Kuih Bulan, Majlis Penghargaan Warga Emas, serta Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan di Hung Kiew Kee Restaurant pada Sabtu. Dalam ucapannya, Dato' Sri Huang menekankan kepentingan Perayaan Kuih Bulan yang bakal berlangsung pada hari Selasa depan. Beliau memuji usaha pihak penganjur yang berjaya menjadikan majlis ini satu perhimpunan keluarga besar yang bukan sahaja memelihara tradisi perayaan, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat. "Majlis ini bukan sekadar meraikan perayaan, tetapi juga merupakan platform untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat," kata berucap dalam majlis tersebut. Dato' Sri Huang turut mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik pada malam tersebut, dengan menegaskan bahawa pendidikan adalah elemen penting dalam memastikan kemajuan negara. "Pendidikan adalah asas utama dalam melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing. Oleh itu, ia perlu terus diberikan penekanan demi masa depan yang lebih gemilang," tegas beliau. Selain itu, beliau juga berkongsi pencapaian pembangunan di Sarikei sepanjang lapan tahun perkhidmatannya sebagai wakil rakyat. Jelasnya, pelbagai projek pembangunan infrastruktur asas, kemudahan pendidikan, serta sokongan terhadap pembangunan agama dan masyarakat telah dilaksanakan. "Semua usaha yang dilakukan adalah untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarikei sentiasa terjaga dan terus meningkat," tambahnya. Majlis tersebut turut disertai pelbagai lapisan masyarakat yang menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan penghargaan antara satu sama lain, mencerminkan nilai-nilai kekeluargaan dan saling menghormati di Sarikei. – EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek Naik Taraf Jambatan Konkrit Kampung Tanjung Batu 7 SiapĀ |
MIRI: Projek naik taraf jambatan konkrit di Kampung Tanjung Batu 7 telah siap sepenuhnya pada Ogos lepas. Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut pada Selasa. Menurut Dato Sri Lee, kerajaan Sarawak telah menyalurkan dana sebanyak RM200,000 di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menjayakan projek naik taraf ini. Selain itu, jalan utama di Kampung Tanjung Batu 7 turut diturap dan parit di kawasan tersebut dinaik taraf menjadi parit konkrit. Dato Sri Lee juga memaklumkan bahawa projek naik taraf jambatan keenam di Kampung Tanjung Batu 6 akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan infrastruktur di kawasan tersebut. Beliau berharap dengan siapnya projek-projek ini, penduduk kampung akan menikmati laluan yang lebih selesa dan selamat.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Celebrates Sarawak Level Maulidur Rasul Thanksgiving Ceremony In Mukah |
MUKAH: The Governor of Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar together with Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi completed the Maulidur Rasul Thanksgiving Ceremony at the Masjid Setia Raja here on Monday. The Maulidur Rasul Thanksgiving Ceremony is an Islamic festival and an official event of the Sarawak Government that is held every year. He was accompanied by Sarawak Deputy Minister of Utility and Telecommunication Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Deputy Minister of Urban Planning, Land Administration and Environment Sarawak Datuk Len Talif, Balingian Assemblyman Abdul Yakub Arbi and Daro Assemblyman Safiee Ahmad. The objective of the celebration is to commemorate the birthday of the Prophet SAW as an example for all Muslims. In addition, the second objective is to examine the history of the struggles of the Prophet Muhammad SAW when it came to fueling the love of Muslims for this noble religion. The ceremony started with the Maghrib prayer and the reading of Yasin led by the Grand Imam of Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. It was followed by a special Maulidur Rasul talk by Sarawak Mufti Datu Kipli Yassin, congregational Isyak prayers and Zikr Marhaban. After dining, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi left for home at 9:30 pm. Also present were Sarawak's Minister of Women, Early Childhood and Community Welfare Development and also Dalat Assemblywoman Dato Sri Fatimah Abdullah and Sarawak Islamic Council Chairman Datuk Misnu Taha. - UKASnews |
Lihat |
|
news |
1,000 Kue Bulan Disadung Ba DUN Pelawan |
SIBU: Bisi 1,000 Kue Bulan halal udah disadung ngagai rayat ari pupu bansa ba sitak Kunsil Nengeri (DUN) Pelawan. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau Perintah Lokal Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee madah, inisiatif nya siti ari pengawa iya mai semua pupu bansa ngulu pengerami nya. Ku iya nerang, semua pengerami di Sarawak patut diintu begulai enda ngira pupu bansa, jalai pengarap sereta asal penatai dikena nerenak semangat penyerakup. “Kue Bulan nya sigi halal, ngambika kitai ulih meransang bala kaban kitai ke megai pengarap Islam ulih nyepi. Tu mih semangat Sarawak. Tiap Kali pengerami, semua pupu bansa bela ngerami ke iya. "Genap rayat Sarawak ulih ngintu pengerami Gawai, baka bansa China mega ngintu pengerami Gawai, sereta Hari Raya." "Nyadi aku ngasaika tu semengat ti chukup engkeman, kena kitai ngangkatka penyerakup," ku iya. Iya madah munyi nya maya dirandau media maya ngulu Ngintu Pengerami Kue Bulan di Taman Trafik Rejang Park, Sibu, kena Hari Enam tu tadi. Ku iya, raban sida berasai gaga enggau timbal manah ari mensia mayuh ke alai penyampau pengusung ke datai ngelui ari juluk iya. Ku Datuk Michael Tiang, tukuh segala nya sama baka penyerakup pupu bansa di Sarawak, ke alai pekara tu ulih dijapai nyema kitai beserakup. “Bulan Sarawak ulih nyadi segala nyema kitai beserakup, taja penatai kitai bebida, pengarap kitai bebida sereta bansa kitai bebida mega, tang nya ukai penekul ngagai kitai deka beserakup baka bulan kembung, ke chukup manah. “Nyadi, pengerami tu mai reti ke chukup besai ngagai kitai,” ku iya madah baru. Nangkan nya, bemacham pemerindang enggau program ti ngerinduka ati bisi diatur beserimbai enggau pengerami ke diatur Palan Servis Pelawan enggau Gerempung Raban Nembiak Beserakup (SABERKAS) Pampang Pelawan ti engkeman ungkup bemacham serak pengidup. - EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya2591259225932594259525962597259825992600SeterusnyaTerakhir |