MIRI: Projek naik taraf jambatan konkrit di Kampung Tanjung Batu 7 telah siap sepenuhnya pada Ogos lepas.
Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut pada Selasa.
Menurut Dato Sri Lee, kerajaan Sarawak telah menyalurkan dana sebanyak RM200,000 di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menjayakan projek naik taraf ini.
Selain itu, jalan utama di Kampung Tanjung Batu 7 turut diturap dan parit di kawasan tersebut dinaik taraf menjadi parit konkrit.
Dato Sri Lee juga memaklumkan bahawa projek naik taraf jambatan keenam di Kampung Tanjung Batu 6 akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan infrastruktur di kawasan tersebut.
Beliau berharap dengan siapnya projek-projek ini, penduduk kampung akan menikmati laluan yang lebih selesa dan selamat.-EDISI UKAS