Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Sarawak Meri Sokong Tegut Juluk TVET 2030

MIRI: Perintah Sarawak deka meri sukung tegut ngagai juluk pelajar sereta Latih Teknikal Enggau Vokasional (TVET) Menua 2030. Menteri Pengangkut Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin madah, sukung nya disempulang enggau polisi ke dikembuan ba renggat nengeri.  “Tu seraris enggau tuju pelin Strategi Pemansang Udah COVID-19 2030 (PCDS 2030) ti deka meda 20 peratus  nembiak TVET diambi  nentuka sida ulih nyadi rebak ke ulih ngemansangka ekonomi Sarawak iya nya Projek Koridor Kuasa Ulih Dikena Baru Sarawak (SCORE).  “SCORE tu koridor kuasa ulih dikena baru nyengkaum Wilayah Tengah ke Wilayah Utara Sarawak dikena numbuhka ekonomi baru di Tanjung Manis, Mukah, Tunoh, Baram, Limbang enggau Lawas,” ku iya.  Iya bejaku munyi nya nengah teks jaku dibacha Kaban Kaunsil Mengeri Miri Cr.Jeffery Phang Siaw Foong ba Program Outreach Jelajah Madani Jom Masuk TVET Zon Sarawak 2024 di Miri, kena Hari Empat tu tadi.  Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Senadin nya mega madah, TVET kemaya hari tu dipeda nyadi ‘game changer’ ba sistem pelajar. “TVET tu endang semampai diguna raban pengaji ari mayuh industri, ngarapka raban nembiak ulih nampung pelajar sida. Sama bela datai, Tuai Director Pemansang Pelatih, Opis Menteri Pengeraja Pengawa (KASUMA),Ts Zuleah Darsong, Director Institusyen Latih Industri (ILP) Miri, Ts Mustal Makmud enggau Pegawai Pelajar Pelilih Miri Mariam Mone.-EDISI UKAS

Lihat

news

Toh Puan Fauziah Nerima Penemuai Basa Ari PPPM Pampang Sarawak

KUCHING Bini Tuai Pemegai Menua Nengeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi nerima penemuai basa ari Gerempung Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Pampang Sarawak di Astana Nengeri Sarawak, Hari Lima tu.  Presiden PPPM Pampang Sarawak Dato’ Dayang Morliah Datuk Awang Daud madah, tuju pengawa penemuai tu ngagai Toh Puan Fauziah bekaul pengawa besikapka program ke deka datai, iya nya Kongres Pandu Puteri enggau Aum Besai Ninting Taun Ke-59 Gerempung Pandu Puteri Malaysia 2024 ke deka diatur 27 nyentuk 29 June ba Palan Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  “Sepemanjai timpuh bepilih ditu, sida deka ngulu kongres program iya nya bejadi enggau aum besai. “Pengawa tu deka dipenyadika Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, nyadi Penaung Diraja Pandu Puteri Malaysia,” ku iya.  Sepenyampau 300 iku kaban gerempung di selampur Malaysia dipelaba datai ba  kongres tu ila nyengkaum Yang Dipertua-Yang Dipertua Pampang Baka Raja Puan Muda Perak, Yang Amat Mulia Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Yang Amat Mulia Datin Seri Ramlah Azizah Almarhum Sultan Nasirudin Shah ari Terengganu enggau  Yang Mulia Dato’ Tengku Shireen Suleiman ari Perlis.  Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail ke mega Yang Dipertua Gerempung Pandu Puteri Malaysia ngetuai ke Aum Besai Ninting Taun ke-59. Bisi berapa iti program ke diatur nyengkaum Pengerami Santapaan Diraja, Pengerami Makai Lemai sereta nemuai ke CENTEXS enggau Muzium Budaya Borneo.-EDISI UKAS

Lihat

news

Pemerkasaan Belia Sarawak Bersifat Menyeluruh, Tidak Pandang Latar Belakang

KUCHING: Pemerkasaan belia di Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) bersifat menyeluruh dan tidak mengira latar belakang mereka. Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara ini sudah termaktub dalam salah satu teras utama Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. Jelas beliau, ia menyatakan bahawa semua rakyat Sarawak akan dan perlu menikmati kemakmuran dan kemajuan Sarawak termasuk memperkasakan belia-belia di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching. “Pemilihan tema ‘No One Left Behind’ bagi MYSED Red Ribbon ini adalah bertepatan dengan tekad semangat membangunkan belia Sarawak di setiap pelusuk tanpa mengira latar belakang mereka. “Premier Sarawak sering menegaskan generasi muda mengalas tanggungjawab besar di dalam menjaga masa depan Sarawak,” ujar beliau. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sempena perasmian program MYSED Red Ribbon di PUSPEN Kuching pada Jumaat. Dato Sri Abdul Karim menambah, dalam usaha memperkasakan lagi belia-belia di negeri ini, lebih banyak program pembangunan belia sedang dirangka di peringkat Sarawak, nasional dan antarabangsa. “Ia adalah usaha untuk mengantarabangsakan belia Sarawak agar setaraf dengan belia dari negara maju lain. “Seperti yang dinyatakan oleh Premier Sarawak semasa Sambutan Hari Belia yang lalu, belia merupakan obor kepada Sarawak dan merupakan tunjang kekuatan dan kesejahteraan masyarakat di masa hadapan,” tambahnya lagi. Dalam program tersebut, seramai 260 klien PUSPEN Kuching telah terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari penganjurannya bermula 20 hingga 22 Jun ini. Sehubungan dengan itu, Dato Sri Abdul Karim berharap agar klien-klien yang telah terlibat akan mempunyai kualiti, wawasan serta matlamat ke hadapan selepas tamatnya tempoh pemulihan mereka. Hadir sama, Setiausaha Tetap MYSED Morshidi Fredrick, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak Abdul Hamidee Ibrahim, Pengarah PUSPEN Kuching Yuliani Yahya dan wakil Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Kuching Profesor Madya Dr Abang Ahmad Riduan Abang Awet. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Pantau Projek KUTS, Elak Kelewatan

KUCHING: Semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek Sistem Pembangunan Bandar Kuching (KUTS) perlu membuat pemantauan mengenai perkembangan projek tersebut dari masa ke semasa. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata ini bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam perlaksanaan projek tersebut. “Pada masa yang sama, pihak yang terlibat harus mengambil tahu mengenai perkembangan proses kerja dan jika ada sebarang kelewatan, mereka harus tahu punca kelewatan dan mesti diperbetulkan pada permulaan projek, jangan tunggu sehingga projek sudah 20 hingga 30 peratus ketinggalan dari jadual. “Kami berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan oleh itu semua pihak yang terlibat perlu memantau projek itu dengan rapi." Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan KUTS di Kuching pada Jumaat. Dalam pada itu, Dato Sri Lee juga memberitahu bahawa pihak terlibat perlu mempunyai pelan penyelesaian (Catch Up Plan) sekiranya terdapat tanda-tanda kelewatan. Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil dan pegawai-pegawai pelaksana yang terlibat.-EDISI UKAS

Lihat

news

Adaptasi Semangat Muqarabah, Sarawak Terkenal Di Persada Dunia

SARIKEI: Kerajaan Sarawak mengadaptasi semangat Muqarabah di dalam kepimpinannya yang mendorong kepada peningkatan populariti negeri ini di mata dunia. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, dasar Kerajaan Sarawak yang menyeimbangkan alam sekitar dengan pembangunan telah diambil daripada semangat Muqarabah. Menurutnya, Muqarabah pula bermaksud kesedaran atau 'mindfulness' di dalam bahasa Inggeris. "Alhamdulillah atas semangat Muqarabah ini, Kerajaan Sarawak menumpukan perhatian dalam pembangunan menjagakan alam sekitar. "Hingga hari ini, kita dikenali di seluruh dunia kerana pengeluaran tenaga hidrogen," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqqin di Sarikei pada Jumaat. Dalam pada itu katanya, Kerajaan Sarawak telah meluluskan dana tambahan sebanyak RM1.5 juta untuk menaik taraf pagar masjid berkenaan. "Untuk masjid ini, Datuk Len Talif Salleh juga telah meminta RM1.5 juta, jadi saya berilah RM1.5 juta. "Mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat," katanya. Difahamkan, masjid baharu yang telah dinaik taraf dengan dana sebanyak RM9.5 juta itu telah mampu menempatkan seramai 2,500 jemaah dalam satu masa. Terdahulu, Datuk Patinggi Abang Zohari juga berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama tetamu kehormat yang lain serta para penduduk tempatan. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Sarikei Dato' Sri Huang Tiong Sii, Ahli Parlimen Tanjung Manis Ir Yusuf Abdul Wahab dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Projek Bina Baru Rumah Wakaf Di Tanah Perkuburan Kampung Hilir Siap

SRI AMAN: Projek membina baharu rumah wakaf di Tanah Perkuburan Kampung Hilir di sini kini siap sepenuhnya. Hadir menyempurnakan simbolik perasmian projek tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor pada Khamis. Untuk rekod, projek ini merupakan projek di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2023 yang menelan perbelanjaan kira-kira RM150,000. Projek pembinaan rumah wakaf yang telah bermula sejak awal tahun ini kini boleh digunakan oleh penduduk kampung. Hadir sama, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman Norkamel Abdul Malek, Pegawai Pejabat Daerah Sri Aman Hamizan Yahya serta tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Raptai Larian Baton SUKMA XXI & Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Peringkat Bahagian Samarahan Berjalan Lancar

KOTA SAMARAHAN: Sesi raptai penuh majlis perasmian Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Peringkat Bahagian Samarahan yang akan berlangsung esok berjalan lancar. Raptai yang bermula jam 10 pagi di The Summer Shopping Mall itu telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee yang turut dihadiri Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang. Dianggarkan seramai 500 orang peserta yang telah mendaftar akan menyertai Larian Baton dan Sukan X-Tive yang melibatkan 200 orang kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar sekolah menengah, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Perasmian program itu akan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Pada masa sama, orang ramai di Bahagian Samarahan dijemput untuk hadir memeriahkan program ini nanti. -EDISI UKAS  

Lihat

news

37 Projek Bernilai RM769 Juta Dicadang Dalam Rancangan Pembangunan Simunjan 2021-2030

KUCHING: Sebanyak 37 projek yang bernilai kira-kira RM769 juta telah disenaraikan dan dicadang dalam Rancangan Pembangunan Simunjan dalam tempoh 2021 sehingga 2030. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, pada asalnya sebanyak 40 projek yang telah disenaraikan namun sebanyak tiga projek telah digugurkan hasil daripada kajian semula. "Tetapi, setelah kita membuat kajian semula dalam masa dua hari ini, terdapat tiga projek telah digugurkan yang berjumlah RM160 juta atas persetujuan semua peserta bengkel yang terlibat dan kita kekalkan 37 projek bernilai RM769 juta. "Jadi secara ringkasnya, daripada 37 projek tersebut, 14 projek kira-kira bernilai RM481 juta telah dan sedang dilaksanakan berjalan dengan lancar," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Bengkel Kajian Semula Rancangan Pembangunan Simunjan 2021-2030 tahun ini di sebuah hotel di sini pada Jumaat. Rodiyah menambah, melalui bengkel dua hari ini juga telah menambah sebanyak 39 lagi projek baharu menjadikan sebanyak 76 pojek yang akan disenaraikan dan dicadangkan dalam Rancangan Pembangunan Simunjan 2021 - 2030. "Berdasarkan kepada kajian semula dalam tempoh dua hari ini, kita telah menambah 39 projek baharu selain daripada projek lama sebanyak 37 projek dan menjadikan jumlah kesemua projek adalah sebanyak 76 projek dengan anggaran kasar bernilai RM852 juta untuk tempoh sehingga 2030. "Kita berharap kesemua projek ini dapat dilaksanakan sekurang-kurang 80 peratus dan apa yang kita rancang akan menjadi kenyataan," ujarnya lagi. Beliau percaya dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang hadir pada bengkel kali ini, projek-projek ini akan dapat dicapai bagi memberi impak yang positif kepada rakyat sama ada dari segi pembangunan infrastruktur mahu pun pembangunan sosio ekonomi. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Pegawai Daerah Simunjan Seroji Ludin, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Mohd. Rizal Zakaria, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Samarahan Faemarshiela Christine Juel, Penghulu Ahmad Dol Simpol, Penghulu Abang Madehie Abang Junaidi serta ketua-ketua dan wakil ketua jabatan agensi kerajaan bahagian Samarahan dan Daerah Simunjan. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Ripih Peturun Asal Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Lebih 200 Taun Diserah Ngagai Palan Sejarah Brunei

  BANDAR SERI BEGAWAN: Ripih peturun asal Yang di-Pertua Nengeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar lebih 200 taun udah diserah ngagai Palan Sejarah Brunei nyadika malin enggau dikena pengawa mansik, kena Hari Dua.   Pengawa nyerahka salin ripih peturun nya udah dipenyadi Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi enggau Sekretari Mendam Opis Menteri Main Asal, Nembiak enggau Lumba Brunei, Pengiran Mohd Hasnan Pengiran Ali Hassan maya nemuai ngagai palan nya.   Nitihka ripih asal peturun nya ngenukuka Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ba tubuh serak ke-38 ari purih Nabi Muhammad.   Sebedau nya, udah datai dia begulai enggau bini iya, Toh Puan fauziah Mohd Sanusi ba Palan Sejarah Brunei pukul 10 pagi , Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi enggau bala bukai iya dibaik ngagai Balai Pemandang Ripih Peturun ti mega mandangka ripih bukai bekaul sejarah Brunei Darussalam. Pegawai Palan Sejarah Brunei udah nerangka pansik enggau ripih peturun sereta sejarah peturun indai Yang di-Pertua Sarawak iya nya Sharifah Hanifah ti dipadah asal ari peturun Al Aiydrus ari ripih Faqih Muqqaddam baka rikod asal ditulis pemansik Palan Sejarah Brunei, Jamil Al-Sufri.   Ba rikod nya bisi nyebut peturun Hussein Bin Abdul Abdul Kadir ti ditampung ngagai Al Aiydeus nya ke alai Hussein tu mega bala sepiak indai iya.   Pekara ti narit ati nya, naka diatu ripih peturun indai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bedau genap lalu pansik silik deka dipejalai ngambi tetemuka pekara baru nyadika malin pengawa mansik.   Asil pansik ti dipejalai, tetemuka ripih peturun apai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi asal peturun Sayid Yassin Al-Yahya ari Terengganu, Sayyid Agil ari Banting, Sarawak, Sayyid Muhammad, Sayyid Hamid, Sayyid Zainal Abidin enggau Tuanku Hassan.   Sepengudah ngabas Palan Sejarah Brunei, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sereta bini nimpai pemanah sejarah Sungai Brunei.   Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi enggau bini mupuk pulai ke Kuching pukul 3 lemai, Hari Dua.-EDISI UKAS

Lihat

news

Tunda Semangat Muqarabah Sarawak Ngambi Pegari Di Mata Dunya

SARIKEI: Perintah Sarawak nunda semangat Muqarabah ngatur pengawa ke deka ngasuh nama nengeri tu pegari dipeda di mata dunya.  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, polisi Perintah Sarawak ke nyemelaka rampa menua enggau pemansang udah ditibak ari semangat Muqarabah. Ku iya, Muqarabah nya mai reti ngeleda tauka ‘mindfulness’ ba dalam jaku  English. “Alhamdulillah enggau semangat Muqarabah tu, Perintah Sarawak ulih beratika agi pemansang nyaga rampa menua.  “Nyentuk sehari tu, kitai udah dikelala selampur dunya nyadi pengeluar kuasa hidrogen,” ku iya.  Iya madah munyi nya ba mua mayuh rambau bejadika pengawa nyeleti Masjid Al-Muttaqqin di Sarikei, kena Hari Lima.  “Ungkup masjid tu, Datuk Len Salleh udah minta RM1.5 juta, nyadi aku meri  RM1.5 juta aja.  Masjid baru tu udah diseleti ngena ungkus sepenyampau RM 9.5 juta ke ulih endur mensia mayuh urung 2,500 begempuru.  Dulu ari nya, Datuk Patinggi Abang Zohari sembiang Jumaat begulai enggau temuai dipebasa sereta mensia mayuh. Sama bela datai Speker Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Pemangku  Sekretari Perintah Sarawak Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Sapit Menteri Perambu Mengeri, Pengatur Tanah enggau Rampa Menua Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Sapit Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Kaban Parlimen Sarikei Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Kaban Parlimen Tanjung Manis Ir Yusuf Abdul Wahab enggau Yang Dipertua Kaunsil Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.-EDISI UKAS

Lihat
PertamaSebelumnya2211221222132214221522162217221822192220SeterusnyaTerakhir