SRI AMAN: Projek membina baharu rumah wakaf di Tanah Perkuburan Kampung Hilir di sini kini siap sepenuhnya.
Hadir menyempurnakan simbolik perasmian projek tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor pada Khamis.
Untuk rekod, projek ini merupakan projek di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2023 yang menelan perbelanjaan kira-kira RM150,000.
Projek pembinaan rumah wakaf yang telah bermula sejak awal tahun ini kini boleh digunakan oleh penduduk kampung.
Hadir sama, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman Norkamel Abdul Malek, Pegawai Pejabat Daerah Sri Aman Hamizan Yahya serta tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS