Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Ibu Bapa Diseru Terus Sokong KV Miri |
MIRI: Ibu bapa diseru terus memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha Kolej Vokasional (KV) Miri di samping membina hubungan baik dengan warga pendidik demi manfaat anak-anak mereka. Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) KV Miri James Jilin berkata, hal ini selaras dengan dasar kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan melalui penglibatan ibu bapa, selain memberi pendedahan kepada mereka mengenai program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang ditawarkan oleh KV Miri. “Diharapkan kerjasama strategik antara ibu bapa, pendidik dan pelajar dapat terus diperkukuh dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan Anugerah Akademik Sesi 2/2024 serta Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru 2025 yang berlangsung di Dewan Permata, KV Miri pada Sabtu. Dalam pada itu, Pengarah Kolej Vokasional Miri John Atong ketika berucap menyatakan, kerjasama erat antara ibu bapa dan warga pendidik menjadi elemen penting dalam memastikan visi dan misi KV Miri dapat direalisasikan secara holistik, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ujarnya, kecemerlangan pelajar bukan sahaja terletak pada pencapaian akademik semata-mata, malah melibatkan pembangunan sahsiah, kemahiran, keusahawanan dan inovasi yang hanya dapat dicapai melalui sokongan padu daripada kedua-dua pihak – ibu bapa dan tenaga pengajar “Kejayaan anak-anak merupakan hadiah paling berharga buat ibu bapa. Oleh itu, peranan ibu bapa bersama tenaga pendidik amat penting dalam mencungkil serta menggilap potensi pelajar,” tegas beliau. Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Akademik kepada pelajar cemerlang sesi 2/2024 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha mereka. Dalam masa yang sama, Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru membuka ruang interaksi antara ibu bapa dan pensyarah bagi membincangkan kemajuan akademik serta hal-hal berkaitan pelajar. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Velosolutions Pump Track Pertama Di Malaysia Kini Dibuka |
MIRI: Velosolutions Pump Track @ Taman Bulatan Miri kini rasmi menjadi trek berbasikal lasak pertama di Malaysia, sekali gus menandakan era baharu dalam perkembangan sukan ekstrem di negara ini. Trek bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja meletakkan Miri dalam komuniti global Velosolutions Pump Track, tetapi juga membuka peluang besar bagi atlet tempatan untuk bersaing di pentas dunia. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, menyifatkan kejayaan pembinaan projek ini sebagai pencapaian penting bagi Sarawak. “Velosolutions Pump Track ini bakal menjadi daya tarikan utama sukan berbasikal lasak di Miri dan Sarawak. “Kami berharap dengan adanya trek ini, lebih ramai atlet tempatan dapat dilahirkan dan berpeluang bersaing di peringkat antarabangsa seperti Kejohanan Dunia Pump Track UCI Red Bull,” katanya ketika merasmikan trek tersebut pada Sabtu. Dibina dengan kos RM600,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), trek ini mula dibangunkan pada 11 November 2024 dan siap sepenuhnya pada Disember 2024. Direka mengikut piawaian antarabangsa, ia merupakan trek ke-1,187 di dunia dan yang pertama di Malaysia. Pembinaannya melibatkan kerjasama wakil Velosolutions, Vince Yong, serta syarikat kontraktor utama, Ellu Bersatu, yang diketuai oleh Zulkifflee Suan. Sejak siap sepenuhnya, trek ini telah menarik minat komuniti berbasikal dari dalam dan luar negara, termasuk Brunei serta Kuching. Malah, ia juga bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan berprestij pertama pada Mei 2025, yang dijangka mengukuhkan kedudukan Miri sebagai destinasi utama pelancongan sukan ekstrem. Selain berfungsi sebagai pusat latihan untuk atlet tempatan, trek ini turut dijadikan model untuk pembinaan kemudahan serupa yang lebih besar di Kuching pada masa akan datang. Inisiatif ini selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta memajukan sektor pelancongan sukan sebagai pemacu ekonomi negeri. Dengan pelancaran rasmi ini, Velosolutions Pump Track Miri bukan sahaja mencipta sejarah sebagai trek pertama di Malaysia, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam perkembangan sukan berbasikal lasak di peringkat nasional dan antarabangsa. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek Naik Taraf Jalan Di Betong Kini Bermula, Dijangka Siap Dalam 18 Bulan |
BETONG: Dua projek menaik taraf jalan utama di Betong kini bermula secara rasmi selepas majlis pecah tanah dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Sabtu. Projek yang terlibat adalah Jalan Mara/Jalan Selangking/Nanga Sela di Tanjung Paoh serta Jalan Spaoh Spur, yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kedua-dua projek ini bertujuan meningkatkan akses dan keselesaan pengguna jalan raya di kawasan tersebut. “Jalan Mara/Jalan Selangking/Nanga Sela di Tanjung Paoh akan dinaik taraf daripada jalan berbatu dan konkrit sepanjang 10 kilometer kepada jalan bertar dengan peruntukan sebanyak RM16 juta. “Manakala projek Jalan Spaoh Spur pula akan melibatkan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 10.5 kilometer kepada piawaian JKR R3 dengan kos sebanyak RM20.4 juta,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek menaik taraf Jalan Spaoh Spur. Bagi memastikan projek ini berjalan mengikut jadual, JKR Sarawak memperkenalkan langkah baharu, di mana kontraktor yang gagal mencapai sasaran kemajuan dalam tempoh 30 hari boleh ditamatkan kontraknya. “Sebelum ini tempoh yang diberi adalah 100 hari, namun kini dipendekkan kepada 30 hari bagi memastikan projek tidak tertangguh. Kontraktor juga wajib memulakan kerja di tapak dalam tempoh 30 hari selepas projek diserahkan kepada mereka,” tambahnya. Beliau menegaskan bahawa polisi ini bukan untuk menyusahkan kontraktor, tetapi bagi memastikan setiap projek infrastruktur yang telah diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual dan memberi manfaat kepada rakyat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas, Pengarah JKR Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris dan Jurutera JKR Bahagian Betong, Jason Ng Boon Tuan. Dengan bermulanya projek ini, penduduk Betong bakal menikmati jalan yang lebih baik dan selesa dalam tempoh kurang dua tahun. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Kerejasama PBB, SUPP Pugu Besai Negap Sarawak |
MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak enggau Parti Sa'ati Rayat Sarawak (SUPP) seruran ngentapka kaul kerejasama ke rat ti nyadi pugu besai nempa pengentap, penyerakup sereta pengelantang menua tu. Sapit Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak Datuk Sebastian Ting madah, jaku Kepala Menteri Sarawak ke-5, Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem, ‘Kitai Meseti Nyaga Sarawak enggau Manah’ dikena ngingatka rayat nengeri tu penyerakup siti kunchi Sarawak seruran nempa pemansang. "Kitai semua nemu semina nengah kerejasama ti rat, pengawa beserakup enggau sama nyukung, kitai ulih nentuka Sarawak terus ngerembai mansang lalu sama nyingkang ke mua,” ku iya maya Pengerami Buka Puasa enggau Pampang PBB Piasau apin lama tu tadi. Ku iya nerang, Sehari tu betuai ke Premier Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus bebendar nyungkak penumbuh ekonomi, ngemanahka pengelantang rayat sereta nentuka dudi hari manah agi ungkup rayat Sarawak. Iya mega meri terima kasih ngagai Pampang PBB Piasau enggau sukung ke diberi ngelama tu. Ku iya nambah, pemendar semua raban udah ngemujur ke pemansang Sarawak sereta ngenegapka komuniti. Dulu ari nya, Tuai Pampang PBB Piasau ti mega Sapit Datuk Mengeri Miri, Ariffin Mohamad madah PBB enggau SUPP baka diri sebilik laban kededua tu sebagi ari parti komponen ba baruh Gabungan Parti Sarawak (GPS). “Enda ngira maya pengawa bepilih tauka ngatur pengawa ninting hari, kami deka sama nyukung pangan diri. "Seagi ba baruh GPS, kitai agi diri sebilik ti deka nentuka pemenang chalun GPS ba Pengawa Bepilih Nengeri tauka Pengawa Bepilih Besai ngambi penegap maya dudi ke manah agi ungkup Sarawak," ku iya. Iya nyemetakka Pampang PBB Piasau deka terus meri sukung ngagai SUPP Piasau. Ku iya nerang, semua parti ke dalam GPS deka bediri entap ba baris ke sama lalu tu ukai semina maya bepilih, tang seruran bakanya ngambika parti tu terus dikeandal sereta sukung rakyat.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Bengkel Ngaga Kain Buri Mandang Penau Raban Indu Di Kapit |
KAPIT: Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai datai ngulu pengawa bejadika Bengkel Ngaga Kain Buri ba Dewan Suarah Kapit, Hari Enam. Ba jaku iya, iya meri pengaga ati ngagai semua penyereta seraya nyemetak madah ke program nya amat beguna laban meri awak ngagai sida belajar ke chara ngaga kain buri enggau manah agi. Ku iya, program tu mandangka penau raban indu di Kapit ba senentang ngaga kain buri. Ba ujung jaku iya, iya arap bengkel bakanya ulih ditandu dudi hari dikena nyidi enggau ngansah penau raban nembiak ke bisi pengerindu dalam pengawa nya.- EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
NADI Kampung Sampat Sebangan Nambahka Akses Penerang Digital Komuniti Menua |
SEBUYAU: Peranak Menua Kampung Sampat Sebangan diatu bisi akses lebih besai ngagai penerang digital enggau pengawa bejadika Palan Penabur Penerang Nasional (NADI), Hari Enam. Pengawa Ngerami nya udah dipejadika Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen Sarawak ti mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi. Ba jaku iya, iya nyemetak madah ke pemesai guna palan NADI ti nyadi pelasar nyendiaka akses ngagai penerang pemadu baru, latih teknologi digital sereta mayuh macham inisiatif pemansang komuniti. Iya mega meransang peranak menua, kelebih agi raban nembiak enggau orang dagang beambi ulih ari perengkaguna ke disediaka ngambi ngemanahka tikas ekonomi sereta rama sida. "Palan NADI tu ukai semina alai ngulihka penerang, tang mega nyadi palan belajar enggau interaksyen ke ulih mantu rayat napi pemar era digital," ku iya. Palan tu disikap enggau komputer, internet ti deras, sereta endur ngatur pengawa latih enggau bengkel. Program ke diperambu nyengkaum kus literasi digital, dagang ba tali arus, enggau randau penemu rama. Sama datai ba program nya, Sapit Sekretari Mendam Opis Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen Sarawak, Syed Mohd Fauzi Shahab, Menijar Besai Sarawak Multimedia Authority, Dato Dr.Anderson Tiong Ing Heng, Direktor Komiti Komunikasyen Komiti Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia Menua Sarawak, Adiman Ajem, Pegawai Pelilih Sebuyau, Ayuradiman Bujang enggau Menijar NADI Kampung Sampat Sebangan, Nur Azwa Izzatty Salleh. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
43 PIBG enggau Opis Pengatur Sekula di Bintangor Nerima Geran MRP |
BINTANGOR: Bisi 43 Serakup Apai Indai enggau Pengajar (PIBG) sereta Opis Pengatur Sekula di Bintangor nerima Geran Projek Pemansang Mit Menua Pesisir (MRP) sepenyampau RM202,500 ba siti pengawa pengerami nyua geran ti diatur ba Palan Servis DUN Sarikei Pampang Bintangor, kena Hari Lima. Pengawa nyua geran nya udah dipenyadika Sapit Menteri Pengeraja Asal enggau Pemeruan Rampa Menua ti mega Kaban Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Tuju pengerami nya dikena nyukung pengawa pemansang sekula ba kandang menua dia. Ba jaku iya, Dato’ Sri Huang madah pemeri geran nya mandangka perintah seruran meri kerejasama enggau sida ke bisi mai penguntung, nyengkaum Gerempung Ukai Dikuasa Perintah (NGO) dikena ngenegap sektor pelajar. “Semua peminta ulih dibantaika nengah palan servis aku, lalu aku sedia mantu. Terima kasih ke kerejasama enggau sukung ti udah diberi raban sekula, PIBG enggau Kepala Pengajar, sereta pengajar," ku iya. Iya ti mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Repok bela ngarap agih belanja ke diberi ulih meri pemaik, kelebih agi dikena ngemanahka perengka guna belajar sereta pengelantang nembiak. Program tu sebagi ari pengawa perintah ti seruran deka nentuka institusyen pelajar ba menua pesisir terus nerima sukung enggau bantu ke diguna ungkup pemansang sida.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek Nyeleti Jalai Di Betong Diatu Berengkah, Disadang Tembu Kandang 18 Bulan |
BETONG: Dua iti projek nyeleti jalai besai di Betong diatu berengkah pengudah pengawa nasih tanah diatur Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak, Hari Enam. Projek ke mungkur Jalai Mara/Jalai Selangking/Nanga Sela di Tanjung Paoh sereta Jalan Spaoh Spur, ke disadang tembu dalam kandang 18 bulan. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas madah, tuju kededua projek dikena ngemanahka akses enggau pengelantang penguna jalai alun ba sitak ditu. “Jalai Mara/Jalai Selangking/Nanga Sela di Tanjung Paoh deka dikemanah ari jalai batu enggau semin sepemanjai 10 kilometer ngagai jalai tar enggau agih belanja sepenyampau RM16 juta. "Seraya projek Jalai Spaoh Spur deka mungkur pengawa ngemanah jalai ke bisi sepemanjai 10.5 kilometer ngagai standard JKR R3 ke beungkus RM20.4 juta,” ku iya pengudah tembu pengawa nasih tanah ungkup projek nyeleti Jalai Spaoh Spur. Dikena nentuka projek tu bejalai nitih ke taga, JKR Sarawak meri kelala chara baru, ke alai kunteriktor ke puntan nyapai tagit kandang 30 hari tau diketuka kunterik. "Sebedau tu maya ke diberi iya nya 100 hari, tang diatu dipandak ngagai 30 hari ngambi projek nya enda tejanggal. Kunteriktor mega dipinta berengkah gawa ba taba kandang 30 hari pengudah projek disua ngagai sida," ku iya nambah. Iya nyemetak madah, polisi nya ukai deka ngenusahka kunteriktor, tang dikena nentuka tiap projek infrastruktur ke udah dikemendar deka tembu nitih taga lalu meri pemaik ngagai rayat. Sama datai, Kaban Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Residen Sitak Betong, Richard Michael Abunawas, Direktor JKR Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris enggau Injiniar JKR Sitak Betong, Jason Ng Boon Tuan. Enggau berengkah pengawa ngaga projek tu, peranak menua Betong deka ngasai ke jalai alun ti lebih manah enggau lantang kandang kurang dua taun.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
500 Pek Bubur Manis Diagih Di Batu Danau |
LIMBANG: Sebanyak 500 pek bubur manis telah diagihkan dalam Program Jerayawara Agihan Bubur Manis sempena Ramadan di kawasan Batu Danau pada Sabtu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau merangkap Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS Cawangan Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang yang turut hadir bagi menyantuni penduduk serta menyampaikan sendiri sumbangan bubur manis kepada penerima. Program Jerayawara Agihan Bubur Manis sempena Ramadan anjuran SABERKAS Cawangan Batu Danau merupakan satu inisiatif yang mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan semangat Ramadan dengan amalan bersedekah, malah ia juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Melalui inisiatif sebegini, ia memperlihatkan keprihatinan SABERKAS dalam membantu golongan yang memerlukan serta memastikan nilai kebersamaan terus dipupuk dalam komuniti setempat. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Gerak Rahmah Kukuhkan Perpaduan: 600 Bekas Bubur & Sumbangan Asas Diedarkan |
KUCHING: Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Perpaduan peringkat Bahagian Kuching berlangsung meriah di Rumah JKKK Bandar Baru Samariang, di sini pada Sabtu. Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, yang turut berkesempatan beramah mesra dengan para peserta dan menyantuni masyarakat setempat. Sebanyak 600 bekas bubur diagihkan kepada penduduk sekitar, dengan 200 bekas disumbangkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan 400 bekas lagi daripada Adabi. Selain itu, 20 pek sumbangan keperluan asas turut disalurkan kepada golongan yang memerlukan, sebagai usaha meringankan beban mereka. Menurut Datuk Dr Abdul Rahman, program seperti ini bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan tetapi juga menjadi platform terbaik untuk memperkukuhkan hubungan antara komuniti setempat. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya KRT, Adabi dan Liansin yang bertungkus lumus menyediakan bubur serta menguruskan agihan sumbangan. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat di kawasan Kuching.-EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1841184218431844184518461847184818491850SeterusnyaTerakhir |