Piagam Pelanggan
Unit Perancang Ekonomi
Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak
Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak
Unit Komunikasi Awam Sarawak
Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain
Unit Pentadbiran
Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak
Unit Audit Dalam
Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak
Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh
Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak
Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak
Mahkamah Bumiputera Sarawak
Majlis Adat Istiadat Sarawak
Majlis Islam Sarawak
Sumber: Manual Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 Jabatan Premier Sarawak (JPS)
- Memproses permohonan pengeluaran dana Projek Rakyat setelah menerima dokumentasi lengkap daripada agensi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas pegawai pemproses menerima minit, tertakluk kepada ketersediaan dana.
- Memproses permohonan penyelidikan setelah menerima maklum balas daripada agensi berkaitan dalam tempoh
empat belas (14) hari bekerja. - Memproses permohonan pengeluaran dana Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) ysetelah menerima dokumentasi lengkap daripada agensi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas pegawai pemproses menerima Memo/Surat (dalam had peruntukan dana yang disediakan).
Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak
- Memberi khidmat nasihat protokol serta merta dari tarikh permohonan diterima.
- Memproses permohonan Bilik Kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dalam tempoh satu (1) bekerja dari permohonan diterima.
- Mengeluarkan surat jemputan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh majlis dimulakan.
Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak
- Permohonan khidmat nasihat berkaitan keselamatan bangunan atau kawasan milik kerajaan diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Semakan dan penambahbaikan ke atas kertas siasatan yang diterima dari agensi-agensi kerajaan Sarawak diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tempoh penerimaan kertas siasatan
- Permohonan kad USAC untuk tujuan memasuki bangunan kerajaan diluluskan dan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima;
- Pengeluaran kad USAC untuk pelawat di pintu masuk Wisma Bapa Malaysia diserahkan dalam tempoh 3 minit dari masa permohonan diterima;
- Penyaluran Bantuan Wang Ihsan ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan;
- Perintah Gerakan disediakan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tempoh penerimaan arahan operasi;
- Menggerakkan aset dalam tempoh masa 30 minit dari permohonan diterima dari agensi sahabat bagi tujuan Search and Rescue (SAR).
Unit Komunikasi Awam Sarawak
- Memuatnaik Liputan Berita Utama Di Platform Media Massa Dalam Tempoh Dua (2) Jam Selepas Program;
- Mengeluarkan Nota Kepada Editor (NTE) Dalam Tempoh 24 Jam Sebelum Program;
- Mengedarkan Kenyataan Media Serta Merta Sebaik Sahaja Diterima;
- Menerbitkan Bahan Promosi Acara Rasmi Kerajaan Sarawak Satu (1) Minggu Sebelum Program;
- Menghasilkan Infografik Berkenaan Dasar, Inisiatif Dan Program Kerajaan Sarawak Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Program;
- Menerbitkan Buletin Setiausaha Kerajaan Sarawak Dua (2) Kali Setahun
Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
- Memberikan maklum balas untuk aduan / pertanyaan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Mengeluarkan surat makluman dan penyiaran keputusan pemangkuan / kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam (Bukan Guna sama) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Lembaga Kenaikan Pangkat Bersidang.
- Memberi konsultasi penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh permohonan diterima.
- Menguruskan sesi libat urus melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) satu (1) kali setahun.
- Melaksanakan penawaran penajaan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas kelulusan Pengurusan.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh Pegawai Psikologi menerima permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.
- Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada keseluruhan tuntutan dan bayaran bil dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Memastikan kelulusan faedah persaraan wajib diselesaikan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja sebelum tarikh persaraan.
- Memastikan pengemaskinian maklumat portal JPA dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh maklumat diterima.
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/latihan yang dilaksanakan di INTAN memberi impak positif kepada peserta berasaskan skor purata penilaian 5.5 pada skala 1-7 daripada penilaian mereka di DTIMS.
- Ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Memorandum Jemaah Menteri yang diterima daripada Kementerian/Agensi dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima.
Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain
- Memproses permohonan geran dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas tarikh penerimaan Permohonan Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain yang lengkap.
- Memberikan maklumbalas ke atas permohonan Pas Lawatan Ikhtisas dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan permohonan dokumen yang lengkap.
- Maklumbalas talikhidmat diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas penerimaan kes.
- Pemakluman mengenai penganjuran sesuatu program dalam takwim tahunan UNIFOR dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum program tersebut dilaksanakan.
- Pembayaran bil-bil dalam tempoh empat (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Unit Pentadbiran
- Memproses dan mengeluarkan Pesanan Barangan/Perkhidmatan (T301) selepas menerima Borang Permohonan Pesanan Barangan/Perkhidmatan yang lengkap dan betul dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
- Memproses dan mengemukakan baucar bayaran ke Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak bagi perkhidmatan/bekalan dan tuntutan pegawai selepas menerima dokumen sokongan yang lengkap dan betul dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Memproses dan menyediakan input gaji (T.156A) berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak selepas menerima dokumen sokongan yang lengkap dan betul. (sebelum tarikh akhir yang ditetapkan).
- Melulus dan memproses permohonan barangan stor 1-JPS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Lesen Pungutan Awam dikeluarkan kepada Pejabat Residen Bahagian setelah menerima pembayaran daripada pemohon yang telah diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
- Menyampaikan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Senapang Patah (JPSP) kepada Pejabat Residen yang berkenaan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
- Mengesahkan kelayakan (Applicant’s Eligibility)/permohonan yang lengkap bagi Permohonan Pengiktirafan sebagai Bumiputera Sarawak melalui Sarawak Native Recognition Application System (SARAS) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
- Memproses permohonan kebenaran memandu kenderaan rasmi Kerajaan selepas menerima borang dan dokumen sokongan yang lengkap dan betul dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Memproses permohonan penyelenggaraan kerosakan di Wisma Bapa Malaysia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Mesyuarat mengenai input VAE akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan.
- Memproses permohonan panel hotel dan agensi pelancongan bersama dokumen yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Mengurus dan memberi maklumbalas terhadap sebarang aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak
- Memproses permohonan Projek Khas untuk kelulusan YAB Premier Sarawak tujuh (7) hari bekerja.
- Memproses baucar bayaran Projek Khas tujuh (7) hari bekerja Memberi respon terhadap kueri berkaitan perkhidmatan SIMU satu (1) hari bekerja.
- Memberi maklum balas terhadap kueri berkaitan perkhidmatan SIMU lima (5) hari bekerja.
- Memproses tuntutan bayaran tertakluk semua dokumen lengkap dan betul dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Unit Audit Dalam
- Surat Pengurusan dikeluarkan dalam tempoh 90 hari selepas Borang Permohonan Menjalankan Pengauditan diluluskan oleh Pengarah Unit Audit Dalam (Prestasi).
- Surat Pengurusan dikeluarkan dalam tempoh 20 hari selepas Borang Permohonan Menjalankan Pengauditan diluluskan oleh Pengarah Unit Audit Dalam. (Pematuhan, Pengurusan Kewangan dan lain-lain)
- Laporan Audit dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari selepas maklum balas audit.
Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak
- Aduan Pelanggan direkodkan dan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Mengeluarkan rekomendasi Jawatankuasa Khas Kabinet (CABCOM) dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat dijalankan.
- Mengadakan Mesyuarat Jawatakuasa Tatakelola Peringkat Negeri Sarawak (JTK-SARAWAK) sebanyak tiga kali setahun.
- Memproses dan mengemukakan baucar bayaran pembekal kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja daripada invois yang lengkap diterima.
- Memproses dan mengemukakan baucar bayaran pegawai kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja daripada invois yang lengkap diterima.
Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh
- Memproses permohonan yang lengkap bagi kemasukkan artis dan kru persembahan konsert/funfair/hiburan/pertunjukan pentas dari luar Sarawak dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Menyampaikan keputusan permohonan pas lawatan (kerja sementara) bagi Pembantu Rumah Asing (PRA) ke Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh minit keputusan YB Setiausaha Kerajaan diterima.
- Melaksanakan naziran dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh arahan dan keputusan Jawatankuasa Lokalisasi Ekspatriat (JKLE) dan Jawatankuasa Lokalisasi Pekerja Bukan Pemastautin (JLPBP).
- Menyediakan laporan naziran dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh naziran dilaksanakan.
- Menyampaikan keputusan permohonan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh minit keputusan YB Setiausaha Kerajaan diterima.
Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak
- Memberikan maklum balas terhadap permohonan perkhidmatan kepada agensi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memberikan khidmat nasihat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.
- Memberikan maklum balas terhadap aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Mengemukakan laporan audit inisiatif kualiti dalam tempoh satu (1) hari selepas audit selesai dilaksanakan.
- Memproses bayaran hadiah/anugerah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh pengumuman.
Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak
- Memproses permohonan e-Akaun PKI dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memberikan maklum balas terhadap aduan mengenai Service Sarawak yang diterima melalui pelbagai saluran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memproses 95% invois yang lengkap dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja.
- Menyediakan tempoh perkhidmatan pelanggan di kaunter Service Sarawak tidak melebihi 15 minit.
Mahkamah Bumiputera Sarawak
- Menyelesaikan kes yang dipertikaikan dalam tempoh enam (6) bulan selepas persidangan perbicaraan kes dimulakan di Mahkamah Bumiputera Daerah.
- Mengemukakan penghakiman bertulis dalam tempoh dua (2) minggu jika penghakiman lisan telah diumumkan di mahkamah.
- Mengemukakan penghakiman bertulis ke atas permohonan untuk dikenali sebagai komuniti bumiputera dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pendengaran untuk setiap permohonan.
- Memproses pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan yang selesai, dilakukan dalam masa empat belas (14) hari setelah penerimaan invois.
- Menyalurkan peruntukan di bawah Akaun Amanah Mahkamah Bumiputera kepada Pejabat Daerah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima dokumentasi lengkap berkenaan kes mahkamah bumiputera yang telah selesai.
Majlis Adat Istiadat Sarawak
- Memberi maklum balas terhadap permohonan nasihat berkaitan adat natif dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Menjalankan penyelidikan dan kajian berkaitan adat natif Sarawak dan mengemukakan draf dalam tempoh tiga (3) tahun.
- Menjalankan penyelidikan berkaitan budaya dan tradisi dan mengemukakan laporan akhir dalam tempoh satu (1) tahun.
- Memberi maklum balas terhadap permohonan menjalankan penyelidikan berkaitan adat natif kepada agensi kerajaan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
- Menyemak semula adat yang telah dikodifikasikan selepas tempoh lima (5) tahun dari tarikh pengkodifikasian.
- Memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan berkaitan pengesahan status perkahwinan melalui NAMES dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Majlis Islam Sarawak
- Memuat naik dan mengedarkan Teks Khutbah Jumaat dan Teks Khutbah Hari Raya dalam tempoh dalam tempoh dua (2) hari sebelum pembacaan
- Memberi maklum balas permohonan bacaan doa dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah permohonan diterima;
- Mengemukakan permohonan pembayaran bil dan tuntutan kepada pusat pembayar (Perbendaharaan) dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima
- Mengeluarkan nota penemuan audit pengurusan kewangan dalam tempoh empat belas hari (14) bekerja selepas tarikh pengauditan dilaksanakan.
Sumber: Manual Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015 Jabatan Premier Sarawak (JPS)
