KUCHING, 28 Ogos 2026 - Unit Audit Dalam (UAD), Jabatan Premier Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Electronic Compliance Self Assessment (eCSA) yang bertujuan untuk penambahbaikan serta pengemaskinian kriteria-kriteria di dalam sistem tersebut.
Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai Unit Audit Dalan yang terlibat secara langsung dalam proses semakan dan penambahbaikan kriteria eCSA. Perbincangan dan sesi kerja yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada keperluan untuk merevisi kriteria sedia ada agar sentiasa relevan, tepat dan selaras dengan pekeliling, Arahan Perbendaharaan serta peraturan dan ketetapan semasa yang berkuat kuasa.
Melalui bengkel ini, setiap kriteria eCSA diteliti dan dinilai semula bagi memastikan aspek kawalan dalaman yang dinilai adalah bersesuaian dengan perkembangan semasa dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran Kerajaan. Proses ini turut mengambil kira perubahan dasar, pekeliling dan arahan terkini yang berkaitan.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Unit Audit Dalam dalam memastikan eCSA sentiasa diperkasakan sebagai salah satu mekanisme penilaian kendiri dalaman yang sistematik dan berkesan. Penambahbaikan secara berterusan terhadap kriteria eCSA diharapkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan kawalan dalaman serta menyokong pengukuhan tadbir urus dan pengurusan kewangan dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak.
Bengkel ini juga menjadi platform kepada para pegawai untuk berkongsi pandangan, meneliti keperluan semasa dan mencapai keseragaman dalam penetapan kriteria eCSA yang lebih komprehensif dan relevan.