MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG 2026 PERINGKAT BAHAGIAN SIBU
11 Julai 2026 (Sabtu)
10.30 pagi
Sibu
YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), telah menghadiri Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Sibu yang telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof, barisan Timbalan Premier Sarawak, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum serta masyarakat setempat.
Program Sarawakku Sayang merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang bertujuan memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama serta budaya di negeri ini. Program ini turut menjadi platform untuk menyampaikan dasar, inisiatif dan hala tuju pembangunan Kerajaan Sarawak secara terus kepada rakyat.
Dalam ucapan beliau, Premier Sarawak menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan kekuatan utama Sarawak yang perlu terus dipelihara sebagai asas kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Beliau turut mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk terus berganding bahu menyokong agenda pembangunan negeri agar manfaat pembangunan dapat dinikmati secara inklusif oleh semua lapisan masyarakat.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah ini menghimpunkan ribuan rakyat daripada pelbagai latar belakang. Antara pengisian program ialah ucaptama Premier Sarawak, persembahan kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian dan keunikan masyarakat majmuk Sarawak serta sesi ramah mesra bersama rakyat.
Penganjuran Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Sibu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh hubungan erat antara kerajaan dan rakyat, di samping menyemarakkan semangat “Sarawakku Sayang” sebagai landasan kepada perpaduan, keharmonian dan pembangunan negeri yang mampan, inklusif serta sejahtera.
#UNIFOR
#UniFoR4ALL
#UniForPresence