12 September 2026 - Service Sarawak Kuching telah mengadakan program promosi “Jom Kenal Service Sarawak” bersama warga Kampung Melayu, Kota Samarahan yang diadakan di NADI Kampung Melayu, Kota Samarahan.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan penggunaan Sarawak Pass, di samping memberikan perkhidmatan dan khidmat bantuan berkaitan aplikasi Service Sarawak, Kenyalang Gold Card (KGC), Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) serta pemohonan Senior Citizen Health Benefits (SCHB).
Sepanjang program berlangsung, seramai 26 orang awam telah menyertai dan mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Program ini turut menjadi medium dalam meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kemudahan digital serta inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.