Pelaksanaan Program Literasi Digital 2025





Surat arahan Pelaksanaan Program Literasi Digital 2025 Penjawat Awam Sarawak (SCS Digital Literacy) telah dikeluarkan pada 1 Julai 2025. Hal ini selari dengan Mesyuarat Digital Government Committee (DGC) Bil 01/2025 bertarikh 25 Mac 2025 telah meluluskan Inisiatif SCS Digital Literacy iaitu semua penjawat awam Sarawak diwajibkan untuk melengkapkan dua (2) program pembelajaran kendiri secara dalam talian (online) berikut: -

a)    AI untuk Rakyat
URL: https://rakyatdigital.gov.my
b)    Defending Against Phishing: The SCS Self-Paced Learning
URL: https://cybertraining.sains.com.my

Langkah ini selaras dengan matlamat Sarawak Digital Economy Blueprint (SDE 2030), iaitu 100 peratus penjawat awam Sarawak celik digital menjelang tahun 2027 dan merupakan langkah proaktif ke arah memperkukuh literasi digital seterusnya melahirkan penjawat awam Sarawak yang bersedia menghadapi cabaran era transformasi digital secara mampan dan menyeluruh.

SCSDU amat mengalu-alukan setiap agensi berkongsi moment-moment anda dalam melaksanakan dan melengkapkan insiatif ini di peringkat agensi masing-masing. Anda boleh memuat naik gambar berkaitan di https://cloud.sarawak.gov.my/index.php/s/wwRa2c3EPxicTTc


Photo Album SCSDU:
https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/photo_gallery_view/562/SCSDU

Surat arahan Pelaksanaan Program Literasi Digital 2025:
dapatkan disini