10 Oktober 2026 - Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) telah menganjurkan program SCSDU Bowling Challenge 2026 di Megalanes Batu Kawa, yang disertai oleh seramai 32 orang kakitangan SCSDU dan dibahagikan kepada enam kumpulan. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan kakitangan. Para pemenang turut menerima hamper sebagai penghargaan atas pencapaian mereka dalam pertandingan tersebut.