Service Sarawak Kuching - Karnival Wellbest Sarawak 2026
1 hingga 4 Oktober 2026 - Service Sarawak Kuching telah dijemput untuk membuka kaunter perkhidmatan sempena Karnival Wellbest Sarawak 2026 yang diadakan di MetroCity Event Centre (MCEC), Kuching.
Sepanjang program tersebut, Pusat Service Sarawak Kuching telah memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan seperti:
1. Membuka booth pameran bagi memberikan maklumat serta khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan Service Sarawak.
2. Pendaftaran dan pengemaskinian akaun SarawakPass.
3. Membantu untuk log masuk ke dalam aplikasi SarawakPass.