Service Sarawak Serian - Taklimat Cukai Taksiran Tahun 2026
10 Oktober 2026 - Service Sarawak Serian telah dijemput oleh Majlis Daerah Serian untuk membuka “booth” dalam program Taklimat Cukai Taksiran Tahun 2026 yang diadakan di Dewan Serbaguna Ranchan, Serian.
Pengisian aktiviti:
1. Memberi perkongsian ringkas mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Service Sarawak kepada pengunjung khususnya Ketua-ketua Kampung di kawasan Serian.
2. Membantu pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan penggunaan aplikasi Service Sarawak / SarawakPass / S Pay Global.