Piagam Pelanggan
|
1. |
Memastikan proses-proses berikut tertakluk kepada dokumen yang lengkap dan memenuhi semua syarat: |
|
a. |
Pengeluaran Pesanan perolehan (LPO & SO) dalam tempoh dua (2) hari bekerja (Untuk membolehkan perkara di atas dilaksanakan, permohonan Pesanan Perolehan dan Perkhidmatan wajib dikemukakan ke Seksyen Kewangan lima (5) hari bekerja sebelum perolehan diperlukan). |
|
b. |
Bayaran terhadap tuntutan perjalanan, elaun perjalanan kenderaan dan elaun lebih masa dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
c. |
Bayaran terhadap Invois daripada pembekal dalam tempoh lima (5) hari bekerja. |
|
d. |
Input gaji dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. |
|
|
|
|
2. |
Mengurus dan memberi kelulusan terhadap permohonan-permohonan berikut, tertakluk kepada semua dokumen telah dilengkapkan, termasuk tapisan keselamatan oleh agensi berkaitan (di mana perlu) seperti termaktub: |
|
a. |
Permohonan Lesen Pungutan Awam diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima permohonan yang lengkap daripada Pejabat Residen. |
|
b. |
Permohonan Kebenaran memandu kenderaan rasmi kerajaan dalam sepuluh (10) hari bekerja. |
|
c. |
Permohonan pembelian senapang patah dan permit membawa & mengguna (C&U) senapang patah dalam tempoh tiga (3) bulan. |
|
d. |
Kelulusan bagi urusan permohonan perpindahan alamat premis perniagaan agensi nombor ramalan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. |
|
|
|
|
3. |
Mengurus dan mengendalikan perkhidmatan logistik seperti berikut: |
|
a. |
Keputusan permohonan untuk menduduki kuarters Kerajaan Negeri disampaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas ianya diterima daripada Ahli Lembaga Perumahan. |
|
b. |
Barang-barang stok yang dimohon diluluskan dan diserahkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sekiranya stok terdapat di dalam stor. |
|
c. |
Tindakan segera ke atas aduan kerosakan ICT dan akan diselesaikan secara dalaman dalam tempoh masa dua (2) hari bekerja sekiranya tidak melibatkan pembekal (vendor). |
|
4. |
Mengurus dan memberi maklumbalas terhadap sebarang aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. |
