Unit Pentadbiran Am

Laman Web Jabatan Premier Sarawak

picture
 

Perutusan Pengarah


KATA-KATA ALUAN PENGARAH

Unit Pentadbiran
Jabatan Premier Sarawak

Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web Unit Pentadbiran. Melalui laman web ini, kami menyediakan pelbagai maklumat untuk memenuhi keperluan umum. Selain menyalurkan maklumat melalui buletin, brosur, pameran dan juga melalui jerayawara yang diadakan bersama agensi-agensi lain, sudah pasti laman web ini boleh pada bila-bila masa tanpa batas sempadan dan waktu menyalurkan maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh sesiapa saja yang berminat dan di mana laman web ini dapat dilayari.

Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak, berazam untuk menjadikan unit ini cemerlang dalam menyalurkan perkhidmatnanya yang berorientasikan perkhidmatan, melalui penambahbaikan atau peningkatan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan. Pada masa yang sama, kita akan memastikan maklumat yang sedia ada dapat disalurkan dengan tepat dan cepat, selaras dengan
falsafah kerajaan negeri, "An Honour to Serve" dan kerajaan Malaysia, "Rakyat Didahulukan  Pencapaian Diutamakan."


Sekian, terima kasih.



Datu Mohamad Junaidi b Mohidin
Pengarah
Unit Pentadbiran
Jabatan Premier Sarawak