Mengenalpasti isu, masalah dan keperluan dalam hal-hal berkaitan kewangan
Merancang dan memastikan perlaksanaan keseluruhan aktiviti-aktiviti sub-unit selaras dengan polisi, garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan
Memastikan unit-unit di bawah kawalan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan, Akta Acara Kewangan dan pekeliling-pekeliling
Menggubal polisi yang berkaitan dengan kewangan dan perakaunan yang dikeluarkan oleh jabatan
Merancang dan mengadakan bengkel dan dialog dengan pihak yang berkenaan yang berkaitan dengan isu-isu kewangan dan perakaunan
Berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri dan Perbendaharaan Negeri mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kewangan dan perakaunan
Membantu penyediaan kertas MMKN dalam isu-isu yang berkaitan dengan kewangan dan akaun
Merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan latihan, naziran dan pemantauan
Membangun dan membuat penambahbaikan ke atas prosedur dan proses kerja dari masa ke semasa
Mengurus aktiviti pemeriksaan tahunan dan pemeriksaan mengejut
Memberi khidmat bimbingan, nasihat dan sokongan dalam hal-hal berkaitan akaun dan pengurusan kewangan kepada unit-unit di bawah kawalan