PENGURUSAN STOR 1JKM (STOR UTAMA JABATAN KETUA MENTERI)
Rujukan : Surat Pekeliling Setiausaha Kewangan Negeri Bil. 03/2013
- Mengurus penyediaan dokumen tender bagi stok
- Membuat penilaian pasaran terhadap harga barang/stok (setiap tahun).
- Membuat penempahan stok untuk kegunaan 18 pejabat di Jabatan Ketua Menteri.
- Menerima dan mengesahkan barang-barang stor yang diterima dari pembekal berada dalam keadaan yang baik dan berkualiti (Kew.PS-1 & Kew.PS-2).
- Merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan kad yang telah ditetapkan bagi mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok. (Kew.PS-3, Kew.PS-4 &Kew.PS-5).
- Menyimpan dan menyusun stok di dalam stor mengikut lokasi yang telah ditetapkan supaya tidak rosak, senang dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum (Kew.PS-3 & Kew.PS-4).
- Mengurus pengeluaran stok yang dimohon oleh Unit menggunakan Borang Permohonan Stok Kew.PS-11.
- Mengurus pemeriksaan stok setahun sekali bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan, rosak, usang dan luput tempoh (Kew.PS-14, Kew.PS-15, Kew.PS-16 & Kew.PS-17).
- Mengurus keselamatan dan kebersihan stor bagi memastikan kualiti stok terperlihara dan tidak rosak.
- Melaksanakan pelupusan stok yang didapati rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak, melebihi keperluan dan disyorkan selepas pengiraan stok, pemeriksaan stok atau verifikasi stor (Kew.PS-19 & Kew.PS-20).
- Melaksanakan hapus kira stok apabila berlaku kecurian, kebakaran, bencana alam, kesusutan dan seumpamanya dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuatkuasa kecuali kekurangan stok yang bernilai rendah.