Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
100 Golongan Asnaf Terima Sumbangan Bakul Makanan |
SADONG JAYA: Masjid Al-Bugisiah telah dipilih menjadi lokasi program semarak kasih Ramadhan 2025 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Bugisiah pada Ahad. Program tersebut telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Batang Sadong merangkap Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Rodiyah Sapiee. Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), seramai 100 golongan asnaf menerima sumbangan bakul makanan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi makna kepada para penerima terpilih dari penduduk kampung dari Sadong Jaya. Mereka yang dipilih terdiri daripada golongan asnaf yang amat memerlukan dengan seramai 14 orang penerima mewakili setiap kampung sebagai simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan. Sementara itu, Rodiyah memberitahu, program tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia melaksanakan CSR bagi membantu masyarakat setempat. Beliau turut berharap agar inisiatif itu dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi turut serta dalam usaha kebajikan terutamanhya sepanjang bulan Ramadan. Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, Norazlan Anuar serta yang lain.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
800 Asnaf & 14 Masjid, Surau Terima Sumbangan Menerusi Program Ramadan DUN Stakan 2025 |
KOTA SAMARAHAN: Program Ramadan DUN Stakan 2025 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Stakan telah melabuhkan tirainya pada malam Ahad di Masjid Darul Malihah, Kampung Bukit Berangan. Program yang berlangsung selama lima hari bermula dari 18 hingga 22 Ramadan ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk membantu golongan asnaf dan menyokong aktiviti keagamaan di masjid dan surau sekitar kawasan DUN Stakan. Seramai 800 asnaf dan 14 masjid serta surau di kawasan DUN Stakan telah menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim. Program ini dimulakan di Surau Al-Baqarah Skim Pembesaran Jawa Semenggok dan berakhir di Masjid Darul Malihah Kampung Bukit Berangan. Sepanjang program ini, Datuk Hamzah sendiri mengetuai penyampaian sumbangan berupa wang tunai kepada asnaf melibatkan Kampung Jawa Semenggok, RPR Batu 12, Kampung Sri Arjuna, Kampung Stakan Melayu, Kampung Pangkalan Kuap, Sekolah Tunaz Bakti, Taman Uni Garden, Taman Samarindah, Kampung Merdang, Kampung Sungai Empit, Kampung Binyuk Lama, Kampung Binyuk Lot, Kampung Sungai Pendam dan Kampung Bukit Berangan serta sumbangan kewangan kepada Jawatankuasa Pengurusan (JKP) masjid dan surau di setiap lokasi tersebut. Sebanyak enam JKP surau menerima sumbangan RM1,500 setiap satu untuk aktiviti keagamaan, manakala lapan JKP masjid menerima sumbangan RM2,000 setiap satu. Antara enam surau yang menerima sumbangan ialah Surau Al-Baqarah Skim Pembesaran Jawa Semenggok, Surau Cahaya Islam RPR Batu 12, Surau Darul Taqwa Kampung Sri Arjuna, Surau Darul Iman Taman Samarindah, Surau Kampung Sungai Pendam dan Surau Darul Furqan Kampung Binyuk Lot. Manakala masjid yang menerima sumbangan termasuk Masjid Darul Ehsan Kampung Jawa Semenggok, Masjid Darul Iman Kampung Sri Arjuna, Masjid Darul Taqwa Kampung Stakan Melayu, Masjid Darul Ibadah Kampung Pangkalan Kuap, Masjid Al Malik Uni Garden, Masjid Ar-Riyadh Taman Samarindah, Masjid Darul Falah Kampung Binyu dan Masjid Darul Malihah Kampung Bukit Berangan. Pada malam terakhir program, Datuk Hamzah telah menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada JKP Masjid Darul Malihah serta bantuan hari raya kepada 50 asnaf. Selain itu, beliau juga menyalurkan RM100,000 daripada dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk naik taraf tandas dan bilik istirehat masjid tersebut. Dalam ucapannya, Datuk Hamzah berharap sumbangan ini dapat meringankan beban golongan asnaf dan menyemarakkan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan. "Program ini bukan sahaja bertujuan memberikan bantuan material tetapi juga memperkukuh hubungan komuniti dan semangat keagamaan di kalangan penduduk DUN Stakan," katanya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, yang mencerminkan semangat kebersamaan dalam meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Turut hadir sama, Penghulu Kampung Pangkalan Kuap Buhari Abu Sapian, Ketua Kaum Kampung Bukit Berangan Rizal Abu Seman, Ketua Kaum Kampung Pangkalan Kuap Sabawi Bahar, Ketua Kaum Kampung Binyuk Lama Zambri Mohi, dan Ketua Kaum Kampung Sungai Pendam Farida Zainuddin. Program Ramadan DUN Stakan 2025 ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada golongan asnaf tetapi juga memperkukuh hubungan sosial dan keagamaan dalam komuniti setempat.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
ADUN Bukit Assek Nyadung 504 Bakul Pemakai Ngagai Orang Tasah Bah Ba Kandang Menua Salim |
SIBU: Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Bukit Assek Chieng Jin Ek udah nyadung sepenyampau 504 bakul pemakai ngagai pengani rumah panjai kandang Sungai Salim kena Hari Minggu tu tadi. Bantu diberi ngagai sida ke dituntung penusah bah sejarit enggau ai pasang raya kenyau Hari Lima tu tadi. Bantu pemakai tekala nya diagih nengah Opis Pengintu Pengelantang Mensia Mayuh (JKM) Sibu nangkup perengka guna orang tasah bah. Bisi 10 buah rumah panjai ke bekaul nerima bantu iya nya Rh. Monica, Rh. Mary, Rh. Mamat, Rh. Kiding, Rh. Matan, Rh. Ngipa, Rh. Mahathen, Rh. Dempi, Rh. Lucy Sagai enggau Rh. Dorothy. Pemeri pemakai dianjung ngena lori, seraya peranak menua ngena perau nuju ngagai alai ti udah ditetap, ngambi nyamai nyua bantu taja pan ampuh bah tusah mindah. Chieng Jin Ek ngenataika penyinu ati iya ngagai nasit peranak menua ti dituntung penusah bah ke alai rumah sida ampuh sekaki penalam ba sekeda kandang menua. Nyadi ke singkang dikena bejaga, iya ngelalau peranak menua genturung pendiau ngambi ke seruran bejaga ke gaya hari ti enda tentu tu sereta enggau jelu bisa baka ular. Sama mantu ba proses nyadung bantu nya, raban JPAM, BOMBA, Datuk Chieng Buong Toon, Chairman SUPP Pampang Bukit Assek sereta kaban parti SUPP ti bukai. Bantu tu mandangka penyiru bala pengari rayat ba pengawa nentuka pengelantang rayat seruran dijaga kelebih agi maya napi penusah baka bah. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Jematan Batang Kemena Disadang Tembu Disember 2025 |
SEBAUH: Projek Ngaga Jematan Batang Kemena ba Sebauh diatu manggai 64.94 peratus lalu dipelaba tembu bulan Disember 2025, lalu nya deka nyungkak agi ekonomi peranak menua. Enggau pemanjai 728.56 meter sereta pemesai 12 meter, jematan ke beungkus RM74.89 juta tu deka nyambung komuniti semak dia enggau likun agi sereta efisyen, nganti servis feri ke dikena diatu. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, udah datai ngabas pejalai projek nya, lalu madahka taja pan bisi laun mimit ketegal penusah ampuh di Bintulu pun taun tu tadi, pengawa ngaga agi chakah dipejalaika. Batang komponen ke benung digaga nyengkaum ngentak piling, sistem parit, sereta mindah ke utiliti enggau paip. “Jematan tu ukai semina projek infrastruktur aja, tang mega kunchi pemansang ekonomi enggau rama ba kandang menua Sebauh. “Tu deka ngerandang mayuh agi peluang ba pengawa dagang, sereta jalai manah agi ungkup peranak menua,” ku iya. Pengawa ngabas tu mega sama digulu Sekretari Mendam Opis Menteri Infrastruktur enggau Pemansang Penyangkai Kapal Sarawak, Datu Chiew Chee Yau, Direktor Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris sereta bala pegawai kanan perintah ke bukai.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Penerima Sumbangan Program Sinar Syawal YKN 2025 Luah Rasa Syukur |
KUCHING: Program Sinar Syawal YKN 2025 yang berlangsung di Mydin Vista Tunku Kuching pada Ahad membawa kegembiraan kepada golongan memerlukan, apabila mereka menerima sumbangan pakaian raya bagi menyambut Aidilfitri. Program tajaan bersama Alliance Islamic Bank Berhad ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Dato’ Sri Nancy Shukri. Salah seorang penerima, Siti Noraishah, 51, dari Kampung Semerah Padi meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima khususnya bagi keperluan anak-anaknya. “Kami memang menghadapi kesukaran untuk membeli barang keperluan raya kerana keadaan kewangan yang terhad. Dengan adanya sumbangan ini, ia sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya. Selain pakaian raya, Siti Noraishah berharap bantuan seperti barangan keperluan dapur dan kuih raya turut dapat disediakan kepada golongan kurang berkemampuan. Munirah Abdul Rahman, 35, dari Kampung Bintawa Hilir turut berkongsi kegembiraannya selepas menerima sumbangan tersebut. “Alhamdulillah, kami gembira kerana dapat membeli pakaian raya untuk anak-anak. Ini membantu meringankan beban kami,” ujarnya sambil berharap agar sumbangan lain seperti barangan dapur dapat diberikan pada masa akan datang bagi membantu keluarga berpendapatan rendah. Seorang lagi penerima, Hasmah Sarkawi, 45, dari Kampung Rampangi, juga melahirkan rasa terharu atas bantuan yang diterima. “Bantuan ini sangat membantu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang,” katanya. Kesemua penerima merakamkan penghargaan kepada YKN, Dato’ Sri Nancy Shukri dan pihak penaja atas keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan sempena sambutan Aidilfitri.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Industri Kreatif Sarawak Majak Ditegap, Pemekuh Seni Diperansang Minta Belanja |
LAWAS: Perintah Sarawak ransing agi ngenegapka industri kreatif nengeri nengah pengawa Townhall Industri Kreatif ti diatur ba Seri Malaysia ditu, kena Hari Enam tu tadi. Tuju Program ke diatur Opis Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak nya dikena ngulihka timbal sereta berandauka inisiatif dikena nyukung pemekuh seni enggau budaya ba nengeri tu. Sapit Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Datuk Snowdan Lawan lebuh berandau engah chara tali arus meri perati pemesai guna industri kreatif ke nyadi sektor ti ngembuan potensial besai meri asil ngagai ekonomi nengeri. “Opis Menteri seruran ransing ba pengawa ngemansangka industri kreatif Sarawak ti kaya enggau seni, budaya sereta pesaka. "Enggau 34 raban etnik ke bisi ba nengeri tu, tetiap siti nya ngembuan penyelai kediri empu ti tau dikerembai nyadi produk kreatif ti berega,” ku iya. Iya mega madah ke Perintah Sarawak ngungkup ‘Dana Mudahcara Warisan dan Seni' ninting taun dikena mantu pemekuh seni enggau budaya menua. Kenyau ari taun 2022, belanja ke diagih majak nambah enggau penyampau RM4.63 juta (80 program) ba taun 2022, RM5.38 juta (73 program) ba taun 2023, sereta RM9.81 juta (134 program) ba taun 2024. Berebak enggau nya, pemekuh seni ba Lawas engau Limbang diperansang beambi ulih ari belanja nya dalam pengawa ngerembaika asil kereja sida sereta program bekaul enggau pesaka, seni enggau budaya. Pom Peminta sereta atur senentang nya udah disua ngagai penyereta ke bisi datai. Sesi townhall serak tu bela berandauka 19 subkategori industri kreatif ti dikelala di Sarawak, nyerangkung seni kreatif, pesaka budaya, produksi media, reka bentuk enggau teknologi pemadah Kelimpah ari nya, penyelai seni pesaka etnik ba Lawas baka asil jari Lun Bawang, muzik asal Kedayan, sereta produk kulinari baka ikan tahai sama dibantaika bisi potensi besai ba industri kreatif nengeri.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Semangat Kebersamaan Ramadan Santuni 81 Asnaf Di DUN Stakan |
KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha memupuk semangat kebersamaan dan keprihatinan sepanjang bulan Ramadan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim telah meraikan seramai 81 asnaf dalam Program Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan 2025 yang diadakan di Kampung Binyuk Lama dan Kampung Sungai Pendam. Program yang berlangsung pada Ahad di Masjid Darul Falah, Kampung Binyuk Lama itu menyaksikan sumbangan wang tunai disampaikan kepada 50 asnaf di Kampung Binyuk Lama dan 50 asnaf di Kampung Binyuk Lot. Selain itu, Datuk Hamzah turut memberikan sokongan kepada aktiviti keagamaan dengan menyumbang RM2,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Darul Falah serta RM1,500 kepada JKP Surau Darul Furqan. Di Surau Kampung Pendam, seramai 31 asnaf turut menerima bantuan berupa wang tunai, sementara JKP Surau Kampung Pendam pula menerima sumbangan RM1,500 bagi meringankan beban pengurusan surau menjelang Hari Raya Aidilfitri. Dalam ucapannya, Datuk Hamzah berharap sumbangan tersebut dapat memberi manfaat kepada penerima dan memperkukuhkan peranan masjid serta surau sebagai pusat pembangunan komuniti. “Semangat kebersamaan dan keprihatinan seperti ini amat penting, terutama dalam bulan yang penuh keberkatan ini dan diharapkan sumbangan ini dapat membantu mereka yang memerlukan serta mengeratkan hubungan antara masyarakat,” katanya. Program itu turut dihadiri Penghulu Kampung Pangkalan Kuap Buhari Abu Sapian, Ketua Kaum Kampung Binyuk Lama Zambri Mohi dan Ketua Kaum Kampung Sungai Pendam Farida Zainuddin. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Datuk Francis Dekati Komuniti Kampung Cina Batu Lintang, Selami Masalah Penduduk |
SRI AMAN: Dalam usaha menyelami keperluan serta masalah penduduk setempat, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan program lawatan rumah ke rumah di kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina, Batu Lintang, di sini pada Ahad. Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti Cina di kawasan tersebut, melibatkan 35 buah keluarga di bawah pimpinan Ketua Kaum, Kapitan Goh Teo Soon. Lawatan tersebut juga memberi peluang untuk melihat lebih dekat masalah yang dihadapi oleh mereka serta mencari cadangan penyelesaian melalui kerjasama dengan kerajaan negeri. Dalam lawatan tersebut, Datuk Francis Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang diiringi oleh Ketua Masyarakat Cina Luar Bandar Simanggang Penghulu Kang Tai Kong. Rombongan beliau telah meluangkan masa untuk mengunjungi 18 buah rumah kediaman penduduk Cina setempat. Sebagai tanda penghargaan, setiap keluarga yang dikunjungi telah menerima sumbangan hamper makanan yang disediakan oleh JKKK Kampung Cina Batu Lintang, yang mana disampaikan oleh Datuk Francis Harden. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, tetapi juga mempereratkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat setempat. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Billy Sujang Hadir Meriahkan Majlis Penutupan ‘PolyCath Youth Gateway Camp’ |
BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkesempatan untuk hadir dan meraikan Majlis Penutupan ‘PolyCath Youth Gateway Camp’ yang diadakan di Gereja St Teresa Avila, Kampung Stenggang pada pagi Ahad. Majlis penutupan kem belia Katolik yang berlangsung dengan Misa Kudus bersama Reverend Father Peter Liston ini menandakan tamatnya program kem yang diadakan selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Mac 2025. Kem tersebut melibatkan lebih kurang 130 orang peserta dari Politeknik Kuching, bersama-sama dengan lebih 400 umat Kristian yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Selain menghadiri majlis penutupan, Billy juga mengambil peluang untuk melawat Sunday Market yang diadakan bersempena dengan acara tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat serta melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Kaum Kampung Stenggang Gary Nosen, Pengerusi Komiti Gereja Katolik (KGK) St Teresa Avila Christopher Daylang dan Pengerusi Biro Wanita Kampung Stenggang Rose Julies Kadap. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
FORUM Negap Penyerakup Orang Ulu Nengah BDC ke-9 |
MIRI: Gerempung Serakup Orang Ulu Sarawak (FORUM) majak ngenegapka penyerakup enggau tanggungpengawa komuniti Orang Ulu nengah Aum Besai Pengari Dua Taun Sekali Ke-9 (BDC) ti udah dipenyadika ba FORUM Cultural Centre Building ditu, kena Hari Minggu tu tadi. Pengawa nya udah dipenyadika Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Pengereja Kasar, Imigresyen enggau Patau Projek) ti mega Tuai Chairman FORUM, Datuk Gerawat Gala. Ba jaku iya, Datuk Gerawat Gala nyemetak madah ke pemesai guna penyerakup dalam komuniti Orang Ulu dikena ngenegapka hak sida ba arus pemansang nengeri. “Komuniti Orang Ulu semina bisi urung 6 peratus ari nyampau peranak bukai di Sarawak. Enti kitai beserakup, kitai deka kering agi lalu sada kitai deka nyarih agi didinga. “FORUM nyadi pelasar besai ti nentuka komuniti Orang Ulu majak mansang sereta bulih hak ke patut ari perintah,” ku iya. Aum dua taun sekali tu ngempuru 152 iku kaban nyadi pelasar besai berandauka juluk FORUM sereta ngenegap komuniti Orang Ulu ba Sarawak. BDC ke-9 serak tu mega ngatur pengawa bepilih raban tuai baru FORUM ungkup penggal deka datai. Gerempung etnik ba baruh FORUM nyengkaum Serakup Kayan Sarawak, Serakup Berawan Sarawak, Serakup Bisaya Sarawak, Serakup Bansa Kenyah Sarawak, Serakup Komuniti Saban Sarawak, Serakup Lakiput Sarawak, RURUM Kelabit Sarawak, Serakup Lun Bawang Sarawak, enggau Serakup Pemansang Tipun Penan Sarawak. Aum besai tu dikearapka ulih terus nyadi pelasar ngenegapka penyelai budaya sereta ngetanka hak komuniti Orang Ulu di Sarawak.-EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya871872873874875876877878879880SeterusnyaTerakhir |