BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkesempatan untuk hadir dan meraikan Majlis Penutupan ‘PolyCath Youth Gateway Camp’ yang diadakan di Gereja St Teresa Avila, Kampung Stenggang pada pagi Ahad.
Majlis penutupan kem belia Katolik yang berlangsung dengan Misa Kudus bersama Reverend Father Peter Liston ini menandakan tamatnya program kem yang diadakan selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Mac 2025.
Kem tersebut melibatkan lebih kurang 130 orang peserta dari Politeknik Kuching, bersama-sama dengan lebih 400 umat Kristian yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Selain menghadiri majlis penutupan, Billy juga mengambil peluang untuk melawat Sunday Market yang diadakan bersempena dengan acara tersebut.
Lawatan ini bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat serta melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Kaum Kampung Stenggang Gary Nosen, Pengerusi Komiti Gereja Katolik (KGK) St Teresa Avila Christopher Daylang dan Pengerusi Biro Wanita Kampung Stenggang Rose Julies Kadap. -EDISI UKAS