Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Peringatan Ke-80 Operasi Semut 1945: Sejarah Bario Sebagai Tapak Pembebasan Sarawak |
BARIO: Acara Peringatan Antarabangsa ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945 diadakan dengan penuh penghormatan di Bario Memorial Park, menghimpunkan lebih 100 peserta termasuk wakil dari Australia, New Zealand, Britain, serta veteran dan waris anggota Z Special Unit. Program anjuran Rurum Kelabit Sarawak ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Sarawak, agensi kerajaan, serta badan ketenteraan antarabangsa. Majlis ini memperingati penerjunan lapan anggota Z Force Special Unit pada 25 Mac 1945, yang menjadi titik tolak kepada pembebasan Sarawak daripada pendudukan Jepun. Dalam ucapannya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala menegaskan bahawa peristiwa ini mencerminkan kepercayaan tentera Sekutu terhadap masyarakat Kelabit yang memberi sokongan penuh kepada perjuangan Z Force. Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, mengumumkan geran RM100,000 bagi menyokong penganjuran acara ini dan menyatakan bahawa kerajaan akan terus memperkasa pelancongan sejarah perang. Lakonan semula pendaratan payung terjun Operasi Semut 1945 juga akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching pada 27 Mac 2025, menjadikannya acara pelancongan bertaraf antarabangsa. Kehadiran Pesuruhjaya Tinggi Australia, New Zealand dan Britain, bersama wakil tentera dan keluarga anggota Z Force, menunjukkan kepentingan sejarah Bario dalam hubungan ketenteraan dan diplomatik antarabangsa. Turut hadir ialah keturunan wira Z Force, termasuk keluarga mendiang Jack Tredea dari Australia serta Presiden Z Special Unit & SAS Association of Western Australia, Brian Edward Ralph. Sebagai langkah pemuliharaan, pihak penganjur mencadangkan agar Bario Memorial Park dinaik taraf sebagai tapak bersejarah utama di Sarawak. Acara ini juga mengukuhkan warisan sejarah suku Kelabit, yang sejak dahulu memainkan peranan penting dalam pertahanan dan keselamatan negara, termasuk menyertai pasukan Border Scouts, tentera dan polis selepas Perang Dunia Kedua. Majlis diakhiri dengan upacara meletakkan kalungan bunga sebagai penghormatan kepada para pejuang. Penganjur berharap peringatan tahunan ini akan terus menarik minat pelancong, penyelidik dan generasi muda untuk memahami sejarah perjuangan Sarawak dan mengiktiraf keberanian wira-wira yang telah berkorban demi kebebasan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
200 Pek Bubur Pedas Diedarkan Sempena Ramadan di Uni Garden |
KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 200 pek bubur pedas telah diagihkan kepada penduduk sekitar Uni Garden, pada Selasa dalam Program Agihan Bubur Lambuk Unit Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) sempena bulan Ramadan. Program ini melibatkan kakitangan IRSDA yang bergotong-royong memasak dan menyediakan bubur pedas sebelum diserahkan kepada orang ramai. Pengagihan bubur pedas tersebut disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Anuar Da'an yang turut diiringi oleh kakitangan IRSDA yang aktif membantu menjayakan program ini. Menurut pihak penganjur, inisiatif ini bertujuan untuk berkongsi rezeki serta menggalakkan amalan bersedekah pada bulan Ramadan, selaras dengan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Datuk Rubiah Meriahkan Program Jelajah Amal Bubur Lambuk Parlimen Kota Samarahan |
KOTA SAMARAHAN: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, telah hadir untuk memeriahkan Program Jelajah Amal Bubur Lambuk Parlimen Kota Samarahan yang diadakan di Surau Cahaya Islam Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu 12. Program ini dianjurkan bersama ahli Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Parlimen Kota Samarahan Zon Stakan dengan tujuan menyemarakkan semangat kebersamaan dan menggalakkan amalan bersedekah sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti gotong-royong yang melibatkan penyediaan dan pengedaran bubur lambuk bukan sahaja mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, tetapi turut memberi peluang untuk menyantuni golongan yang memerlukan. Dalam ucapan beliau, Datuk Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berharap agar ukhuwah yang terjalin melalui program seperti ini dapat diteruskan. Beliau juga menekankan kepentingan menjadikan Ramadan sebagai bulan penuh keberkatan dan sebagai medan untuk meningkatkan keprihatinan terhadap masyarakat sekitar. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Wanita PBB Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan Lela Adini dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Batu 12 Razali Jahari. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Datuk Rubiah Ziarahi Warga Emas Dalam Program Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan |
KOTA SAMARAHAN: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, berkesempatan menziarahi warga emas dalam Program Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan Zon Stakan yang diadakan di Skim Pembesaran Kampung Jawa Semenggok pada Selasa. Program lawatan ini bertujuan untuk menyantuni serta memberikan sokongan moral kepada golongan yang memerlukan khususnya warga emas. Dalam kunjungan tersebut, Datuk Rubiah melawat kediaman Abang Ramli, warga emas berusia 87 tahun yang kini terlantar akibat sakit tua. Keadaan kesihatannya yang semakin merosot menyebabkan kesukaran dalam pergerakan serta aktiviti harian. Datuk Rubiah berharap lawatan tersebut dapat membawa sedikit keceriaan dan sinar kebahagiaan kepada mereka terutama dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Wanita PBB Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, Lela Adini dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Batu 12, Razali Jahari. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
SHEDA拜会砂拉越总理 |
古晋:砂房地产发展商公会(SHEDA)代表团于星期三拜会砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士。 砂房地产发展商公会副主席Louis Ting在拜会砂总理后接受记者访问时说,违约赔偿金(LAD问题是砂房地产发展商公会与总理讨论的重点之一。 他说,关于违约赔偿金问题,砂总理已经了解行业内人士面临的困难。 他进一步表示,砂总理将采取适当措施来解决当前行业面临的问题。 违约赔偿金是指,如果开发商未能在购买房屋协议中规定的时间内完成房屋项目,则会对其处以财务罚款。 此外,违约赔偿金条款旨在保护购屋者,若因房屋交付延迟造成经济负担,购屋者将获得相应的赔偿。 陪同出席的还有砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生。-UKAS 刊 |
View |
|
news |
Raptai Penuh Penghayatan Semula Ulang Tahun Ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945 Berjalan Lancar |
KUCHING: Raptai penuh bagi acara penghayatan semula Ulang Tahun Ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945 yang berlangsung di Padang Merdeka, di sini berjalan dengan lancar. Sesi raptai diadakan dalam tiga sesi bagi memastikan perjalanan acara yang akan berlangsung pada Khamis berjalan seperti yang dirancang. Program bersejarah ini akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Difahamkan, empat penerjun dari Pasukan Khas Udara (PASKAU) membuat terjunan pada ketinggian 6,000 kaki di udara dari pesawat CN235 yang dikendalikan oleh Lieutenant Colonel Ahmad Syazwan Mohamed dan Mejar Mohd Zafril dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Penghayatan semula acara ini merupakan peristiwa penting yang melibatkan misi khas yang dijalankan oleh Unit Khas Z Australia ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Pasukan ini pada 80 tahun yang lalu melakukan penerjunan payung ke Bario untuk bergabung dengan komuniti tempatan dalam usaha menentang tentera Jepun. Orang ramai diingatkan penutupan jalan akan dibuat pada Khamis melibatkan Jalan Wawasan ke Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Padang Merdeka (Mahkamah Lama) dan Jalan Tun Abang Haji Openg bermula jam 8.30 hingga 11 pagi. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Lawatan Tapak Perlu Bagi Pastikan Projek Siap |
TATAU: Perkembangan semasa pembangunan infrastruktur di kawasan Daerah Tatau sering dipantau bagi memastikan ia siap tepat pada masanya. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, lawatan ke tapak projek adalah bagi mengenal pasti sebarang isu yang mungkin menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek serta mencari penyelesaian segera bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual. Menurutnya, projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat. "Oleh itu, saya akan terus turun padang bagi memantau perkembangan projek serta memastikan tiada kelewatan yang boleh menjejaskan manfaat kepada rakyat,” katanya. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong; Penolong Jurutera JKR Bahagian Bintulu, Ngu Tie Hua; serta Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah, Long Jok. Lawatan ini juga menegaskan komitmen Dato Sri John Sikie untuk terus memantau pelaksanaan projek-projek RTP di DUN Kakus, selain meninjau keperluan pembangunan baharu bagi memastikan infrastruktur di kawasan tersebut terus diperkasakan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Jerayawara Bubur Lambuk 4.0 Erat Perpaduan dan Sebar Mesej Antidadah |
BELURU: Program Jerayawara Bubur Lambuk 4.0 anjuran PEMADAM Daerah Beluru berlangsung meriah di Perkarangan Pejabat Daerah Beluru serta Pekan Lapok pada Selasa. Bertemakan “Jauhi Dadah, Hidup Penuh Erti”, program ini bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. Pegawai Daerah Beluru merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu, hadir bersama beberapa tetamu kehormat, termasuk Pengerusi Majlis Daerah Marudi, Cr Edward Mendai, Pengetua SMK Bakong, Casimir Igat, serta Penghulu Abdullah Samat dan Penghulu Nora Ree yang mewakili masyarakat Melayu dan Iban di kawasan tersebut. Sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada orang awam di sekitar Pekan Beluru dan Pekan Lapok, mencerminkan semangat kebersamaan dan kepedulian masyarakat setempat. Program ini juga menjadi platform bagi PEMADAM Daerah Beluru untuk terus memperjuangkan kesedaran bahaya dadah serta mengajak masyarakat untuk menjauhi gejala negatif yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Penganjuran program ini mendapat sambutan menggalakkan dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan hubungan antara masyarakat serta menyebarkan mesej positif kepada orang ramai.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
ADUN Jepak Tekankan Komitmen Bantu Rakyat Dalam Program Ziarah Ramadan |
BINTULU: Kebajikan Rakyat di Bintulu terus di beri perhatian agar dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, menegaskan komitmennya dalam memastikan tiada rakyat di Bintulu yang dibiarkan hidup dalam kesusahan. Beliau berkata, Pejabat Pusat Khidmatnya sentiasa terbuka bagi membantu masyarakat dalam pelbagai aspek yang termampu. Menurut Iskandar, selain pejabatnya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, turut bersedia memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan. “Inilah keunikan kita di Bintulu, di Sarawak semangat perpaduan yang kukuh tanpa mengira bangsa dan agama. Kita berganding bahu memastikan rakyat sentiasa disantuni,” katanya ketika berucap pada Program Ziarah Ramadan anjuran Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd. di Masjid Daerah Bintulu pada Selasa. Dalam program itu, seramai 100 penerima dari golongan asnaf dan kurang berkemampuan dari empat kampung dalam kawasan DUN Jepak Kampung Sinong, Kampung Dato, Kampung Sebiew, dan Kampung Masjid menerima sumbangan bakul makanan daripada pihak penganjur. Selain itu, sebanyak 450 pek bubur lambuk turut diagihkan kepada orang ramai di hadapan masjid, memeriahkan suasana Ramadan serta mengeratkan hubungan antara masyarakat. Iskandar memuji semangat solidariti masyarakat setempat yang sentiasa bersedia membantu tanpa mengira latar belakang. Beliau turut mengapresiasi peranan sektor korporat seperti Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd., yang aktif dalam melaksanakan program kebajikan. “Inilah semangat yang kita banggakan. Kita bersatu sebagai satu keluarga besar, saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya. Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir. “Di Jepak, di Bintulu, kita tidak mahu ada sesiapa yang rasa terpinggir. Pintu kami sentiasa terbuka,” tambahnya. Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu yang mewakili Datuk Seri Tiong King Sing, Azman Abdul Rahman, Penolong Pengurus Tong Seng Huat (Bintulu) Sdn. Bhd., Kong Jin Ann, dan wakil Masjid Daerah Bintulu, Yusuf Ali.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Didik Kasih Madani Bantu Ringankan Beban Ibu Bapa di Tatau |
TATAU: Seramai 30 pelajar dari pelbagai sekolah di Daerah Tatau telah menerima sumbangan dalam Program Didik Kasih Madani Kembali ke Sekolah Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak dengan kerjasama Bank Muamalat. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Tatau itu dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, antaranya Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Negeri Sarawak Hafizul Din Mahmud @ Hamdan; Pegawai Tadbir Daerah Tatau, Raden Azamry Raden Perhan. Dalam ucapan perasmiannya, Raden Azamry Raden Perhan menyatakan penghargaan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak dan Bank Muamalat atas inisiatif memilih penerima dari Daerah Tatau. Beliau turut berharap agar program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang sebagai usaha membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak. Sumbangan yang diberikan dalam program ini merangkumi alat tulis serta wang tunai, bertujuan untuk memastikan pelajar yang memerlukan mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi sesi persekolahan dengan lebih baik. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, tetapi turut mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak dalam membantu masyarakat setempat, khususnya dalam bidang pendidikan.-EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious871872873874875876877878879880NextLast |