TATAU: Perkembangan semasa pembangunan infrastruktur di kawasan Daerah Tatau sering dipantau bagi memastikan ia siap tepat pada masanya.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, lawatan ke tapak projek adalah bagi mengenal pasti sebarang isu yang mungkin menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek serta mencari penyelesaian segera bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual.
Menurutnya, projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.
"Oleh itu, saya akan terus turun padang bagi memantau perkembangan projek serta memastikan tiada kelewatan yang boleh menjejaskan manfaat kepada rakyat,” katanya.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong; Penolong Jurutera JKR Bahagian Bintulu, Ngu Tie Hua; serta Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah, Long Jok.
Lawatan ini juga menegaskan komitmen Dato Sri John Sikie untuk terus memantau pelaksanaan projek-projek RTP di DUN Kakus, selain meninjau keperluan pembangunan baharu bagi memastikan infrastruktur di kawasan tersebut terus diperkasakan.-EDISI UKAS