KOTA SAMARAHAN: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, berkesempatan menziarahi warga emas dalam Program Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan Zon Stakan yang diadakan di Skim Pembesaran Kampung Jawa Semenggok pada Selasa.
Program lawatan ini bertujuan untuk menyantuni serta memberikan sokongan moral kepada golongan yang memerlukan khususnya warga emas.
Dalam kunjungan tersebut, Datuk Rubiah melawat kediaman Abang Ramli, warga emas berusia 87 tahun yang kini terlantar akibat sakit tua.
Keadaan kesihatannya yang semakin merosot menyebabkan kesukaran dalam pergerakan serta aktiviti harian.
Datuk Rubiah berharap lawatan tersebut dapat membawa sedikit keceriaan dan sinar kebahagiaan kepada mereka terutama dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Wanita PBB Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, Lela Adini dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Batu 12, Razali Jahari. -EDISI UKAS