KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 200 pek bubur pedas telah diagihkan kepada penduduk sekitar Uni Garden, pada Selasa dalam Program Agihan Bubur Lambuk Unit Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) sempena bulan Ramadan.
Program ini melibatkan kakitangan IRSDA yang bergotong-royong memasak dan menyediakan bubur pedas sebelum diserahkan kepada orang ramai.
Pengagihan bubur pedas tersebut disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Anuar Da'an yang turut diiringi oleh kakitangan IRSDA yang aktif membantu menjayakan program ini.
Menurut pihak penganjur, inisiatif ini bertujuan untuk berkongsi rezeki serta menggalakkan amalan bersedekah pada bulan Ramadan, selaras dengan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat. -EDISI UKAS