Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Pesta Pulau Bruit 2025 Platform Komuniti & Tarikan Pelancongan

DARO: Pesta Pulau Bruit 2025 menjadi platform penting dalam memperkasa ekonomi komuniti pesisir selain mengangkat Pulau Bruit sebagai destinasi pelancongan berpotensi di Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, pesta berkenaan mempunyai keunikan tersendiri yang mengetengahkan hasil laut dan tani segar tempatan, sekali gus memperkenalkan keistimewaan Pulau Bruit kepada pengunjung luar. "Pesta ini mempunyai keunikan tersendiri yang sekali gus memperkenalkan keistimewaan tempatan kepada masyarakat luar," ujarnya semasa Majlis Pelancaran Pesta Pulau Bruit di Dewan Masyarakat Kampung Tekajong, Pulau Bruit, pada Jumaat. Lebih 300 penduduk dari sekitar Pulau Bruit dan Daro hadir menyaksikan acara tersebut yang disifatkan sebagai platform penting bagi penggalakan ekonomi komuniti selain menjadi daya tarikan pelancongan di kawasan pesisir Sarawak. Antara pengisian menarik sepanjang pesta termasuk acara sukan rakyat, persembahan kebudayaan, pameran dan taklimat agensi kerajaan, persembahan pentas oleh artis jemputan, Mini Agrofest yang mempamerkan hasil tani dan laut segar, selain cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah. Majlis turut dimeriahkan dengan pameran pendidikan daripada lima institusi pendidikan iaitu CENTEXs, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sarawak Skills, Kolej Laila Taib serta Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Pesta Pulau Bruit 2025 dijangka terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, sekali gus mengangkat Pulau Bruit sebagai salah satu destinasi penting dalam kalendar pelancongan negeri.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Sistem Perparitan Baharu Bernilai RM250,000 Siap Dibina Di Kampung Pulau Melayu

MIRI: Sistem perparitan konkrit sepanjang 441 meter bernilai RM250,000 siap dibina di Kampung Pulau Melayu, sekali gus menyelesaikan masalah takungan air dan risiko banjir yang sekian lama dihadapi penduduk. Peruntukan projek tersebut disalurkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024. Projek yang bermula pada Julai lalu melibatkan pembinaan longkang konkrit selebar 0.9 meter dan sedalam 1.5 meter bagi menggantikan struktur longkang tanah tidak sekata sebelum ini. Sistem lama sering menimbulkan masalah limpahan dan aliran balik air ketika hujan lebat hingga menjejaskan jalan utama dan membahayakan keselamatan penduduk. Datuk Sebastian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, turun padang pada Khamis untuk meninjau keadaan sistem perparitan baharu itu. “Infrastruktur asas adalah elemen penting dalam pembangunan luar bandar." "Peningkatan sistem perparitan ini membantu menyelesaikan masalah takungan air serta banjir ketika musim hujan, membolehkan penduduk hidup lebih selesa dan selamat,” katanya. Beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada keperluan infrastruktur asas secara berperingkat demi kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk agar sentiasa memastikan longkang di kawasan kampung sentiasa bersih dan bebas daripada sampah supaya keberkesanan projek dapat dikekalkan.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Gubernur Kalimantan Timur Datai Di Kuching, Ngerichah BGK 2025

KUCHING: Borneo Games Kuching (BGK) 2025 majak richah nengah penatai Gubernur Kalimantan Timur, Bapak Dr. H. Rudi Mas’ud ti likun datai ba Padang Bilun Antarabansa Kuching pukul 6.50 lemai Hari Empat dikena ngepun penemuai khas pengelama tiga hari ke Sarawak. Penatai iya diambat pengari Perintah Sarawak begulai enggau pegawai kanan sebedau nuju hotel ba mengeri tu. Penemuai khas tu diatur serimbai BGK 2025 ti benung diatur di Kuching, belabuh ari 24 ngagai 28 September tu. Tambah mega, iya deka ngambi bagi ba lumba golf ungkup kategori VIP ti mega digulu Menteri Nembiak, Lumba enggau Pemansang Orang Dagang Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Kelab Golf Sarawak, pagila. Iya deka mupuk pulai kena Hari Minggu tu. - EDISI UKAS  

Lihat

news

Pengerami Pulau Bruit 2025 Pelasar Komuniti & Pematak Dagang Temuai

DARO: Pengerami Pulau Bruit 2025 nyadi pelasar beguna nyungkak ekonomi komuniti tebing tasik seraya nyagu Pulau Bruit nyadi palan dagang temuai di Sarawak. Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Pekara Korporat, Pemadah enggau UKAS), Datuk Abdullah Saidol madah, pengerami nya bisi penyelai kediri empu ti ngayanka asil tasik enggau utai tanam seraya ngangkatka penyelai Pulau Bruit ngagai pengusung luar. “Pengerami tu bisi penyelai kediri empu lalu bisi pengulih dibantai ngagai komuniti luar,” ku iya lebuh bejadi Pengerami Pulau Bruit ba Balai Komuniti Kampung Tekajong, Pulau Bruit, kena Hari Lima. Lebih 300 peranak ngelingi Pulau Bruit enggau Daro datai ngerichah pengerami nya ti nyadi pelasar besai meransang ekonomi komuniti kelimpah nyadi pematak dagang temuai ba tebing tasik Sarawak. Entara aktiviti diatur nyengkaum lumba rayat, pemerindang main asal, pemandang enggau taklimat ari agensi perintah, pemerindang atas panggau ari bala penanyi, Mini Agrofest ti ngelaku asil utai tanam enggau pemakai tasik sereta chabut tikit benasip. Pengerami nya mega richah nengah pemandang pelajar ari lima palan pelajar tinggi iya nya CENTEXs, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sarawak Skills, Kolej Laila Taib sereta Palan Ngerembai Penerang Nasional (NADI). Pengerami Pulau Bruit 2025 disadang terus nyadi pengerami ninting taun ti dianti mensia mayuh seraya nyagu Pulau Bruit nyadi siti ari palan pematak dalam kalinda dagang temuai nengeri. - EDISI UKAS  

Lihat

news

Raptai Penuh Pengerami Nutup BGK 2025 Mujur di PCC Demak

KUCHING: Raptai penuh Pengerami Nutup Borneo Games Kuching (BGK) 2025 ti diatur di Penview Convention Center (PCC) Demak kena Hari Lima lanchar seraya nyadi penyikap kepenudi sebedau pengerami nutup kena Hari Minggu tu. Raptai nya dikemata Sapit Menteri Nembiak, Lumba enggau Pemansang Orang Dagang Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu ngaul simulasyen penuh atur pengerami nyengkaum penatai temuai dipebasa, belagu lagu Negaraku enggau Ibu Pertiwiku, pemerindang ngelalu penatai sereta besampi. Nambah ke nya, tim teknikal, atur pengawa, hos enggau raban mantai pemerindang mega meri perati ngagai sukut nyeraris kepenudi nentuka pengerami nutup lanchar. Raptai nya mega meri perati ngagai pengawa nyuaka anugerah atlit pemadu manah lelaki enggau indu, mandang video khas sereta pemerindang ti deka nyadi pematak malam pengerami nya ila. BGK 2025 ti diatur di Kuching kenyau ari 24 September tu tadi ukai semina nyadi nalan atlit bepadan tang mega nyadi pelasar mekuh kaul serantau bepelasarka semangat belumba. Pengerami nutup deka diatur Hari Minggu tu belabuh ari pukul 8 malam lalu deka dipenyadi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Sama datai ba raptai iya nya Direktor Unit Protokol, Istiadat enggau Atur Pengawa Sarawak, Datu Hamdan Sharbini. –EDISI UKAS  

Lihat

news

UTS Capai Sasaran 5,000 Penuntut Dua Tahun Lebih Awal

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) melakar pencapaian membanggakan apabila jumlah penuntutnya kini mencecah 5,003 orang, sekali gus menepati sasaran 5,000 penuntut yang ditetapkan Kerajaan Sarawak bagi tahun 2027 iaitu dua tahun lebih awal daripada jadual. Naib Canselor UTS, Datuk Khairuddin Ab. Hamid berkata, perkembangan positif itu dipacu oleh pengambilan baharu September 2025 yang melibatkan seramai 611 pelajar termasuk 588 prasiswazah dan 23 pascasiswazah. “Daripada jumlah itu, seramai 590 adalah anak Sarawak, 13 dari luar negeri termasuk Labuan, Johor, Sabah dan Selangor, manakala lapan lagi merupakan pelajar antarabangsa iaitu empat dari China, dua dari Pakistan, seorang dari Belanda dan seorang dari Indonesia,” katanya ketika Majlis Sumpah Ikrar Mahasiswa Sarjana Muda Ambilan September 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS, pada Jumaat. Beliau menjelaskan, UTS yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak beroperasi sebagai universiti awam negeri dengan sistem pengurusan fleksibel seperti universiti swasta tanpa diskriminasi, kuota atau pemisahan pengambilan pelajar. Beliau menambah, universiti berkenaan memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, pembangunan budaya harmoni berbilang kaum dan agama, kesejahteraan penuntut serta aspirasi menjadikan UTS institusi kebanggaan rakyat Sarawak. Mengimbas pencapaian sejak penubuhannya, jumlah pelajar UTS pada 2021 hanyalah 1,368 orang ketika pandemik COVID-19, namun meningkat kepada 2,229 pada 2022, 2,794 pada 2023, 4,464 pada 2024 dan kini 5,003 pada tahun ini. “Pencapaian ini amat membanggakan kerana sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri berjaya dicapai lebih awal daripada yang dijangkakan,” jelasnya.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Seminar Zon Utara Tekankan Kerelevanan Adat Dalam Kehidupan Moden

MIRI: Pelbagai topik berkaitan adat bumiputera Sarawak termasuk Adat Iban 1993, Adat Bidayuh 1994, Adat Kayan-Kenyah 1994, Adat Bisaya 2004, Adat Penan 2011 serta adat Melanau menjadi antara pengisian utama Seminar Adat Zon Utara 2025 di sini, pada Jumaat. Seminar anjuran Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) selama dua hari itu turut memberi tumpuan kepada aspek pengurusan tanah adat berasaskan Land Code (Amendment) 2018, selain memperkenalkan konsep pembangunan adat natif Sarawak. Program berkenaan bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap fungsi dan peranan MAIS, di samping menekankan kerelevanan adat dalam kehidupan moden, terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, dengan kehadiran ratusan peserta yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan wakil komuniti setempat. Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau, Ketua MAIS, Datu Ronnie Edward, Setiausaha MAIS, Mackos Sibong serta Pegawai Daerah Miri, Siti Rohanie Yusof yang mewakili Residen Bahagian Miri.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Raptai Penuh Majlis Penutupan BGK 2025 Berjalan Lancar di PCC Demak

KUCHING: Raptai penuh Majlis Penutupan Borneo Games Kuching (BGK) 2025 yang berlangsung di Penview Convention Center (PCC) Demak pada Jumaat berjalan lancar, sekali gus menjadi persiapan akhir sebelum acara rasmi penutupan pada Ahad. Raptai berkenaan disaksikan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu dengan melibatkan simulasi penuh atur cara majlis termasuk ketibaan dif-dif kenamaan, nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, persembahan selamat datang serta bacaan doa. Dalam pada itu, pasukan teknikal, urus setia, pengacara majlis dan barisan persembahan turut menumpukan perhatian kepada aspek penyelarasan terakhir bagi memastikan kelancaran majlis penutupan sebenar. Sesi raptai juga memberi fokus kepada acara penyampaian anugerah atlet terbaik lelaki dan wanita, tayangan video khas serta persembahan hiburan yang bakal menjadi tarikan utama pada malam penutupan nanti. BGK 2025 yang dianjurkan di Kuching sejak 24 September lalu bukan sahaja menjadi medan persaingan atlet, tetapi turut menjadi platform memperkukuhkan hubungan serantau berasaskan semangat kesukanan. Majlis penutupan rasmi dijadualkan berlangsung pada Ahad ini bermula jam 8 malam dan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Hadir sama dalam raptai itu ialah Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Datu Hamdan Sharbini. –EDISI UKAS  

Lihat

news

Atlit Archery Gagit Masuk Borneo Games Kuching 2025, Muji Atur Lumba enggau Fasiliti

KUCHING: Pengawa ngatur Borneo Games Kuching 2025 terus nerima timbal positif ari bala atlit archery ti madah ke lumba nya ukai semina nalan bepekit tang mega nyadi peluang berega ngelala budaya, kandang menua enggau bakih baru ari rantau tu. Atlet archery Kalimantan Timur, Rohani Sephia Ananda Hatta madah, lumba dipasuk iya sekali tu meri peneleba berega laban nya lumba antarabansa keterubah ba luar menua iya kenyau ari ngaul diri ba lumba nya ba taun 2013. “Enti ba dalam nengeri aja, kitai berasai gaga ngelala kandang menua baru anang agi ba luar menua. “Alhamdullilah, ditu agi ngena jaku ti nyau deka sebaka taja bisi bebida mimit. “Aku mega ulih belajar budaya, pemakai enggau utai ti nyadi di Sarawak,” ku iya lebuh dirandau ba Lapang Sasar Memanah ditu kena Hari Lima. Rohani Sephia mega muji fasiliti ti disediaka bala pengatur ungkup bala atlit chukup manah. Nangkan nya, atlit ari Wilayah Persekutuan Labuan, Rizal Roslin muji penyikap pengatur ti diasai ke iya entara ti pemadu manah ti kala dipasuk iya ngelama tu. “Tu keterubah iya aku masuk Borneo Games lalu Alhamdullilah naka diatu aku tepantup ati. “Fasilii, endur diau, pemakai enggau ai irup, pengangkut enggau sukung bala pegawai chukup manah. “Aku meri terima kasih ngagai Perintah Sarawak laban nyendiaka fasiliti pemadu manah ungkup atlit,” ku iya. Ba penemu atlit Sarawak, Jaccard Lee, lumba tu peluang berega laban Borneo Games jarang diatur. “Aku berasai temegah ulih ngari ke Sarawak. Latih ti diberi beguna endar lalu aku meda pengeran perintah nengeri meri perati ngagai lumba tu,” ku anak asal ari Miri nya ti udah tiga taun ngaul diri ba lumba archery lalu sebedau tu bemain bola tampar. Atlit Sabah, Davian Jayden Chin ti udah tiga taun ngaul diri ba lumba archery mega bekunsi pengagit keterubah iya belumba di Kuching. “Peneleba tu chukup ngasuh ati gagit lalu meri semangat baru. Taja pen bisi asai nangi laban bepekit enggau atlit menua luar tang aku belajar mayuh pekara baru,” ku Davian. Semua atlit selubang penemu, Borneo Games meseti ditampung laban lumba tu ukai semina ngansah penau baru tang mega ngerapit kaul bebakih serantau nengah lumba. - EDISI UKAS  

Lihat

news

Seminar Zon Utara Berandau Adat Ti Relevan Ba Pengidup Moden

MIRI: Bemacham pekara bekaul adat bumiputera Sarawak nyengkaum Adat Iban 1993, Adat Bidayuh 1994, Adat Kayan-Kenyah 1994, Adat Bisaya 2004, Adat Penan 2011 sereta adat Melanau ba Seminar Adat Zon Utara 2025 ditu, kena Hari Lima. Seminar diatur Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) pengelama dua hari nya meri perati ngagai sukut ngatur tanah adat bemalinka Land Code (Amendment) 2018 kelimpah bejalaika konsep pemansang adat natif Sarawak. Program nya mai mensia mayuh mereti ke pangku pengawa MAIS seraya ngemerat adat ti relevan ba pengidup moden kelebih agi napi bemacham pemar kemaya hari. Pengerami nutup udah dipenyadi Menteri ba Opis Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai enggau penatai beratus penyereta nyengkaum tuai komuniti, agensi perintah enggau pengari komuniti lokal. Sama datai iya nya Sapit Menteri ba Opis Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Sapit Menteri di Opis Premier (Pengereja Pengawa, Imigresyen enggau Patau Projek), Datuk Gerawat Gala, Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau, Tuai MAIS, Datu Ronnie Edward, Sekretari MAIS, Mackos Sibong sereta Pegawai Pelilih Miri, Siti Rohanie Yusof ti ngari ke Residen Bagi Menua Miri.-EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya661662663664665666667668669670SeterusnyaTerakhir