Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

TEGAS Anjur TFA Edisi Keempat September Ini

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama pitchIN, platform pendanaan ekuiti ramai (ECF) terkemuka negara, akan menganjurkan TEGAS Fundraising Accelerator (TFA) edisi keempat pada 8 hingga 11 September 2025 di TEGAS Digital Village. Pengerusi TEGAS merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata program intensif selama empat hari itu bertujuan melengkapkan pengasas startup tempatan dengan ilmu serta strategi pembiayaan. Menurutnya, peserta turut diberi latihan kesediaan pelabur bagi meningkatkan peluang memperoleh dana untuk mengembangkan perniagaan. “Matlamat kami adalah melahirkan generasi usahawan berimpak tinggi Sarawak. “Dengan bimbingan pakar serta akses terus kepada rangkaian pelabur, kami yakin startup tempatan mampu berkembang dan menembusi pasaran global. “Memasuki tahun keempat penganjuran, TFA diyakini menjadi batu loncatan penting dalam memperkemas strategi pembiayaan selain membuka jaringan bermakna bersama pelabur dan pemain industri,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Tambahnya, program berkenaan turut memberi pendedahan menyeluruh mengenai proses pembiayaan, termasuk penyediaan ‘pitch deck’ yang berkesan serta pengurusan hubungan pasca-pembiayaan dengan pelabur.-EDISI UKAS

View

news

Projek Perumahan Sakit Di Bintulu Selesai Selepas 7 Tahun Tertangguh

BINTULU: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) berjaya menyelesaikan sebuah projek perumahan sakit di Lot 6256 dan Lot 6258, Blok 32, Daerah Tanah Kemena yang dibangunkan oleh Tiara Seni Sdn Bhd selepas mengalami kelewatan selama tujuh tahun daripada tarikh siap asal pada Disember 2017. MPHLG dalam satu kenyataan media pada Selasa berkata, projek tersebut melibatkan 220 unit kediaman merangkumi rumah berkembar, rumah teres, rumah teres kos rendah serta townhouse, dan kelewatan itu memberi kesan kepada seramai 75 pembeli rumah. Menerusi pemantauan berterusan serta penglibatan aktif bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Jabatan Tanah dan Survei, Bintulu Development Authority, pihak pemaju dan juga pembeli rumah, MPHLG berjaya memfasilitasi penyelesaian isu pematuhan teknikal yang sebelum ini menghalang kemajuan projek. Hasilnya, Sijil Layak Menduduki (Occupation Permit - OP) dikeluarkan secara berperingkat, sekali gus membolehkan rumah diserahkan kepada pembeli. Batch pertama OP dikeluarkan pada 14 Julai 2025 melibatkan 38 unit rumah teres dua tingkat dan rumah berkembar dua tingkat, manakala batch kedua dikeluarkan pada 6 Ogos 2025 bagi 46 unit rumah teres dua tingkat. “Beberapa rumah telah pun diserahkan kepada pembeli masing-masing, dan ini membuktikan keberkesanan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Projek Perumahan (JKTP) sebagai platform menyelaras isu, mendapatkan input teknikal dan merangka penyelesaian kolaboratif,” jelas kenyataan MPHLG. Baki unit lain masih dalam peringkat pembaikan manakala pembinaan rumah townhouse sedang diteruskan, dengan kementerian akan terus memantau rapat perkembangan projek sehingga siap sepenuhnya.-EDISI UKAS

View

news

MPKS, UNIMAS Perkukuh Kerjasama Strategik Bangunkan Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal memperkukuh kerjasama menerusi pelaksanaan Smart Strategic Partnership yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti, peningkatan kapasiti serta agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG’s). Kerjasama tersebut dimuktamadkan dalam kunjungan hormat MPKS ke atas Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, baru-baru ini. Antara inisiatif yang dibincangkan ialah pelaksanaan program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM), kolaborasi latihan pembangunan kapasiti, serta penglibatan UNIMAS dalam program Samarahan Food & Cultural Festival (SFCF) 2025. Menurut MPKS, kolaborasi ini penting bagi mengukuhkan peranan UNIMAS sebagai institusi akademik berpengaruh global dalam memacu pembangunan Kota Samarahan ke arah bandar pintar, progresif dan inklusif. Rombongan MPKS diketuai Pengerusi Perbandaran MPKS, Abang Ismawi Abang Ali bersama Timbalan Pengerusi Perbandaran MPKS, Daily Joseph, serta Setiausaha Perbandaran MPKS, Gustian Durani.-EDISI UKAS

View

news

Wan Jamaluddin, Surayah Juara Tilawah Al- Quran Serian

SERIAN: Wan Jamaluddin Sait dan Surayah Suparti dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian 1447H/2025M. Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000, trofi dan hadiah iringan tajaan Baitulmal Bahagian Serian. Tempat kedua masing-masing disandang oleh Azri Deli (Qari) dan Talmatasiah Abdullah (Qariah) dengan hadiah wang tunai RM700 berserta trofi dan hadiah iringan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamad Ehsan Kamuri dan Nurul Sabriena Abdullah yang menerima wang tunai RM500 bersama trofi dan hadiah iringan. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato’ Idris Buang bersama isteri, Datin Hidayah Hussein di sini, pada Isnin. Dalam ucapannya, Dato’ Idris menegaskan Kerajaan Sarawak sentiasa komited memastikan pembangunan rohani rakyat berjalan seiring dengan kemajuan fizikal dan ekonomi negeri. “Kita percaya, kemajuan yang sebenar adalah apabila rakyat bukan sahaja cemerlang dalam bidang ilmu, sains dan teknologi, tetapi turut teguh dari segi akhlak dan jati diri. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, Al-Quran wajar dijadikan benteng rohani untuk menghadapi cabaran moral, sosial dan akidah,” katanya. Beliau turut menyeru agar institusi keluarga, masjid, sekolah dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan Al-Quran terus menjadi rujukan utama dalam melahirkan insan berakhlak mulia. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Serian merupakan acara tahunan anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Serian dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Bahagian Serian (JAIS), bertemakan “Ummah Maju Makmur”, selari dengan tema Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak tahun ini. Seramai enam Qari dan lima Qariah menyertai pertandingan pada edisi kali ini, manakala tiga peserta Qari Rohaizat Rejab, Amirul Naseen Jamaluddin dan Nizam Abdullah serta dua peserta Qariah Sarinah Clement @Uthman dan Masni Rajali masing-masing menerima saguhati berupa wang tunai RM100 bersama hadiah iringan. Turut hadir Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Timbalan Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap dan Pegawai Agama Islam Bahagian Serian, Ustaz Madihi Jamali.-EDISI UKAS

View

news

Projek Naiktaraf Kolej Vokasional Bintulu Siap Awal 49 Hari, Diserahkan Secara Rasmi

BINTULU: Projek Menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional Bintulu lengkap sepenuhnya, lebih awal dari jadual sebenar. Projek bernilai RM21.5 juta itu dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kaedah konvensional perunding melalui kontraktor Asarajaya Sdn. Bhd. Majlis penyerahan projek siap itu kepada Kolej Vokasional Bintulu, Sarawak telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada Isnin. Menurut Dato Sri Alexander, penyiapan projek itu 49 hari lebih awal daripada jadual asal tanpa memerlukan Extension of Time (EOT), menjadi contoh terbaik bagi pelaksanaan projek lain. Menurutnya, projek naiktaraf ini merupakan antara inisiatif utama Kerajaan MADANI bagi memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET), selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing. “Beberapa bengkel baharu telah dibina termasuk Bengkel Seni Kulinari, Fesyen, Kosmetologi, Elektrik, Elektronik, CAD, Mock Office, Pendawaian dan Teknologi Kimpalan. "Kesemua ini akan menjadi medium latihan terbaik untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi,” katanya. Beliau menambah, kejayaan menyiapkan projek ini bukan sahaja melengkapkan kemudahan fizikal, malah diharap dapat menyuntik semangat baharu dalam kalangan pendidik dan pelajar untuk terus membudayakan kecemerlangan pendidikan. Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya JKR Malaysia, pasukan projek, kontraktor utama serta para perunding profesional yang menunjukkan komitmen tinggi. Pada masa sama, beliau mengingatkan kontraktor agar segera melaksanakan pembaikan sekiranya terdapat aduan sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP), manakala JKR diminta terus membuat pemantauan pasca penyerahan bagi memastikan kemudahan berada dalam keadaan baik serta menepati spesifikasi. “KKR dan JKR sentiasa komited melaksanakan projek berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Kejayaan projek ini adalah bukti bahawa aspirasi Kerajaan MADANI diterjemahkan melalui tindakan – projek berkualiti, siap tepat pada masanya, dan memberi nilai tambah kepada masyarakat,” tegas beliau. Turut hadir dalam majlis penyerahan ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi, Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM, Datuk Masyati Abang Ibrahim serta beberapa pegawai kanan JKR dan Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyurak Keti.-EDISI UKAS

View

news

Penterjemahan Pemacu Strategik Pembangunan Ilmu dan Ekonomi Digital

KUCHING: Bidang penterjemahan bukan sekadar alat komunikasi, malah menjadi pemacu strategik kepada pembangunan ilmu, ekonomi digital, industri kreatif serta diplomasi silang budaya negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, penterjemahan berperanan penting sebagai jambatan yang menghubungkan tamadun, memperluas akses ilmu pengetahuan, serta memelihara warisan budaya pelbagai bangsa. Katanya, di Sarawak, dengan lebih 30 kumpulan etnik yang memiliki bahasa dan dialek tersendiri, penterjemahan turut menjadi mekanisme pemeliharaan khazanah linguistik dan budaya yang unik kepada negeri ini. “Sesungguhnya saya tidak melihat penterjemahan ini sekadar alat komunikasi, bahkan ia menjadi pemacu strategik kepada pelan-pelan pembangunan Sarawak dalam memudahkan kerjasama dengan pelabur asing serta meningkatkan akses kepada modul dan latihan berkualiti,” katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam sempena Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-20 yang berlangsung di Kuching pada Selasa. Datuk Patinggi Abang Zohari turut menekankan bahawa pelaburan dalam bidang penterjemahan, latihan penterjemah profesional, dan teknologi linguistik adalah sebahagian daripada infrastruktur intelektual yang menyokong aspirasi besar Sarawak di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Dalam ucapannya, Premier juga mengaitkan kepentingan penterjemahan dengan pembangunan sektor penerbangan serantau, termasuk perkhidmatan AirBorneo yang bakal menghubungkan Sarawak dengan Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta dan Hong Kong secara berperingkat. Menurut beliau, penterjemahan berkualiti akan menjadi kunci kepada diplomasi budaya dalam kalangan penumpang pelbagai latar bahasa. Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), khususnya Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi selaku tuan rumah, serta rakan penganjur iaitu Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) atas kejayaan menganjurkan persidangan berprestij ini. “Persidangan ini menjadi medan subur untuk perkongsian ilmu, idea dan inovasi dalam bidang penterjemahan. "Saya berharap ia dapat melahirkan lebih ramai penterjemah profesional, khususnya dari Sarawak, ke peringkat global,” ujarnya. Persidangan dwitahunan ini menghimpunkan ilmuwan, penterjemah profesional, penyelidik dan pencinta bahasa dari pelbagai negara bagi membincangkan peranan penterjemahan dalam dunia tanpa sempadan.-EDISI UKAS

View

news

RISM Clinches Third Consecutive Title At 10th UPC Inter-Professional Golf Tournament

KUCHING: The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) triumphed once again, securing its third consecutive victory at the UPC Inter-Professional Golf Tournament held at Samarahan Golf Club. According to a statement, through this win, RISM not only achieved a prestigious hat trick but also cemented its reputation as the most dominant team in the tournament’s history, lifting the UPC Trophy five times since the inaugural event in 2003. “This year’s tournament marked the 10th edition of the biennial event, which gathered more than 80 golfers from 11 professional bodies, including surveyors, architects, engineers, doctors, accountants, agricultural scientists, chemists, veterinarians, and advocates. “The event was graced by distinguished figures, namely the Ultimate Professional Centre (UPC) Chairperson, Sr. Laura Yiin, Samarahan Golf Club President and Architects’ Captain, Ar. Brian Chien, RISM Chairman, Sr. Norman Chai, and Organising Chairman, Sr. Jeremy Lu. “It also included the Engineers' Captain, Datu Ir. Janang Bungsu, Doctors’ Captain, Dr. Eu Gene Teoh, Accountants’ Captain, Sean Chapman, and Tebedu Assemblyman, Dr. Simon Sinang Bada who represented the Sarawak Institute of Agricultural Scientists, Institute Kimia Malaysia, and Sarawak Veterinary Association,” it said on Monday. In the team competition, RISM emerged champions with a total nett score of 434, while the combined team of the Sarawak Institute of Agricultural Scientists, Institute Kimia Malaysia, and Sarawak Veterinary Association secured second place with 443, while the Engineers finished close behind in third with 454. The individual category saw RISM’s Captain, Sr. John Cheu, clinch top honours with a superb nett score of 65, followed by Gerald Tan (Agricultural Scientists) with 67, and Sr. Augustine Chuo with 68. Fourth and fifth places went to Dr. Eu Gene Teoh (Doctors) and Advocate Sarbjit Khaira Singh, both scoring 71. Meanwhile, in the gross event, Ar. Wan Liz Farwana (Architects) emerged champion with a score of 83, while Dr. Samuel Wong (Veterinary) claimed second place with 87, and Kalaka Assemblyman, Mohamad Duri (Engineer) took third with 88. RISM expressed appreciation to all team captains for their dedication in assembling strong contingents from across the professions, with participants even flying in from Miri and Mukah to join the tournament. The organisers reaffirmed their commitment to fostering inter-professional unity through golf. “This tournament not only celebrates sportsmanship and camaraderie among professionals but also strengthens the bond between various fields,” they said. -UKASnews

View

news

Program Pro-DR Meri Peluang Pelajar & Pengawa Puang Ngagai Menua Pesisir

SEBUYAU: Program Project of Dream Realized (Pro-DR) Ke-10 ti diatur Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) enggau sukung Opis Pelajar Nengeri Sarawak (JPNS) meri peluang pelajar, latih enggau pengawa puang ngagai nembiak ba menua pesisir. Program nya udah dipenyadika Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen Sarawak ti mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi ditu, kena Hari Satu tu tadi. Lebuh bejaku, iya nyemetak madah inovasyen digital diatu beguna endar ukai semina ungkup rayat ba mengeri aja tang mega menua pesisir nengah teknologi baka kuasa solar enggau Internet of Things (IoT) ulih nyaup sektor betanam betupi sereta pengawa berikan ngasilka produk bisi kualiti enggau pengawa lantang agi. Dato Sri Julaihi nerang, perintah nengeri betuai ke Premier Sarawak ransing negap kuasa ulih dikena baru enggau juluk ngasilka kapasiti kuasa 10,000 megawatt manggai 2030, ke alai 60 peratus ari kuasa nya datai ari kuasa solar. Iya madah, inisiatif nya nipakka pengeran negap modal mensia nengah transformasyen pelajar, TVET enggau STEM, dikena nempa rebak landik digital ke ulih meri pulai ngagai aspirasyen Sarawak ke deka nyadi nengeri mansang manggai taun 2030. Roadshow Pro-DR 2025 deka diatur 29 hari berunggu ti disereta 45 raban ari palan pelajar enggau latih di selampur Sarawak. Kelimpah pemandang pelajar enggau kereja, program tu bisi sesyen bekunsi industri, kuiz interaktif, treasure hunt, panggau karaoke, sereta penerang bekaul sekulaship enggau pengawa puang ba pengawa ekonomi digital. Program bejadi mega richah enggau pengawa nyua perais, begambar sereta ngelawa palan pemandang. Sama datai Tuai Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang, Sapit Residen Bagi Menua Samarahan, Rais Ahmat, sereta Pegawai Pelilih Sebuyau, Ayuradiman Bujang.-EDISI UKAS

View

news

Pro-DR Programme Brings Education & Career Opportunities To Rural Areas

SEBUYAU: The 10th series of the Project of Dream Realised (Pro-DR) programme organised by the Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) with the support of the Sarawak State Education Department (JPNS) opens up education, training and career opportunities for students and rural youth. The opening ceremony was officiated by the Minister for Utility and Telecommunication and Sebuyau Assemblyman, Dato Sri Julaihi Narawi here, on Monday. In his speech, he stressed that digital innovation now plays a key role not only for urban communities but also for rural areas with technologies such as solar energy and the Internet of Things (IoT) capable of helping the agriculture and fisheries sectors produce higher quality products and further streamline efforts. Dato Sri Julaihi also explained that under the leadership of the Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, the state government is committed to strengthening renewable energy with a target of 10,000 megawatts of energy generation capacity by 2030, of which 60 per cent is generated through solar energy. He added that this initiative is in line with efforts to empower human capital through the transformation of education, Technical and Vocational Education and Training (TVET) and Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) to produce a digitally literate generation that can contribute to Sarawak's aspiration to become a developed state by 2030. The Pro-DR 2025 roadshow programme will continue for 29 days with the participation of 45 education and training institutions throughout Sarawak. In addition to education and career exhibitions, this programme also offers industry sharing sessions, interactive quizzes, treasure hunts, karaoke stages, as well as information on scholarships and job opportunities in the digital economy. The opening ceremony was also enlivened with a launch gimmick, prize presentation, photo session, and an official visit by guests of honour to the exhibition site. Also present were TEGAS Chief Executive Officer, Udin Bujang, Samarahan Division Deputy Resident, Rais Ahmat, and Sebuyau District Officer, Ayuradiman Bujang. -UKASnews

View

news

Sarawakians Encouraged To Enliven National Day 2025 Celebrations In Sarikei

SARIKEI: The Sarawak Government encouraged all the people of this region, especially the people of Sarikei and surrounding areas, to come together to celebrate the Sarawak-Level National Day 2025 Celebrations which will be held on August 30 and 31. Minister for Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development, Dato Sri Fatimah Abdullah as the Minister-In-Charge for this year's celebration, said the people are urged to fly the Jalur Gemilang in their homes, premises and vehicles as a sign of love and loyalty to Malaysia. “The National Day celebration is not just an annual event, but a manifestation of the spirit of struggle of previous generations that should continue to be instilled in every citizen. “The theme of ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ reminds us that true independence is when the people continue to be protected, valued and treated with respect in all aspects of life,” she said in a special press conference here, Monday. She stressed that this celebration is not only able to nourish patriotic spirit, but also raise awareness of the importance of unity, tolerance and cooperation between races in Sarawak. According to her, the theme of this celebration also aligns with the aspirations of Sarawak Maju Makmur which emphasises the well-being of the people, inclusive development, as well as appreciation for cultural diversity and human values. Among the main events scheduled include the Merdeka Night on August 30 at the Kampung Seberang Sarikei Integrated Sports Complex, the Unity Walk at the Sarikei Sports Complex, and the National Day Assembly at the Sarikei Civic Centre on the morning of August 31. Dato Sri Fatimah expressed confidence that hosting the event in Sarikei this time will build a closer spirit of togetherness, thus strengthening the identity of the people of Sarawak as a sovereign, harmonious, and competitive society. Among the distinguished guests scheduled to attend are the Sarawak Governor, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar with his wife Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, and the Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg. Also present at the press conference were the Deputy Minister in the Sarawak Premier's Department (Corporate Affairs, Information and UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Deputy Minister for Urban Planning, Land Administration and Environment, Datuk Len Talif Salleh, Sarawak Deputy Minister for Transport, Datuk Dr. Jerip Susil, Sarikei Division Resident, Datu Michael Ronnie Langgong and other guests. -UKASnews

View
FirstPrevious561562563564565566567568569570NextLast