Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Naik Taraf Jalan Sungai Dalam, Riam Siap Awal Daripada Jadual

MIRI: Projek menaik taraf Jalan Sungai Dalam di Riam, Miri yang dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual asal, sekali gus membuktikan kecekapan dan prestasi cemerlang pihak pelaksana. Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata projek naik taraf Jalan Sungai Dalam yang melibatkan kerja pelebaran dan penurapan semula sepanjang 1.2 kilometer telah berjaya disiapkan pada 28 Julai lalu, iaitu lebih awal berbanding tarikh jangkaan asal iaitu 8 Ogos 2025. “Projek yang menelan belanja RM300,000 itu merangkumi kerja-kerja menaik taraf beberapa laluan utama di kawasan tersebut dan dilihat mampu meningkatkan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak projek infrastruktur di kawasan DUN Senadin pada Rabu. Antara lokasi yang dilawati termasuk Jalan Sungai Dalam, kawasan Tadika Methodist Riam dan Jalan Taman Tung San. Lawatan ke tapak projek turut disertai oleh pegawai dari Pusat Khidmat DUN Senadin, jurutera Majlis Bandaraya Miri (MBM) serta kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan. Dalam pada itu, Dato Sri Lee turut memuji mutu kerja yang ditunjukkan dan menyarankan agar Majlis Bandaraya Miri menyimpan rekod prestasi kontraktor berkenaan sebagai rujukan untuk pemilihan kontraktor bagi projek-projek akan datang. Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau kawasan Tadika Methodist Riam yang merupakan tapak cadangan bagi pembinaan tempat letak kereta baharu. Tapak itu sebelum ini berdepan isu teknikal berkaitan kedudukan tiang elektrik berhampiran, namun masalah tersebut telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama pihak Sarawak Energy. Selain itu, Dato Sri Lee turut meninjau projek penurapan semula Jalan Taman Tung San yang telah disiapkan di bawah peruntukan MARRIS 2025 dengan kos sebanyak RM139,700. Tegasnya, inisiatif seperti ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam membangunkan kawasan pinggir bandar demi kesejahteraan rakyat.-EDISI UKAS

View

news

Projek Naik Taraf ICQS Sg. Tujoh Disasar Siap Hujung Tahun Ini

MIRI: Projek naik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini. Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata antara komponen utama dalam projek naik taraf tersebut termasuk pembinaan pondok tambahan bagi kegunaan imigresen dan kastam, pelebaran jalan bagi menambah empat lorong baharu, serta pembinaan kemudahan tandas awam untuk kegunaan orang ramai. “Kita mahu projek ini disiapkan sebelum hujung tahun ini supaya menjelang Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Gawai tahun depan, kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di pintu sempadan ini,” katanya. Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja ke kompleks sempadan itu bagi meninjau kemajuan fizikal projek serta menerima taklimat teknikal daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang bertanggungjawab pada Selasa. Selain itu, Dato Sri Lee turut menegaskan bahawa projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak sebagai respon kepada aduan pengguna jalan raya, khususnya berkaitan kesesakan teruk di ICQS Sungai Tujoh ketika musim perayaan dan hujung minggu. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, beliau mencadangkan penubuhan pasukan petugas khas yang melibatkan JKR, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam yang akan berfungsi sebagai platform penyelarasan teknikal serta memantau kemajuan secara berkala. Sebagai langkah pengurusan trafik sementara, kerja-kerja pembinaan utama dicadangkan dijalankan pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Khamis untuk mengurangkan kesan terhadap aliran trafik yang tinggi pada hujung minggu. Dalam masa yang sama, JKR turut diminta menyemak semula jadual projek dan menyelesaikan segera isu teknikal termasuk masalah cerucuk yang dikatakan menjadi antara faktor kelewatan. “Saya minta JKR dan kontraktor tingkatkan usaha serta cari jalan mempercepatkan pelaksanaan supaya projek ini dapat disiapkan mengikut sasaran,” tegasnya lagi.-EDISI UKAS

View

news

AUBS 2025 Platform Ikon Usahawan Bumiputera Sarawak

KUCHING: Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (AUBS) kembali lagi pada tahun ini bagi mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan usahawan Bumiputera terhadap kelestarian pembangunan ekonomi negeri. Penasihat (PKS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Dato Sri Naroden Majias berkata, AUBS mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan kali terakhir dianjurkan pada 2023. Menurutnya, edisi kali ini dianjurkan melalui kerjasama antara MINTRED, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) serta Idris Ibrahim & Co Groups of Companies (IIG) di mana majlis kemuncak penyampaian anugerah dijadualkan berlangsung pada 27 September 2025 di Kuching. “Sebanyak tiga kategori utama ditawarkan dalam AUBS 2025 iaitu Anugerah Usahawan Bumiputera Cemerlang, Anugerah Usahawan Berjaya merangkumi 10 penerima dalam pelbagai sektor serta Anugerah Usahawan Harapan yang merangkumi golongan wanita, lelaki dan belia di bawah umur tertentu,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media AUBS Edisi Ke-7 bagi mewakili Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini pada Rabu. Dalam pada itu, beliau memberitahu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dijadualkan untuk menyempurnakan penyampaian anugerah tersebut. Jelasnya, setiap pemenang akan menerima trofi dan sijil penghargaan, serta berpeluang mewakili Sarawak ke peringkat lebih tinggi seperti Sarawak Entrepreneur Award of the Year (EOYS) serta anugerah nasional dan antarabangsa lain yang berkaitan. Justeru, beliau mengajak para usahawan Bumiputera di seluruh negeri untuk merebut peluang ini dan menjadikan AUBS sebagai platform penting bagi mengetengahkan kejayaan serta potensi masing-masing. Difahamkan, pencalonan untuk AUBS 2025 telah dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 14 Ogos 2025. Turut hadir Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, wakil Setiausaha Tetap MINTRED Connie Christopher Kesa, Pengerusi AUBS 2025 Juita Drap serta Timbalan Pengerusi AUBS 2025 Kaunselor Halim Muhamad.-EDISI UKAS

View

news

Sarawak Governor Receives Courtesy Call From Pesta Benak Sri Aman 2025 Main Committee

KUCHING: Sarawak Governor, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi have received a courtesy visit from the delegation of the Peta Benak Sri Aman 2025 Main Organising Committee. Led by Deputy Minister for Education, Innovation and Talent Development and Simanggang Assemblyman Datuk Francis Harden Hollis, the main purpose of the visit was to extend an official invitation to the Head of State and his wife to officiate at the closing ceremony of the festival scheduled to take place on 21 September at the Sri Aman Waterfront. During the meeting, Datuk Francis presented information regarding the organisation of the festival with the theme ‘Explore the Uniqueness and Challenges of the Benak Phenomenon in Batang Lupar, Sri Aman’, which will be held from 19 to 21 September. This festival is expected to continue to be an important platform in promoting the uniqueness of the Benak phenomenon as a tourist attraction, in addition to stimulating the economic growth of the local community through the participation of various sectors. In this regard, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi and Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah expressed their support for this organising effort and voiced a proposal for the Sarawak Government to consider establishing a training centre in Sri Aman that could function as both an exhibition space for agricultural products and a learning hub offering TVET-based skill development. The proposed centre aims to provide local communities with a platform to showcase and market their agricultural produce, while also offering technical skills training for school leavers who did not complete Form 3 or Form 5, equipping them with certifications to access better employment opportunities. Also joining the delegation were Sri Aman Division Resident, Mahra Salleh, Sri Aman District Officer, Shariff Bujang, Sri Aman District Council Secretary, Mohd Rizal Zakaria, and others. -UKASnews Photo Credit: Astana Negeri Sarawak

View

news

Servis Perintah Sarawak Ditegap Nengah Transformasyen Ngatur Belanja

KUCHING: Servis Perintah Sarawak majak ngenegap pengelandik sereta pengelurus ngatur belanja nengeri nengah ngatur pengawa bepelasarka asil penatai pemisi, bekenaka kereban pekara wang digital sereta ngemeran prinsip pemeruan ba bajet. Sekretari Perintah Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki madah, macham inisiatif udah dikenataika ba sistem pekara wang sektor perintah nengeri, nyengkaum ngira enggau betul, bajet bepelasarka penatai pemisi enggau pengawa bekenaka teknologi digital. "Inisiatif tu sebagi ari pengeransing nambahka kualiti, pengelandik sereta pemujur sistem pekara wang Servis Perintah Sarawak,” ku iya. Iya madah munyi nya maya Program Bejadi Konferens Transformasyen Pekara Wang Sektor Perintah (PSFTC) 2025 ti dipenyadi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg ditu, Hari Tiga. Nambah ke jaku iya, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar madah, pengawa ngatur belanja perintah patut nengah ubah ti besai bepelasarka inovasyen lalu enda nitih chara lama. "Kitai patut ngubah runding lama, lalu belabuh berati ke asil, empas sereta rega mata duit,” ku iya madah baru. Datuk Amar Mohamad Abu Bakar bela ngemerat pemesai reti numbuh bajet 'gadung', ti nyengulai prinsip ESG (Menua, Rama enggau Atur) sereta ngelangkar pelin ngasil ke penatai pemisi baru ba landskap pekara wang sektor perintah maya hari tu. Ku iya, nengah transformasyen tu, Sarawak ngembuan juluk ati deka ngelangkar servis perintah ti ukai semina bisi inovasyen ari sukut pekara wang, tang bepelasarka penemu rayat sereta nyamin pengelantang timpuh panjai. Iya ngelalau semua ke gawa perintah, agensi perintah enggau kompeni bekaul perintah (GLC) ngambi beambi ulih enggau peluang ke bisi nengah konferens ke diatur nya nyadi alai mandang ke ubah ti meruan sereta mai penguntung ngagai rayat.-EDISI UKAS

View

news

砂拉越总理署 (JPS) 加强风险管理,促进积极主动的工作文化

美里:根据 MS ISO 9001:2015 的要求,风险管理日益成为砂拉越总理署 (JPS) 公务员积极主动的工作文化。该标准强调采用基于风险的方法,持续改进公共服务。 对此,砂拉越转型与创新单位 (STIU) 与 SIRIM 学院私人有限公司合作,于 2025 年 8 月 5 日至 6 日在美里美乐大酒店 (Meritz Hotel) 举办一场关于理解和实施 MS ISO 9001:2015 风险管理的研讨会。 共有32名来自砂拉越总理署下各单位的官员参与此次研讨会,重点在于建立风险管理的基本知识、评估方法以及“基于风险的思维”原则,以应用在日常工作系统中。 通过互动环节和实践培训,参与者不仅学习识别潜在风险、分析其影响,并规划有效的缓解措施,这不仅是一项合规要求,也是一种具韧性的工作实践。 这种方法有望减少任务执行中的不确定性,同时也为砂拉越总理署质量管理体系带来战略改进空间。— UKAS 刊  

View

news

Pasukan Bola Tampar U14 Meradong Sasar Kejayaan di Kejohanan Peringkat Negeri

BINTANGOR: Pasukan lelaki dan perempuan bawah 14 tahun (U14) Kelab Bola Tampar Meradong 14TKB dijangka memberi saingan sengit dalam Kejohanan Bola Tampar U14 Peringkat Sarawak yang akan berlangsung di Sibu dari 14 hingga 17 Ogos ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata beliau amat yakin pasukan itu mampu mencapai kejayaan yang diimpikan hasil bimbingan barisan jurulatih berpengalaman. “Saya percaya semangat juang dan latihan intensif yang telah dilalui akan membuahkan hasil. Teruskan usaha dan bawa nama Meradong ke tahap lebih tinggi dalam arena sukan bola tampar,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Kelab Bola Tampar Meradong 14TKB, yang berlangsung di Dewan Chen Ling Mei, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung di sini, pada Rabu. Datuk Ding turut menzahirkan penghargaan kepada Kelab Bola Tampar Meradong atas komitmen berterusan dalam mencungkil bakat baharu setiap tahun. Beliau juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada para pemain sebelum berangkat ke kejohanan. Majlis turut dihadiri wakil kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii iaitu Wong Soon Mee, serta Pengerusi Lembaga Sekolah SMK Kai Chung, Dato Ung Sing Ung dan barisan jurulatih pasukan.-EDISI UKAS

View

news

Lima Pelajar Curtin Malaysia Sertai Program Musim Panas Kejuruteraan Kimia Antarabangsa di Thailand

MIRI: Selaras dengan dasar Kerajaan Sarawak untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing di peringkat global, lima pelajar Kejuruteraan Kimia dari Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) telah menyertai Program Musim Panas Kejuruteraan Kimia ENTECH Antarabangsa di Thailand, baru-baru ini. Pelajar terpilih ialah Austin Jason Pui, Ashley Bernadette Simon Augustine August, Resty James, Irfa Safrina Rahmat dan Nur Amirah Haziqah Ismail. Program anjuran Universiti Silpakorn itu menghimpunkan pelajar dari Curtin Malaysia, Universiti Kumamoto (Jepun) dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), dengan sokongan institusi ternama seperti Universiti Nagoya (Jepun) dan Universiti Chulalongkorn (Thailand). Program empat hari tersebut menawarkan pendedahan akademik, pertukaran budaya dan peluang jaringan antarabangsa. Antara pengisian termasuk bengkel kelestarian, lawatan industri, serta pembentangan oleh akademik antarabangsa seperti Profesor Armando T. Quitain (Universiti Kumamoto) dan Profesor Madya Dr. Worapon Kiatkittipong (Universiti Silpakorn). Kumpulan dari Sarawak turut mencipta kejayaan apabila Resty James bersama Irfa Safrina Rahmat dan Ashley Bernadette Simon Augustine memenangi Anugerah Persembahan Terbaik menerusi cadangan inovatif meningkatkan pengeluaran gula kelapa secara mampan. Selain aktiviti akademik, peserta berpeluang mengikuti pengalaman budaya seperti membuat pencuci mulut tradisional Thai, celupan kain tie-dye, serta lawatan ke Pasar Terapung Amphawa, Pasar Keretapi Maeklong dan Phra Pathommachedi yang merupakan stupa tertinggi di dunia. Profesor Madya Bridgid Chin dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Curtin Malaysia, yang mengiringi kumpulan itu berkata, program tersebut sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan jurutera berkemahiran global yang mampu menyelesaikan cabaran dunia sebenar. Beliau turut menghargai sokongan berterusan Kerajaan Sarawak, khususnya Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat. “Penglibatan pelajar dalam program berimpak tinggi seperti ini memberi mereka ilmu, kemahiran dan perspektif antarabangsa yang penting bagi menyumbang kepada pembangunan mampan negeri dan negara,” katanya.-EDISI UKAS

View

news

TEGAS Pro-DR Roadshow Negap Pelajar STEM & TVET Di Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Pelajar ba Sains, Teknologi, Injiring enggau Matematik (STEM) sereta Latih Teknikal enggau Vokasional (TVET) majak diaku nyadi pelasar nempa pengelantang nembiak menua pesisir dudi hari. Nitih ku Sapit Menteri Perambu Mengeri, Pengatur Tanah enggau Rampa Menua Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, bidang STEM enggau TVET ukai agi tau dipilih tang bidang ti beguna ke deka mai Sarawak nuju nengeri mansang ti ngembuan penatai pemisi besai. “STEM enggau TVET nempa pengelandik teknikal sereta ngelangkar timpai runding jauh, kreativiti enggau pengulih mutar penusah alai semua tu sebagi ari pengelandik ti besai amat guna dikena ba makit kereja maya hari tu,” ku iya. Iya madah munyi nya maya bejadika program TEGAS Pro-DR Roadshow ke diatur Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di Dewan IKS Tanjung Manis, kena Hari Tiga tu tadi. Nambah ke jaku iya, iya madah, program baka Pro-DR, sebagi ari singkang strategik dikena ngerapitka seraka pelajar kandang mengeri enggau menua pesisir setipak enggau prinsip ‘No One Left Behind’. Iya ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Kuala Rajang sereta Chairman Kaunsil Amanah TEGAS bela ngelansa pemansang benung nyadi ba sitak Tanjung Manis nyengkaum pengawa ngaga Jematan Tuanku Haji Bujang enggau pengawa nampung jalai alun ngagai Sibu ti nyungkak kandang menua nya nyadi hab industri strategik negeri. “Sektor baka betanam betupi moden, kilang, logsitik penyangkai kapal, pengawa berikan sereta kuasa ulih dikena baru benung ngerembai. Sektor tu begunaka pengereja pengawa teknikal ti bepengelandik,” ku iya. Nitih ku iya, pengawa betanam betupi maya hari tu begunaka pengelandik bekenaka teknologi baka dron, sistem parit automatik enggau matau bepelasarka data, ti begunaka nembiak disikap enggau pengelandik ba bidang automasi enggau agro-teknologi. Berebak enggau nya, iya ngelalau ngambi raban nembiak landik ba bidang teknologi enggau injiniring sereta nyadi ‘job creator’ dibanding semina nyadi ‘job seeker’. Program Pro-DR bela ngemerat meri penemu tumu ngagai nembiak sekula primari nengah chara belajar interaktif sereta projek bepelasarka teknologi. Sebagi ari inisiatif ti dikenataika iya nya program T&T Mini Lab ari TEGAS ti nyendiaka latih ba bidang robotik enggau ngena dron. Dikena nyadi ke kelai saup iya ngagai pelajar teknologi di menua pesisir, iya bela madahka sepenyampau RM15,000 diberi kena numbuh T&T Mini Lab di SMK Belawai. Bela datai maya nya, Residen Sitak Mukah Datu Kueh Lei Poh, Pegawai Pelilih Tanjung Manis Ismail Kasah, Tuai Pegawai Eksekutif TEGAS Udin Bujang sereta raban tuai opis perintah, bala pengajar, tuai bansa enggau genturung pendiau.-EDISI UKAS

View

news

Datuk Amar Abu Bakar Marzuki Akan Sempurnakan Upacara Bulanan Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Pada 10 Ogos Ini

KUCHING: Upacara Bulanan Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi edisi Ogos akan disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki pada 10 Ogos ini di Dataran Pertiwi, Kuching. Sebagaimana tradisi yang dimulakan sejak Julai 2024, bendera gergasi Ibu Pertiwi simbol kebanggaan rakyat Sarawak akan dikibarkan dengan penuh adat dan tertib pada tiang setinggi 99.4 meter. Bendera tersebut berukuran 25 meter panjang dan 12.4 meter lebar, melambangkan semangat jati diri serta perpaduan warga kota yang terus utuh. Majlis akan dimulakan dengan persembahan Pasukan Kawalan Kehormatan Setempat dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), diikuti dengan nyanyian lagu kebesaran negeri, Ibu Pertiwi. Bagi memeriahkan suasana, persembahan khas berunsurkan seni dan budaya tempatan turut disediakan, mencerminkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di bumi Kenyalang. Menurut kenyataaan DBKU hari ini, upacara bulanan ini berperanan sebagai platform memperkukuh semangat patriotisme, menyemai rasa cinta kepada tanah air, serta mempererat perpaduan antara kaum. Ia juga sejajar dengan aspirasi kepimpinan negeri dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan berjiwa besar. “DBKU amat berterima kasih atas bimbingan Premier Sarawak yang sentiasa mendorong pelaksanaan program-program berteraskan nilai murni seperti ini. "Komitmen beliau menjadi pemangkin kepada usaha meneruskan tradisi ini sebagai simbol keharmonian dan kebanggaan negeri,” kata kenyataan itu. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis bersejarah ini dan bersama-sama menyemarakkan semangat kenegaraan serta perpaduan dalam kalangan warga bandar raya.-EDISI UKAS

View
FirstPrevious451452453454455456457458459460NextLast