Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Kuching Sets New National Record With 11,349 Zumba Participants

KUCHING: Kuching danced its way into the Malaysia Book of Records on Sunday night as 11,349 participants filled the State Hockey Stadium during the 10th Kuching Zumba Fiesta. This breaks two national records for the Largest Participation in a Zumba Event, and for the Largest Glow in the Dark Zumba. The milestone event was graced by Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, who applauded the community's active lifestyle and strong turnout. This event shows how Kuching continues to champion health, unity, and joy through movement, said Mayor of Kuching South City Council, Dato Wee Hong Seng. "Tonight, we didn’t just make history, we brought people together in the spirit of wellness." Dato Wee also extended his heartfelt thanks to the dedicated Zumba instructors from various studios whose vibrant energy and leadership kept the crowd engaged throughout the night. He further expressed appreciation to the event sponsors: KTS Group, Natural Avenue, Gatorade, and Ming Ming Travel Services Sdn Bhd, whose support made this record-breaking event possible. Organised in conjunction with Kuching Festival 2025, the Zumba Fiesta reflects MBKS’s ongoing efforts to promote public health, community spirit, and inclusive celebration.-UKASnews  

View

news

Klinik Luar Bandar Sarawak Perlu Dibina Semula, Lengkap Dengan Kemudahan Moden

KUCHING: Beberapa klinik kesihatan di kawasan luar bandar Sarawak disaran untuk dinaik taraf atau dibina semula sepenuhnya berikutan keadaan fizikal yang uzur serta kemudahan yang tidak lagi mencukupi bagi menampung keperluan penduduk setempat. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, terdapat empat klinik utama di kawasan DUN Pantai Damai iaitu di Telaga Air, Kampung Buntal, Kampung Santubong dan Bandar Semariang. Ujarnya, majoriti klinik ini sudah berusia lebih 40 tahun serta dibina menggunakan struktur kayu yang tidak lagi sesuai untuk penggunaan jangka panjang. “Klinik Santubong sudah menerima dana untuk pembinaan bangunan baharu tapi saya memohon agar perhatian sama diberikan kepada klinik Telaga Air dan Buntal yang kini dalam keadaan sangat daif,” katanya demikian semasa program lawatan ke Klinik Kesihatan Telaga Air pada Selasa. Tambahnya, penduduk di kawasan Telaga Air sahaja mencecah lebih 7,000 orang melibatkan sembilan buah kampung yang bergantung kepada satu klinik lama di samping projek pembangunan seperti pembinaan kampus Universiti ICAT yang berdekatan dijangka menambah kepadatan kawasan tersebut dalam masa terdekat. Sebagai langkah awal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu menyarankan supaya penstrukturan semula klinik dilakukan mengikut kelas perkhidmatan – daripada Type 6 (asas) kepada Type 5 dan seterusnya, lengkap dengan pegawai perubatan, juruteknologi makmal dan kemudahan farmasi. Sekiranya mampu jelasnya, kemudahan ini boleh dinaik taraf kepada Type 4 bagi menampung keperluan populasi yang semakin berkembang. “Sama seperti pembinaan semula sekolah-sekolah daif, saya mohon agar pendekatan yang sama diambil untuk menaik taraf atau membina semula klinik-klinik ini. "Kita mahu rakyat Sarawak mendapat perkhidmatan kesihatan yang setaraf dengan negeri-negeri lain,” tambahnya. -EDISI UKAS\  

View

news

拿督阿玛祖玛安妮桥乃砂督转型的象征

古晋:横跨民丹莪河的拿督阿玛祖玛安妮桥不仅是古晋市蓬勃发展的又一基础设施,也象征着砂督地区的转型。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士指出,砂督区及其周边的快速发展,已经可与世界主要城市媲美,如荷兰的鹿特丹、匈牙利的布达佩斯以及澳大利亚的东珀斯。 “如果民都鲁有‘金门大桥’,那么古晋也有它的‘鹿特丹’,就是这座桥。这不仅是一座普通的大桥,更是一座现代工程的地标、一项独特建筑艺术的体现,也象征着从传统乡村迈向智慧城市的转型。” 他于星期二晚上在拿督阿玛祖玛安妮桥启用仪式上致词时,这么表示。该座桥位于拿督阿吉巴阿博路(Jalan Datuk Ajibah Abol)。 他称,这座桥是以已故砂总理夫人拿督阿玛祖玛安妮的名字命名。这座桥不仅满足交通连接的实际需要,更承载着爱与感恩,也象征着源自乡村传统的城市景观变迁。 他形容这座桥是“一项工程杰作”,融合独特的建筑设计风格,展现了砂拉越人民建设国际级基建的能力。 此外,他也宣布了一项新的发展计划,即开发名为峇当巴西(Padang Pasir)的地区,这块战略性地段位于民丹莪阿吉巴阿博清真寺(Masjid Bintangor Ajibah Abol)旁边。 “如果吉隆坡有吉隆坡中环(KL Sentral),古晋也会有古晋中环(Kuching Sentral),那将是我们智轨列车(ART)的主要交通枢纽。这片区域原本是一个贩卖蔬菜和开放式巴刹的地方,如今已规划为智轨列车转运中心,并配套现代化、综合性的发展项目。” 他进一步指出,这项发展计划的概念,类似于澳大利亚东珀斯的城市转型成功案例,那片老旧区域已转型为现代化的宜居郊区。 “他们利用河流和桥梁作为发展引擎。我们也有码头、滨水区和民丹莪河。只要以类似的方式推动,这里也一定能成功转型。” 拿督巴丁宜阿邦佐哈里也强调,政府在进行发展规划时,绝不会剥夺乡民的土地拥有权和文化身份。 他说,反之,会引入现代公寓的方式,让乡民拥有更具价值和竞争力的房地产单位。 “资产仍然归社区所有,我们只是用新的方式开发土地,不会牺牲原有的土地权。” 出席活动的嘉宾还包括砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯、砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生、砂内阁部长、砂政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基、砂公用事业部及通讯部(砂能源与砂石油公司)副部长兼砂督区立法议员拿督依布拉欣巴基、砂内阁副部长、各部门主管及受邀嘉宾等。-UKAS刊

View

news

JKM Agih Lebih 600 Kotak Air Minuman Kepada Penduduk Terjejas

PADAWAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kuching melaksanakan dua sesi penyerahan bantuan air minuman di bawah inisiatif bantuan musim kemarau bagi penduduk terjejas di Kampung Petag dan Kampung Sitang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, hari ini. Majlis penyerahan pertama diadakan di Balai Raya Kampung Petag melibatkan agihan sebanyak 266 kotak air minuman kepada 28 keluarga yang dikenal pasti. Penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching, Mariam Ensabi bersama empat orang pegawai JKM yang lain. Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Petag, Mecca Sadjoy serta dua orang wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Sementara itu, majlis penyerahan kedua berlangsung di Kampung Sitang membabitkan 420 kotak air minuman yang diagihkan kepada 36 keluarga yang terkesan akibat musim kemarau. Penyerahan turut diketuai oleh Mariam bersama pasukan JKM dan disaksikan oleh Ketua Kaum Kampung Sitang, Joseph Merot Nyokin. Bantuan ini merupakan respons segera pihak JKM bersama agensi berkaitan dalam menangani impak cuaca kering terhadap komuniti luar bandar yang bergantung kepada sumber air semula jadi.-EDISI UKAS  

View

news

Keselesaan Penduduk Diutamakan, Lorong Pejalan Kaki Kampung Annah Sibuang Dinaik Taraf

PADAWAN: Satu lawatan tapak bagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong telah diadakan hari ini di Kampung Annah Sibuang bagi meninjau pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf lorong pejalan kaki di kampung berkenaan. Lawatan tersebut diketuai oleh Pegawai Tadbir Khas kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil, iaitu Keron Mapus. Turut serta dalam lawatan ialah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching selaku agensi pelaksana, serta Ketua Kaum Kampung Annah Sibuang, Hasan Agon. Projek bernilai RM250,000 itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf lorong dan jalan pejalan kaki di sekitar kampung, demi meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk, khususnya warga emas dan pelajar sekolah. Projek ini dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat sebaik sahaja proses dokumentasi dan teknikal dimuktamadkan oleh pihak JKR bersama kontraktor yang dilantik Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Datuk Dr. Jerip dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur asas yang lebih inklusif dan mesra rakyat sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.-EDISI UKAS  

View

news

Aksi Sengit Bot Laju Warnai Hari Kedua Belaga Regatta 2025

BELAGA: Aksi sengit sembilan acara bot laju mewarnai hari kedua penganjuran Belaga Regatta 2025 yang berlangsung meriah di Pentas Kedua Belaga Waterfront pada Isnin, menyaksikan pasukan dari pelbagai daerah berentap penuh semangat bagi merebut gelaran juara dalam kategori masing-masing. Perlumbaan yang bermula seawal pagi itu membuka tirai dengan acara 40KK 2 Piston Bangkut Tertutup Acara 2, yang menyaksikan dominasi penuh pasukan Team Tegalan apabila berjaya merangkul tempat pertama (RT No. 71) dan naib juara (RT No. 68). Manakala Team Sekapan Piit menamatkan saingan di tempat ketiga. Persaingan terus hangat dalam kategori 18KK Tunnel Terbuka Acara 2 apabila Sigat Timang Group muncul juara, diikuti rapat oleh Team Guan dan Jaguar Murum Powerboat Club yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Bagi kategori 30KK 2 Piston Tunnel Terbuka Acara 2, Burung Ensing Racing Team berjaya menamatkan perlumbaan dengan kemenangan bergaya. Tempat kedua menjadi milik Team Black Mamba manakala Speed Jabai Jet di tempat ketiga. Sementara itu, bagi kategori 50KK Ke Bawah Tunnel Terbuka Acara 2, Team Viper Sting Ray berjaya mengungguli kedudukan pertama. Jaguar Murum Powerboat Club sekali lagi mengukir nama dengan tempat kedua, manakala Team Slebew/RJ Racing menutup podium di tempat ketiga. Seperti lazimnya, pemenang tempat pertama hingga ketiga menerima piala dan wang tunai, manakala tempat keempat dan kelima menerima hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan penyertaan. Turut hadir menyaksikan kehangatan perlumbaan ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang. Perlumbaan bot laju hari ini turut mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung, dengan kehadiran orang ramai yang membanjiri tebing Sungai Batang Balui sejak awal pagi bagi menyaksikan kehangatan saingan di air. Belaga Regatta bukan sekadar pentas perlumbaan, malah menjadi medan mengukuhkan perpaduan, menyemai semangat kekitaan serta menghidupkan tradisi komuniti yang terus diwarisi dari generasi ke generasi.-EDISI UKAS  

View

news

BLM Meradong Sasar Pelajar dan Golongan Kurang Mampu, Bantu Capai Lesen Memandu Sah

BINTANGOR: Program Bantuan MyLesen Memandu (BLM) Kelas B2 anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong menyasarkan pelajar berusia 16 tahun dan golongan kurang mampu untuk memiliki lesen motosikal yang sah. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, borang penyertaan boleh didapati di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Meradong dan perlu dihantar semula ke pusat tersebut setelah lengkap diisi. “Sebarang bayaran hanya akan dimaklumkan oleh pihak Akademik Memandu Ing Sarikei yang turut bekerjasama menjayakan program ini bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat pelaksanaan program tersebut di Pejabat Daerah Meradong pada Selasa. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan keselamatan jalan raya serta memupuk pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang sedia ada. Ia juga sebagai usaha menangani isu pemilikan lesen yang tidak sah dalam kalangan masyarakat luar bandar dan kurang mampu. Antara syarat penyertaan termasuklah warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan mental, dan tergolong dalam kalangan pelajar, masyarakat dalaman serta mereka yang menerima bantuan kerajaan. Pendaftaran calon dan taklimat melibatkan ceramah Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) serta Ujian Bertulis Bahagian I akan diadakan pada 20 September 2025 oleh Akademik Memandu Ing Sarikei dan JPJ Cawangan Sarikei. Majlis Penutupan Rasmi Program BLM DUN Meradong dijadualkan berlangsung pada 22 November 2025 di Stadium Chen Ling Mei, SMK Kai Chung, dan akan disempurnakan oleh Datuk Ding sendiri.-EDISI UKAS  

View

news

Sarawak Governor Receives Courtesy Call From Singapore Minister For Manpower

KUCHING: Sarawak Governor, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar and his wife, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi received a courtesy visit from Singapore Minister for Manpower and Minister-in-Charge of Science, Technology and Energy, Dr. Tan See Leng at the Astana Negeri Sarawak today. During the courtesy call, Dr. Tan engaged in discussions and shared insights on various matters, particularly the development of legal reforms, the implementation of Technical and Vocational Education and Training (TVET) as well as holistic upskilling and reskilling initiatives, especially those aimed at benefiting rural communities in Sarawak. Dr. Tan also extended an invitation to the Sarawak Governor to make an official visit to Singapore in the near future. Earlier, the Singapore delegation also paid a courtesy visit to the Premier of Sarawak at Kompleks Satria Pertiwi, the newly inaugurated administrative complex for the Premier of Sarawak. The Singapore delegation also included Assistant Chief Executive Officer of the Energy Market Authority (EMA), Eugene Toh, Chief Executive Officer of Singapore Energy Interconnections (5GE), Ong Teng Koon, and Senior Assistant Director at the Ministry of Trade and Industry, Serena Chan. Also present was Director of the Malaysian Ministry of Foreign Affairs Sarawak Regional Office, Fenny Nuli. -UKASnews  

View

news

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Menteri Tenaga Manusia Singapura

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sains, Teknologi dan Tenaga Republik Singapura, Dr Tan See Leng, di Astana Negeri Sarawak, pada Selasa. Dalam pertemuan tersebut, Dr Tan berkongsi pandangan dan maklumat berkaitan beberapa perkara penting, termasuk perkembangan reformasi undang-undang di peringkat nasional, pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta inisiatif ‘up-skilling’ dan ‘re-skilling’ yang lebih menyeluruh, terutamanya bagi komuniti luar bandar di Sarawak. Sebagai tanda hubungan mesra dua hala, Dr Tan turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi untuk mengadakan lawatan balas ke Singapura dalam masa terdekat. Terdahulu, delegasi dari Singapura itu turut mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kompleks Satria Pertiwi, yang baru sahaja dirasmikan semalam. Kunjungan ini mencerminkan usaha berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam bidang tenaga, pendidikan teknikal dan inovasi.-EDISI UKAS  

View

news

Perkhidmatan Bergerak KGC & SCHB Kembali Pada 9 & 10 Ogos Ini

MIRI: Perkhidmatan Bergerak Kaunter Setempat bagi permohonan Kenyalang Gold Card (KGC) dan Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) akan kembali dianjurkan pada hujung minggu ini, susulan sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini daripada masyarakat tempatan. Program anjuran Pusat Khidmat DUN Senadin dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri itu akan berlangsung selama dua hari di dua lokasi utama iaitu di Emart Tudan pada 9 Ogos 2025 dan Emart Riam pada 10 Ogos 2025 dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Program ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan Sarawak dalam menyampaikan perkhidmatan secara langsung dan mesra rakyat, terutamanya kepada golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas. Melalui kaunter bergerak ini, warga emas boleh memohon dan terus menerima Kenyalang Gold Card (KGC) di lokasi, serta mendaftar untuk skim SCHB dengan bimbingan dan pengesahan Ketua Kaum atau Kapitan. Program kali ini merupakan lanjutan daripada siri sebelum ini yang berlangsung pada 26 dan 27 Oktober serta 2 dan 3 November 2024 yang berjaya mengumpulkan lebih 7,000 permohonan dalam tempoh empat hari. Turut menyokong pelaksanaan program kali ini ialah AFFIN Bank Sarawak, yang akan membuka kaunter khas bagi urusan pembukaan akaun dan penerangan produk kewangan, Telekom Malaysia (TM) menyumbang dari segi capaian internet bagi melicinkan pemprosesan data serta Pengurusan Emart Tudan dan Riam menyediakan lokasi penganjuran. Orang ramai yang ingin hadir disarankan membawa MyKad serta dokumen sokongan berkaitan bagi melancarkan urusan pendaftaran.-EDISI UKAS  

View
FirstPrevious431432433434435436437438439440NextLast