Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Manfaatkan Dana MRP, Tolak Elemen Penyelewengan

SARIKEI: Penyaluran dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) oleh kerajaan perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan menolak sebarang elemen penyelewengan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, ini kerana dana MRP amat signifikan bagi mempercepatkan proses pembangunan komuniti di sesebuah kawasan. Justeru tegasnya, setiap penerima geran MRP perlu amanah dan memanfaatkan peruntukan yang disalurkan bagi kepentingan bersama komuniti. Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian cek MRP kepada 42 organisasi di Pusat Khidmat DUN Repok pada Rabu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu menambah, setiap penerima perlu bekerjasama dalam membantu membawa pembangunan di Sarikei khasnya. Katanya, kerjasama antara persatuan, kelab, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) penting dalam memperkukuh pembangunan di bahagian tersebut. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut Penghulu Huang Tiong Kang dan Kapitan Ling Dien Yong. -EDISI UKAS

View

news

SUKMA XXI: Sarawak Bersedia Sambut Kehadiran Lebih 1,000 Pengamal Media

KUCHING: Sarawak sudah bersedia untuk menyambut kehadiran lebih 1,000 pengamal media dari seluruh negara yang akan bertugas sepanjang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dijadual bermula pada 17 Ogos ini. Ketika ini, persiapan untuk menyambut kehadiran pengamal media cetak, elektronik dan atas talian yang akan berkampung di Kuching sedang giat dipersiapkan. Bagi memastikan kelancarannya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee turun padang meninjau persiapan akhir di dua pusat media di Kuching sebelum ia diaktifkan bermula esok. Dua pusat media tersebut adalah Pusat Media Utama Sukma XXI Sarawak 2024 bertempat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya dan Pusat Penyiaran SUKMA XXI Sarawak 2024 terletak di Stadium Sarawak Petra Jaya. Ia dijadual dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah petang esok. Turut hadir semasa lawatan tersebut Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon. - EDISI UKAS

View

news

警方在2024年第21届砂拉越马运会共派出2679名警员执勤

美里:砂拉越警方将在2024年第21届砂拉越马运会(Sukma)期间派出2679名警员及各级人员执勤。 砂拉越警察总监拿督曼查表示,所有执勤的警员及人员将分配到所有赛场。 “总共有2679名警察及人员将被调派到现场,其中包括886人来自人民警卫团,及25名来自陆路交通局的官员提供协助,专注于维安任务。” 他是星期五在美里警察总部配合2024年第21届马运会举行新闻发布会上,如是说。 拿督曼查补充,所有安保人员的工作范围包括贵宾、马运会代表队(包括教练和运动员)、公众的安全、交通管制、运动场的安全和秩序监管,及紧急情况下各种形式的监控和安全援助。 “砂警方也劝请民众在出席2024年马运会开幕仪式及闭幕仪式期间,能遵守法律及遵从执勤安全部队的指示。” 出席者还包括美里警区主任艾力申助理总监。-UKAS刊

View

news

Jalan Sibu Jaya Ke Jalan Kong Yit Khim Dijangka Siap Sebulan Awal

SIBU: Projek mega di bawah kerajaan Sarawak iaitu pembinaan jalan dari Sibu Jaya ke Jalan Kong Yit Khim dijangka siap sebulan lebih awal dari tarikh asalnya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, projek yang menelan perbelanjaan sebanyak RM104.4 juta itu sepatutnya siap pada bulan Disember 2024 namun komitmen tinggi telah ditunjukkan oleh kontraktor membolehkan ia siap November ini. "Pada asalnya projek tersebut dijadualkan siap pada Disember 2024, namun kontraktor komited untuk menyelesaikannya lebih awal. "Kami sangat gembira melihat kemajuan ini walaupun pada awalnya terdapat beberapa halangan, tetapi kontraktor yang berpengalaman telah berjaya mengatasinya," jelas beliau. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas turun padang untuk menyaksikan perkembangan projek berkenaan pada Jumaat. Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak memberitahu, adalah menjadi keperluan untuk beliau bersama kementerian dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk turun padang dalam usaha memastikan setiap projek berada di landasan yang betul. “Kami ingin mengetahui dengan tepat perkembangan dan liputan jalan raya di kawasan luar bandar dan berapa banyak rumah panjang dan kampung yang belum dihubungkan dengan jalan raya. “Dan seperti yang anda tahu, kerajaan Sarawak sedang melaksanakan rancangan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 untuk menjadi negeri maju namun sekiranya masih banyak rumah panjang dan kampung yang belum dihubungkan dengan jalan raya, ini bermakna ada masalah yang perlu kita tangani segera,” jelas beliau lagi. Terdahulu, Datuk Amar Douglas Uggah memaklumkan bahawa beliau bersama Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) dan JKR telah turun padang ke Miri, Bintulu, Mukah, Kapit, Sibu, dan Sarikei bukan sahaja untuk memantau program sedia ada malah mengumpul data yang tepat mengenai kesalinghubungan jalan raya. Hadir sama, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Setiusaha Tetap  MIPD Datu Chiew Chee Yau, Pengarah JKR Sarawak Ir. Dr. Cassidy Morris, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Ir. Wisil Lichok. -EDISI UKAS

View

news

SUKMA XXI: Sarawak Ready To Host Over 1,000 Media Practitioners

KUCHING: Sarawak is ready to welcome over 1,000 media practitioners from across the nation who will be covering the 21st Malaysia Games (SUKMA XXI) Sarawak 2024, set to kick off on August 17.   Preparations are in full swing to accommodate the print, electronic, and online media personnel who will be stationed in Kuching.   To ensure a smooth operation, Sarawak Deputy State Secretary (Operation) and Chief Executive Officer of SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee took the time to visit and inspect the final preparations at two media centres in Petra Jaya, Kuching before they go live tomorrow.   Also present during the visit was Director of the Sarawak Public Communication Unit (UKAS), Samuel Simon.   The two centres are the SUKMA XXI Sarawak 2024 Main Media Centre located at the Pandelela Rinong Aquatic Centre, and the SUKMA XXI Sarawak 2024 Broadcasting Centre at the Sarawak Stadium.   The centres are scheduled to be officially launched tomorrow by the Sarawak Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. -UKASnews    

View

news

Miri Gears Up for SUKMA XXI, Safety Assured & Preparations Near Completion

MIRI: The safety of all participants at the 21st Malaysia Games (SUKMA XXI) Sarawak 2024 is assured. Sarawak Deputy Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development and Chief De Mission of the Sarawak Contingent, Dato Gerald Rentap Jabu said a security committee has been established under the Miri Division Resident’s Office to ensure the safety of athletes from Sarawak and other states. “Many PDRM (Royal Malaysia Police) officers will be stationed at the competition venues to ensure athlete safety,” he said. He said this when met by reporters while conducting a site visit to the SUKMA XXI venues in Miri, on Friday.  Meanwhile, Dato Gerald Rentap was satisfied with the preparations made in all venues, noting that 99 per cent of the work has been completed.  With just eight days remaining until SUKMA XXI kicks off, he urged everyone in Miri to show their support for Sarawak’s athletes at the sports venues as their encouragement can make a significant difference. Also present were Sarawak Deputy Minister for Youth, Sports and Entrepreneur Development, Datuk Dr Ripin Lamat, Telang Usan Assemblyman, Dato Dennis Ngau, Deputy Resident of Miri Division, Juan Ubit, Sarawak Sports Corporation (SSC) Head of North Zone, Netty Elvis, and representatives from departments and agencies under the SUKMA XXI Sarawak 2024 Committee. -UKASnews

View

news

Kerajaan Sarawak Berusaha Selesaikan Isu Berbangkit Pelaksanaan Projek Jalan Perhubungan Luar Banda

KAPIT: Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu berbangkit mengenai pelaksanaan projek jalan perhubungan ke kawasan luar bandar. Demikian menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa mempengerusikan  Mesyuarat Pemantauan Projek (Rural Connectivity) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit dan wakil rakyat tempatan anjuran Pejabat Residen Bahagian Kapit di sini pada Khamis. Mesyuarat itu merupakan salah satu program 'turun padang' yang dilaksanakan Datuk Amar Douglas Uggah untuk meninjau sendiri dan berbincang dengan ketua-ketua agensi pelaksana serta berbincang dengan wakil rakyat tempatan. Dalam mesyuarat itu, beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak telah diberi taklimat mengenai projek-projek yang telah dilaksanakan dan projek-projek yang akan dilaksanakan khususnya di Bahagian Kapit oleh Residen Bahagian Kapit Galong Luang. Sementara itu, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, keperluan penambahan kakitangan JKR Bahagian Kapit khususnya petugas lapangan akan diusahakan pada penghujung tahun ini.  Beliau turut memaklumkan akan membawa isu penarikan bayaran Elaun Berkhidmat Kawasan Pedalaman (EBKP) daripada semua kakitangan kerajaan negeri yang berkhidmat di Bahagian Kapit kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk menilai semula keputusan penarikan elaun berkenaan Dalam pada itu, beliau turut membuat tinjauan  jalan akses ke Empangan Hidroelektrik Baleh di situ. Turut mengiringi beliau ialah Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri di Jabatan Menteri Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo serta yang lain.-EDISI UKAS

View

news

Kontraktor Digesa Ambil Tindakan Segera Siapkan Pembinaan SK Dijih

MUKAH: Pihak kontraktor digesa untuk mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan kerja-kerja pembinaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dijih yang mengalami kelewatan dari tarikh ditetapkan.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, kerja pembinaan tersebut harus dilaksanakan mengikut standard yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mengadakan lawatan ke SK Dua Sungai di sini baru-baru ini.  Lawatan daripada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) itu telah diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.  Hasil lawatan tersebut mendapati kerja-kerja pembinaan SK Dua Sungai telah memasuki fasa akhir.  Sementara itu, beliau yang juga Menteri MIPD menerima laporan bahawa projek di SK Kampung Petanak dijangka akan siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.    Untuk rekod, projek pembangunan sekolah daif di bawah konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian telah diperuntukkan dana sebanyak RM1 bilion yang mana ia melibatkan tiga sekolah rendah iaitu SK Dua Sungai, Sk Kampung Petanak dan SK Dijih.  Hadir sama, Timbalan Menteri MIPD Datuk Ir Aidel Lariwoo, Pengarah JKR Sarawak Ir Dr Cassidy Morris dan Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh. -EDISI UKAS

View

news

Projek Pakej 1 Di Jalan Pasi Ke Jalan Sibu Dijangka Siap Mei Tahun Hadapan

SARIKEI: Projek pembinaan Pakej 1 iaitu pembinaan Jalan Pasi ke Jalan Sibu seterusnya ke Tanjung Manis dijangka akan siap pada Mei 2025.  Sehubungan dengan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah melakukan lawatan terhadap projek tersebut bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Jumaat bagi meninjau sendiri perkembangan projek berkenaan. Jelas beliau sempena lawatan tersebut, pembinaan jalan ini amat signifikan dalam usaha meningkatkan jaringan perhubungan dan rangkaian jalan pantai sediaada dengan Jambatan Batang Rajang. Mengulas lanjut mengenai lawatan beliau, Datuk Amar Douglas Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menambah, projek ini menelan peruntukan sebanyak RM321,377,700 secara keseluruhannya. Justeru katanya, pembinaan jalan tersebut perlu disiapkan mengikut jadual memandangkan ianya berfungsi sebagai penyambung untuk melengkapkan jaringan perhubungan yang hilang antara Sarikei dan Tanjung Manis sekaligus dapat menyingkatkan jarak perjalanan penggunanya kelak. Hadir sama, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato' Sri Huang Tiong Sii, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Datuk Ding Kuong Hiing, Pengarah JKR Sarawak Cassidy Anak Morris, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datu Chiew Chee Yau, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Baijuri Bidin serta Jurutera Bahagian JKR Bahagian Sarikei Kennedy Kedo. – EDISI UKAS

View

news

MPHLG Komited Tangani Projek Perumahan Sakit

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) yang diketuai oleh Timbalan Menterinya, Datuk Michael Tiang Ming Tee turun padang untuk memeriksa beberapa projek perumahan di sini yang dikenal pasti sebagai projek sakit termasuk Taman Landeh Heights 2. Dalam satu kenyataan media pada Rabu, beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak melalui MPHLG komited untuk membantu pembeli rumah yang terjejas melalui kerjasama semua pihak. Dalam lawatan ke Taman Landeh Heights 2 baru-baru ini, beliau mendapati majoriti pembeli rumah telah mengambil milikan kosong di mana beliau menekankan pentingnya pembeli memahami dan melaksanakan hak mereka melalui nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Tribunal Pengurusan Strata. Di Matang, projek Taman Millennium yang juga projek sakit, kini sedang dilaksanakan semula dan dijangka siap akhir tahun ini selepas diselamatkan oleh kontraktor baharu. Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa pihak MPHLG akan terus memantau kemajuan projek untuk menangani kebimbangan pembeli. Lawatan pada hari tersebut turut meliputi Taman Greenwoods yang telah siap secara fizikal dan Taman Sri Kenyalang yang mengalami kelewatan kritikal. Bagi kedua-dua projek perumahan itu, beliau memberitahu pihak MPHLG terpaksa campur tangan untuk memastikan projek-projek ini dapat diserahkan kepada pembeli rumah. Katanya, MPHLG akan terus merancang strategi dan meningkatkan proses kerja untuk memantau pelaksanaan projek dan membantu mereka yang terjejas oleh kelewatan projek. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious2761276227632764276527662767276827692770NextLast