Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Komitmen Penduduk Pacu Kejayaan Projek Pembangunan di Mulu

MARUDI: Semangat dan komitmen penduduk luar bandar menjadi faktor utama dalam menjayakan pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Puyut dan Lubuk Nibung, sekali gus memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat setempat. Antara projek yang memberi manfaat segera ialah pemasangan struktur gabion di Rumah Panjang Gawong, Selejau yang dilaksanakan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir, hakisan serta runtuhan tebing yang sekian lama dihadapi penduduk. Selain itu, hasil peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan usaha gotong-royong masyarakat, tiga buah rumah panjang baharu berjaya disiapkan lengkap dengan bekalan air bersih, elektrik serta kemudahan dewan serbaguna termasuk di Rumah Lalo dan Rumah Anja. Dalam lawatan yang diadakan pada Sabtu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala menzahirkan penghargaan atas usaha gigih penduduk serta memberi jaminan sokongan terhadap pelaksanaan projek-projek tambahan pada masa depan. Beliau turut meninjau Rumah Serakup SIDS Pampang Marudi bersama Pengerusi SIDS Cawangan Marudi, Cr Yanti Nyanggau yang disifatkan antara cawangan paling aktif dengan keahlian besar. Rumah Serakup itu berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti wanita, meliputi mesyuarat, kelas tarian, senaman zumba serta pelbagai program kemasyarakatan. Datuk Gerawat dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Cr Yanti atas pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MKT) SIDS, yang dilihat mampu memperkukuh peranan wanita dalam pembangunan sosial di kawasan tersebut.-EDISI UKAS #UKASnews #SaluranInformasiRakyat #SarawakMajuMakmur

View

news

Lions Club Bintulu Disanjung Sempena Jubli Emas

BINTULU: Lions Club of Bintulu Host menerima penghargaan tinggi sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata bahawa kelab itu merupakan kebanggaan masyarakat Bintulu kerana setengah abad menabur bakti kepada rakyat. Berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah 50th Anniversary Charity Golf Tournament 2025 di Kelab Golf Bintulu, beliau berkata pencapaian Lions Club membuktikan bahawa semangat kesukarelawanan mampu memberi impak besar kepada komuniti. “Setengah abad khidmat kepada masyarakat adalah pencapaian yang sangat membanggakan. Tahniah kepada semua ahli, dahulu dan kini, kerana anda adalah kebanggaan Bintulu,” ujarnya. Menurut beliau, penganjuran kejohanan golf amal itu bukan sahaja meraikan para pemenang, malah lebih utama menyemarakkan semangat memberi demi kebajikan bersama. “Golf mungkin satu sukan santai, tetapi apabila digabungkan dengan amal, ia menjadi sesuatu yang jauh lebih bermakna. “Inilah acara yang saya hargai, sukan menyatukan masyarakat, mengumpul dana dan memberi impak nyata,” tambahnya. Dalam majlis sama, Johnny Pang turut menyalurkan sumbangan RM10,000 sebagai tajaan hadiah ‘Hole-in-One’ di Lubang 3. Walaupun hadiah itu tidak dimenangi, beliau menegaskan dana berkenaan tetap diserahkan untuk melaksanakan projek komuniti Lions Club. “Tiada kerugian, hanya keuntungan untuk masyarakat kita,” tegasnya. Beliau juga percaya Lions Club Bintulu mampu terus melaksanakan pelbagai inisiatif bermanfaat merangkumi pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pembangunan komuniti untuk dekad akan datang.-EDISI UKAS #UKASnews #SaluranInformasiRakyat #SarawakMajuMakmur

View

news

‘Juh Berami Ngail’ Erat Perpaduan Masyarakat Betong

BETONG: Program ‘Juh Berami Ngail’ Tertutup Daerah Betong 2025 yang berlangsung di Tebingan Sungai Layar, Kampung Melayu Betong, berjaya menghimpunkan lebih 100 kaki pancing sekali gus menjadi platform mengeratkan perpaduan masyarakat setempat. Majlis penangguhan program tersebut disempurnakan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu yang turut menyampaikan peruntukan RM5,000 kepada Persatuan Penduduk Kampung Melayu Betong (PPKMB) sebagai tanda sokongan. Menurut beliau, penganjuran aktiviti seperti ini bukan sahaja menyatukan penduduk pelbagai peringkat usia malah memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga ekosistem sungai agar kekal menjadi sumber rezeki komuniti. “Selain pertandingan memancing, idea menjadikan kuih bingka sebagai produk ikonik Kampung Melayu Betong wajar diperkembangkan melalui kerjasama dengan institusi latihan tempatan seperti Kolej Komuniti dan CENTEXS,” katanya. Tambah beliau, ia juga boleh dijadikan perusahaan kecil dan sederhana yang berpotensi menembusi pasaran luar secara digital. Pertandingan memancing menjadi acara tumpuan dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM3,800. Mohammad Zuhairi Daud dinobatkan sebagai juara, manakala Marzuki Madaud dan Aini Kipli masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga. Turut menarik perhatian ialah Pertandingan Masakan & Hiasan Kuih Bingka yang dimenangi Dayang Rajemah Abang Karim serta pertandingan dart yang menceriakan suasana program. Program anjuran PPKMB dengan kerjasama Lembaga Khairat dan Amanah Melayu Betong (LKAMB) itu dihadiri lebih 150 orang termasuk pemimpin komuniti setempat.-EDISI UKAS  

View

news

CRAUNERA Biskut Sagu Warisan Jadi Cenderamata Premium Pelancongan

BINTULU: Pengunjung yang mencari ‘Rasa Sarawak’ kini mempunyai pilihan baharu yang lazat iaitu CRAUNERA Biskut Sagu Bebas Gluten, produk makanan premium keluaran CRAUN Research. Produk inovatif ini merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertahun-tahun yang berjaya mengangkat tanaman tradisional sagu Sarawak ke persada dunia melalui pendekatan moden, selamat serta beridentitikan budaya tempatan. CRAUNERA dalam satu kenyataan media berkata, biskut tersebut adalah contoh apabila sains, kualiti dan budaya berpadu. "Kami mengambil tanaman tempatan yang sederhana lalu membayangkannya semula sebagai produk bertaraf dunia yang boleh dibawa pulang pelancong dengan bangga. Apabila pelancong membawa pulang CRAUNERA, mereka turut berkongsi kecekapan dan kehangatan Sarawak,” katanya dalam kenyataan itu pada Ahad. Seiring aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai destinasi gastronomi global, CRAUNERA menampilkan keunikan sagu yang semula jadi bebas gluten dan mesra kesihatan. Produk ini dihasilkan mengikut piawaian HACCP, GMP, HALAL dan MESTI, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna antarabangsa. Biskut CRAUNERA ditawarkan dalam balang 160 gram dengan tiga pilihan perisa iaitu Asli (oatmeal), Matcha dan Coklat, menjadikannya sesuai dijadikan hadiah, cenderamata mahupun snek harian. Dengan bungkusan elegan, mudah dibawa dan tahan lama, CRAUNERA bukan sekadar biskut tetapi sebuah jemputan manis untuk mengenali Sarawak. "Dengan gabungan sains, keselamatan dan cerita, jenama ini melambangkan semangat ‘Dari Sarawak dengan Kasih Sayang’ berkongsi ekspresi premium sebenar dari Bumi Kenyalang kepada dunia,” menurut kenyataan tersebut.-EDISI UKAS

View

news

Kuching Showcased As Model For Culture, Tourism & Urban Regeneration At Wuhan Forum

CHINA: Mayor of Kuching South City Council (MBKS), Dato Wee Hong Seng delivered a presentation at the 2025 Culture and Creativity Driven Sustainable Urban Development International Forum in Wuhan, China where Kuching was showcased as a case study on how cross-sector integration of culture, sustainable tourism and urban regeneration can drive inclusive and sustainable city growth. According to a statement, the Forum was organised by the Secretariat of the UNESCO Creative Cities Network, the Wuhan Municipal Bureau of Natural Resources and Urban Rural Development, and the Wuhan Planning and Design Institute, bringing together global city leaders, experts and policymakers to exchange best practices in sustainable urban development. “In his presentation, Dato Wee highlighted Kuching’s achievements as Malaysia’s first UNESCO Creative City of Gastronomy, as well as a Unity City, World Craft City, and participant in the Healthy City, Child-Friendly City Initiative and WHO Age-Friendly Cities Network. “He explained how Kuching demonstrates the power of integration: gastronomy is not only food, but also a driver of livelihoods, innovation and tourism; eco-tourism safeguards biodiversity while creating jobs, and urban regeneration policies strengthen inclusivity through revitalised public spaces and age and child-friendly frameworks,” it said on Monday. Dato Wee stressed that these cross-sector initiatives form a virtuous cycle, culture attracts tourism, tourism revenues support regeneration, and regeneration enriches both the cultural and tourism experience. He also noted that Kuching’s model is aligned with the Braga Manifesto on Culture and Sustainability, the Mondiacult 2025 Agenda, and the Sarawak Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030, which embed culture at the core of development planning. He further noted that by linking culture, tourism and regeneration, Kuching shows that even mid-sized cities can play a global leadership role in building sustainable and people-centred futures. -UKASnews

View

news

CENTEXS Lawas Pacu Pembangunan Kemahiran Di Wilayah Utara Sarawak

LAWAS: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lawas menjadi inisiatif penting dalam memacu pembangunan kemahiran, sekali gus memperkukuh struktur ekonomi di wilayah utara Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penubuhan institusi itu akan melengkapkan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam menghadapi cabaran globalisasi yang kian pesat didorong oleh inovasi dan teknologi. “Ini adalah hadiah yang begitu besar bagi kita di Sarawak terutamanya di kawasan paling utara di Sarawak iaitu Limbang dan Lawas. "CENTEXS ia akan dapat membuka peluang untuk masyarakat kita, terutamanya dikalangan generasi muda untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran dan meningkatkan keupayaan," katanya. Beliau berucap demikian semasa Majlis Perasmian CENTEXS Lawas yang telah disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di sini, pada Isnin. Turut hadir, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Pengarah CENTEXS dan CENTEXS Commercial, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta tetamu jemputan lain. Datuk Amar Awang Tengah menambah, kebolehpasaran graduan CENTEXS Lawas amat memberangsangkan apabila mencatatkan kadar 98 peratus sejak penubuhannya pada 2018. "Ada diantaranya telah ditawarkan pekerjaan walaupun belum Tamat pengajian. "Malah ada yang mendapat gaji hingga RM10,000 sebulan," tambahnya. - EDISI UKAS

View

news

RMK-13: Sarawak Perlu Agihan Adil Selaras Semangat MA63

KUALA LUMPUR: Sarawak bukan sekadar sebuah wilayah biasa, sebaliknya merupakan rakan pengasas Malaysia sejak 1963 dan wajar diberikan agihan pembangunan yang adil dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi tempoh 2026 hingga 2030. Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata, walaupun pelbagai projek besar dirancang untuk Sarawak termasuk tenaga hidrogen, Lebuhraya Pan Borneo, hab petrokimia, ekonomi maritim dan pelancongan melalui Special Tourism Investment Zone (STIZ), namun sasaran pertumbuhan ekonomi serta angka peruntukan masih belum seimbang. “Pertumbuhan Sarawak hanya disasarkan pada kadar 4.6 peratus, berbanding Sabah 5.8 peratus dan Semenanjung 5.0 hingga 5.2 peratus. “Ini tidak adil bagi sebuah wilayah yang selama ini menyumbang minyak, gas, hidroelektrik dan kini hidrogen kepada negara,” tegasnya dalam satu kenyataan media pada Isnin selepas membahaskan RMK-13 di Dewan Negara hari ini. Sehubungan itu, beliau mencadangkan beberapa langkah utama bagi memperkukuh pelaksanaan RMK-13 di Sarawak. Antara cadangan beliau ialah peruntukan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada RM430 bilion bajet pembangunan nasional untuk Sarawak dan Sabah, mewujudkan Dana Infrastruktur Khas merangkumi projek Pan Borneo, Trans Borneo serta liputan internet berkelajuan tinggi di sekolah pedalaman, selain pengagihan hasil minyak, gas, rare earth elements (REE) dan karbon kredit secara lebih adil. Dato Ahmad turut menekankan keperluan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada bajet pendidikan dan kesihatan negara diperuntukkan kepada Sarawak, untuk universiti teknikal, TVET, hospital pakar, dan kemudahan luar bandar di Sarawak serta geran khas dan ‘capitation grant’ perlu dimaktubkan dalam undang-undang, bukan hanya janji politik. Beliau turut menekankan beberapa bidang keutamaan Sarawak dalam RMK-13 bidang keutamaan lain seperti pembangunan ekonomi desa, keterjaminan makanan, pelancongan berasaskan komuniti, keselamatan dan pertahanan serta perlindungan sosial belia. “Apa yang Sarawak tuntut bukanlah belas kasihan, tetapi keadilan dalam hasil, pembangunan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) “Sarawak bukan anak tiri, sebaliknya rakan kongsi. Jika Sarawak dibangunkan secara setara, Malaysia akan lebih teguh sebagai sebuah negara bangsa,” ujarnya.-EDISI UKAS

View

news

‘Bakul Kasih Pemedulian’ Programme Ensures Community Welfare Is Maintained

LAWAS: Community welfare initiatives continue to be strengthened in Bukit Sari when the Women and Youth Movement of the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari Branch organised the Launching Ceremony and Prayer for the 'Bakul Kasih Pemedulian' programme at a hotel here on Sunday. The ceremony was officiated by the Deputy Sarawak Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, in the presence of Member of Parliament for Lawas, Dato Henry Sum Agong and the leadership of the PBB Bukit Sari Branch Women and Youth Wing. In a press conference, the Bukit Sari Assemblyman expressed his appreciation to the leadership of the Bukit Sari PBB Youth and Women for organising the welfare-oriented programme. “Although the assistance provided may not be large, the value and spirit behind it are very meaningful. “It symbolises the determination of all of us to ensure that the welfare of the community is always maintained,” he said. The ‘Bakul Kasih Pemedulian’ programme focuses on chronic patients who have lost their source of income, with each recipient receiving a food basket worth RM100 and a cash sum of RM150. Apart from financial assistance, this programme also carries the message of moral support that they are not forgotten by society. Among the main objectives of the programme include easing the financial burden of patients' households, providing moral and emotional support to patients and families, and fostering a culture of caring among the community. Additionally, it further strengthens the social responsibility of the organisation and lowers stress in the lives of patients and families to focus on treatment and recovery. -UKASnews ‘Bakul Kasih Pemedulian’ Programme Ensures Community Welfare Is Maintained LAWAS: Community welfare initiatives continue to be strengthened in Bukit Sari when the Women and Youth Movement of the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari Branch organised the Launching Ceremony and Prayer for the 'Bakul Kasih Pemedulian' at a hotel here on Sunday. The ceremony was officiated by the Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, in the presence of Member of Parliament for Lawas, Dato Henry Sum Agong and the leadership of the PBB Bukit Sari Branch Women and Youth Wing. In a press conference, the Bukit Sari Assemblyman expressed his appreciation to the leadership of the Bukit Sari PBB Youth and Women for organising the welfare-oriented programme. “Although the assistance provided may not be large, the value and spirit behind it are very meaningful. “It symbolises the determination of all of us to ensure that the welfare of the community is always maintained,” he said. The ‘Bakul Kasih Pemedulian’ programme focuses on chronic patients who have lost their source of income, with each recipient receiving a food basket worth RM100 and a cash sum of RM150. Apart from financial assistance, this programme also carries the message of moral support that they are not forgotten by society. Among the main objectives of the programme include easing the financial burden of patients' households, providing moral and emotional support to patients and families, and fostering a culture of caring among the community. Additionally, it further strengthens the social responsibility of the organisation and lowers stress in the lives of patients and families to focus on treatment and recovery. -UKASnews

View

news

Sarawak Government Strengthens Housing Assistance Through PPRMS

LAWAS: The Sarawak Government is committed to continuing the Sarawak Poor Home Improvement Project (PPRMS) which has been implemented since 2018 with a fixed allocation of RM1 million per year for each Gabungan Parti Sarawak (GPS) Assemblyman. Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said this programme affirms the state government's concern in helping the needy, especially those living in dilapidated and unsafe houses. “The implementation of this programme is done through ‘gotong-royong’ with the collaboration of the Sarawak Legislative Constituency Service Centre, government departments, district offices, Public Works Department and community leaders. “Priority is given to applicants who are truly qualified and have received confirmation by local community leaders,” he said when officiating the PPRMS Ceremony in Kampung Ladang Baru, Lawas on Sunday. To date, the assistance distributed has not only involved house repairs, but also reconstruction of dilapidated houses. In addition, the Bukit Sari Assemblyman explained that the state government has also provided a special housing scheme for people who own their own land and intend to build a house. The scheme offers easier and more flexible financing facilities, making Sarawak the only state in Malaysia to provide such a scheme. Datuk Amar Awang Tengah also announced that the state government plans to implement more new housing projects, including village expansion and relocation. The projects will be developed according to the latest specifications including paved roads, concrete ditches, retaining walls, clean water supply and electricity, with a land premium of only RM2,500 which can be paid in installments. The same ceremony also witnessed the symbolic implementation of the programme when Datuk Amar Awang Tengah together with Member of Parliament for Lawas, Dato Henry Sum Agong visited the homes of aid recipients. Also present were Limbang Division Resident, Unus Tambi, Department of Irrigation and Drainage Sarawak Director, Datu Ir. Ts Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Lawas District Officer, Ladin Atok, NRDA Regional Director, Datu Ubaidillah Abdul Latif and other guests. -UKASnews

View

news

CENTEXS Lawas Bakal Dijadikan Pusat Latihan Serantau

LAWAS: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lawas bakal dijadikan Pusat Latihan Serantau bagi melahirkan tenaga kerja mahir berdaya saing. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan dana bagi menambah baik infrastruktur pusat berkenaan. “Saya selaku Pengerusi Yayasan Sarawak, kita bersetuju supaya CENTEXS Lawas menjadi Pusat Latihan Serantau. "Ini kerana kita banyak kawan kita jiran iaitu Brunei, Sabah dan mungkin di luar Lawas di mana kita akan memberikan latihan strategik kepada para pelajar di sini. "Bukan sahaja untuk orang Lawas sahaja tetapi ia berbentuk ‘universal’," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian CENTEXS Lawas di sini, pada Isnin. Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Pengarah CENTEXS dan CENTEXS Commercial, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta tetamu jemputan lain. Terdahulu, Datuk Amar Awang Tengah memohon agar dana disalurkan kepada CENTEXS Lawas bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur dan disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, institusi latihan penting dalam membangunkan tenaga kerja mahir termasuk dalam sektor pertanian padi dengan penggunaan teknologi moden demi memastikan keterjaminan makanan. “Lawas dan Limbang mesti menggunakan cara moden. Sebab itu kita menyediakan latihan, kita melatih orang di sini bagaimana menggunakan jentera bagi penanam padi. Kalau boleh kita menanam dalam setahun dua musim. Selain kegunaan sendiri, lebihan beras boleh kita jual,” jelas beliau. Dalam perkembangan lain, Premier Sarawak menegaskan bahawa negeri ini terus melangkah ke hadapan dengan hala tuju pembangunan pasca akademik yang menekankan pembangunan bakat, kelestarian alam sekitar serta transformasi ekonomi berasaskan teknologi, termasuk penggunaan hidrogen dan kecerdasan buatan (AI). “Sebuah negara di Eropah yang begitu berjaya dan dikagumi negara lain di Eropah iaitu negara Jerman disebabkan pendidikan latihan diberikan kepada rakyatnya. "Dan kedua rakyatnya dapat menyesuaikan diri dengan kaedah baharu dalam ekonominya. Jerman macam Malaysia iaitu persekutuan. Sebuah wilayah di Jerman yang begitu maju untuk Jerman ialah Bavaria. Jadi kita di Sarawak mesti mempunyai hala tuju dasar yang boleh membawa Sarawak seperti Bavaria kepada Jerman dan kita Sarawak kepada Malaysia,"katanya. Dalam majlis sama, Premier Sarawak turut merasmikan Green Asphalt Testbed serta menyaksikan sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara CENTEXS dan Sarawak Media Group.-EDISI UKAS

View
FirstPrevious271272273274275276277278279280NextLast