Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Program Malam Cinta Rasul Dapat Sambutan Hangat |
BINTULU: Dianggarkan lebih 10,000 umat Islam sekitar bahagian Bintulu telah menghadiri Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Lasar Kenyalang Bintulu pada Sabtu. Kehadiran Profesor Ustaz Dr Abdul Somad Batubara (UAS) sebagai penceramah program tersebut turut berjaya menarik perhatian umat Islam yang hadir. Program itu merupakan anjuran bersama Lembaga Pelabuhan Bintulu, Bintulu Port Sendirian Berhad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB). Program dimulakan dengan qasidah serta selawat ke atas Nabi junjungan Rasulullah SAW. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menzahirkan penghargaan kepada para penaja kerana telah menjayakan program ini. Beliau turut bercadang untuk mengadakan satu lagi majlis selawat dan berharap program akan datang dapat dijalankan dengan lancar. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
Adaptasi Teknologi, Galak Petani Terlibat Pertanian Pintar |
KAPIT: Komuniti petani di luar bandar dan pedalaman digalak untuk terlibat dalam pertanian pintar yang menerapkan aspek teknologi digital. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata menerusi teknologi baharu itu ia dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan dan ekonomi sara diri penduduk rumah panjang. Selain itu, beliau turut menggesa proses pembangunan seperti jalan raya dan kemudahan asas dilakukan secara berterusan dan dipercepatkan supaya kawasan tersebut tidak dipinggirkan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berkata demikian ketika menghadiri Program Jiwa Komuniti MADANI dan Sesi Libat Urus Sarawak Energy bersama komuniti bagi Sumber Tenaga Melata (Cascading Power Source) di Rumah Gendang, Sungai Puro Gaat, Baleh Kapit pada Sabtu. Dalam majlis tersebut menyalurkan peruntukan lebih RM100,000 kepada Rumah Gendang Sungai Puro Gaat, Baleh Kapit bagi melaksanakan projek penambahbaikan dan aktiviti komuniti. Datuk Wilson Ugak Kumbong berharap pelan dan rancangan berjalan dengan lancar bagi kesejahteraan penduduk persekitaran kawasan tersebut. Turut hadir Wakil Pegawai Daerah Bukit Mabong George Jandok, Pegawai Perhubungan Projek Kementerian Telekomunikasi Sarawak(MUT) Augustone Freedy Minggu, General Manager Sarawak Energy Berhad, Jiwari Abdullah, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Pemancha Bunsu, Penghulu Anyi Kumbong, Penghulu Bawang dan Tuai-tuai rumah kawasan Gaat/Biro Wanita Rumah Gaat. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pengerami Ai Sibujaya 2024 Matak Lebih 20,000 Pengusung |
SIBU: Lebih 20,000 pengusung ngerichah Pengerami Ai Sibujaya 2024 ti udah dipenyadi Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Dato Sri Abdul Karim madah, pengerami nya aja pengerami ai di Sarawak ti disema baka 'Songkran Water Festival'di Thailand ti chukup manah lalu meri pemaik ngagai peranak menua. “Aku nemu bisi ke datai ari menua Bintulu sereta ke bukai, begulai ba pengerami tu sereta meri pemaik ke besai amai, laban sida ke datai mayuh ari nembiak mit, apai indai nyentuk ke aki ini pun sama bela ngerichah pengerami tu. “Nya reti nya, lebuh pemisi sekula tauka ujung minggu baka tu ulih meri ruang ngagai sida sebilik, family bonding,” ku iya madah. Iya madah munyi nya maya dirandau media sepengudah bejadika Pengerami Ai Sibujaya 2024, kena Hari Enam tu tadi. Ku iya nambah, pengerami baka tu ulih ngerapitka agi kaul ruang bilik ke alai bala apai enggau indai ulih mai anak sida iya datai berami. Kelimpah ari nya, bala pedagang lokal mega deka bulih pemaik. Ku iya madah baru, tu kali ketiga iya datai ba Pengerami Ai Sibujaya lalu pengerami sekali tu naka pemadu manah. Nangkan nya, iya meri pengaga ati ngagai raban Amcorp enggau Kaunsil Pelilih Menua Pesisir (MDLBS) , laban opis menteri sida iya seruran nyukung program baka tu lalu, bearap pengatur pengawa tu ulih nyadi program ninting taun di Sibujaya.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
ADUN Kabong Serah Cek Projek & Bantuan Dana Sekolah Mubaligh Sarawak Tahun 2024 |
KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Chee Kadir menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Cek Projek Khas (ADUN Kabong) dan Bantuan Dana Sekolah Mubaligh Sarawak Tahun 2024. Penerima Cek Projek Khas (Kabong) iaitu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan To Eman Nyabor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Engkabang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ulu Roban dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Saint Paul Roban. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Haji Junid Gerigat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Saint Michael Plassu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Roban, Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Roban dan Saberkas Kawasan Kabong. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kejohanan Golf Pupuk Semangat Perpaduan & Kesetiaan Antara Pelbagai Kaum |
MIRI: Peranan aktiviti sukan amat penting dalam membina perpaduan dan semangat kebersamaan komuniti, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom. Menurutnya masyarakat perlu terus bekerjasama dalam mengembangkan bakat sukan, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Perpaduan Sarawak 2024 telah diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri di Hotel Imperial Miri di sini pada Sabtu. Seramai 211 pemain golf dari enam komuniti utama di Sarawak mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Bidayuh, Cina, Iban, Melayu, Melanau dan Orang Ulu bagi merebut gelara juara. Kejohanan anjuran Persatuan Golf Orang Ulu Malaysia (Kelab Golf MOUGA) dan Persatuan GOP KABAN (KGA) itu berjaya dimenangi pemain dari komuniti Cina. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawan Gala, Presiden Kelab Golf MOUGA, Asan Odau dan Presiden Persatuan GOP KABAN, Wesley Nompang. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pesta Air Sibujaya 2024 Tarik Lebih 20,000 Pengunjung |
SIBU: Lebih 20,000 pengunjung memeriahkan Pesta Air Sibujaya 2024 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Dato Sri Abdul Karim berkata pesta tersebut merupakan satu-satunya pesta air di Sarawak yang seumpama 'Songkran Water Festival' di Thailand yang amat menarik sekali dan memberi manfaat kepada penduduk setempat. "Saya difahamkan ada yang datang daripada Bintulu dan sebagainya untuk bersama-sama dalam festival ini sedikit sebanyak memberi manfaat yang begitu besar sekali kerana mereka yang hadir itu adalah daripada golongan yang paling rendah, anak-anak kecil, ibu bapa sampai ke nenek datuk dia pun bersama-sama. “That means masa cuti sekolah ataupun hujung minggu macam ini ia dapat memberi ruang untuk keluarga, family bonding.” Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Air Sibu Jaya 2024 pada Sabtu. Tambahnya, dengan adanya pesta sedemikian, ia dapat mengeratkan institusi kekeluargaan di mana para ibu bapa dapat membawa anak-anak mereka menikmati keceriaan bersama. Pada masa yang sama para usahawan dan peniaga tempatan juga akan mendapat manfaat. Beliau menambah ini adalah kali yang ketiga beliau hadir ke Pesta Air Sibujaya dan sambutan kali ini adalah yang terbaik menurutnya. Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak Amcorp dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan menegaskan bahawa kementeriannya akan sentiasa menyokong program sedemikian agar terus dianjurkan dan menjadi program tahunan di Sibujaya. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Ubah Gaya Hidup, Cegah Penyakit Tidak Berjangkit |
SERIAN: Masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung semakin meluas dalam kalangan masyarakat, dengan pemakanan berlebihan sebagai salah satu punca utama. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, situasi ini mencerminkan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan proaktif dalam mengubah gaya hidup serta pemilihan makanan ke arah yang lebih sihat. Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menggesa masyarakat agar bertanggungjawab terhadap kesihatan diri melalui perubahan kecil, seperti mengurangkan pengambilan gula dengan mengetengahkan slogan '1 teaspoon is enough, less is better, none is the best'. "Perubahan kecil ini dapat memberikan impak besar terhadap kesihatan kita, kerana ramai dalam kalangan kita menghadapi isu 'over nutrition', yang menyumbang kepada penyakit jantung dan jenis kanser tertentu. Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes juga berkait rapat dengan masalah ini. "Oleh itu, fokus kita perlu bukan hanya kepada membina lebih banyak hospital untuk merawat penyakit, tetapi juga kepada usaha memastikan semua orang mengamalkan gaya hidup sihat,"katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Kesihatan sempena Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Sarawak dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bahagian Serian 2024 di Pusat Persidangan Serian pada Sabtu. Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Serian Dato' Sri Richard Riot Jaem, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pegawai Kesihatan Bahagian Serian Dr Majorie Ensayan Junting dan Pegawai Daerah Serian Inting Nyami. Dalam pada itu, Dr. Sim turut menyeru agar semua pihak menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan pemakanan tempatan dan mengurangkan penggunaan plastik di pejabat, sebagai langkah untuk meningkatkan kesihatan dan menjaga alam sekitar. "Di pejabat, kami hanya menyediakan air kosong, tanpa kopi dan teh. Selain itu, kami juga tidak menggunakan cawan plastik lagi, bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik. "Tindakan seperti ini bukan kerana kami kedekut, tetapi lebih kepada tanggungjawab sosial dan kesedaran alam sekitar. "Walaupun langkah ini kecil, saya percaya ia tidak mencukupi jika hanya dilakukan seorang diri, oleh itu semua orang perlu terlibat kerana kesihatan bukan hanya tanggungjawab doktor, tetapi juga individu itu sendiri," tegas beliau. Menyentuh mengenai karnival tersebut, jelas Dr. Sim, ia berfungsi sebagai platform untuk mendidik orang ramai tentang amalan hidup sihat, termasuk pemilihan makanan yang tepat dan pentingnya aktiviti fizikal. Katanya, masyarakat berpeluang untuk berinteraksi dengan pakar kesihatan, mendapatkan nasihat tentang cara menjaga kesihatan dan menyedari kepentingan mencegah penyakit sebelum ia berlaku. Bertemakan 'Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan', karnival anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak itu adalah selari dengan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membanteras peningkatan prevalen obesiti dan NCD lain berkaitan pemakanan di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival itu berlangsung termasuk Pertandingan Snek Sihat, Demonstrasi Masakan, Senamrobik, Saringan Kesihatan, Saringan Mata, Ceramah Kesihatan, Derma Darah, Ujian Kecergasan, Jualan RAHMAH dan jualan produk lain, Pameran Agensi, Semakan Saman PDRM, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Pameran Gigi.-Edisi UKAS |
View |
|
news |
Para SUKMA Platform Ketengah Bakat Atlet OKU Ke Peringkat Antarabangsa |
KUCHING: Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang bakal berlangsung di ibu negeri ini bakal menjadi platform penting bagi Orang Kurang Upaya (OKU) untuk memperagakan bakat dan potensi mereka dalam arena sukan. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, temasya ini memberi peluang kepada atlet para untuk beraksi di peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. "Usaha memperkasakan anak-anak OKU tidak hanya melalui pendidikan tetapi juga menerusi sukan, di mana bakat mereka diberi peluang untuk dikembangkan sehingga mencapai tahap tertinggi. "Mereka yang berbakat berpeluang mewakili negeri dan negara di pentas antarabangsa termasuk Olimpik," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia pada Jumaat. Dato Sri Fatimah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Para SUKMA kali ini menegaskan bahawa sukan adalah medium penting untuk memastikan tiada golongan OKU yang tersisih daripada masyarakat. Menurutnya, prinsip keterangkuman sosial sangat penting dan sukan bagi OKU adalah manifestasi sebenar prinsip tersebut. Majlis itu turut menyaksikan penyerahan cenderamata kepada Ketua Kontinjen (CDM) dari setiap negeri yang terlibat. Seramai 1,275 atlet akan bersaing merebut pingat dalam 10 jenis sukan yang dipertandingkan bermula 22 hingga 28 September 2024. Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Jawatankuasa Induk Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Chef de Mission (CDM) Sarawak Datuk Muhammad Razi Sitam, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Para SUKMA Sarawak XXI 2024 Datu Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap KPWK merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk Para SUKMA XXI Sarawak 2024 Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Tetap MUDeNR selaku Pengerusi Jawatankuasa Perkampungan Sukan & Penginapan Pegawai dan Atlet Para SUKMA 2024 Hairani Mohammad Ismail serta tetamu kehormat lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Nyabung 70 Peratus Atlit Baru, Juluk 40 Midul Emas Ba Para SUKMA |
KUCHING: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur nyabung 70 peratus atlit baru ba pekit Para SUKMA XXI 2024 di Sarawak. Kontinjen ti betuai ke Sabran Abd Bahar nya dipeda mai juluk besai ngerebut podium, enggau juluk bulih 40 midul , iya nya 10 midul emas, 15 midul pirak enggau 15 midul engkeraju. Sabran madah, program ngiga bakat Inspire i-Talent ke diatur Opis Nembiak enggau Lumba Kuala Lumpur, udah mujur mai atlit baru ngagai tim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur enggau nyidi bakat besai ari indu mengeri. “Program I-Talent tu udah mantu kami ngelala bakat baru, lalu dibai ke Sarawak. “Atlit kami bisi 61 iku, lalu 70 peratus ari sida iya atlit baru,” ku iya. Iya madah munyi nya maya dirandau Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pengudah datai begulai enggau bala atlit sida di Padang Bilun Antarabansa Kuching (LTAK), Hari Lima. Enggau pengarap besai ngagai bakat atlit sida, Sabran nyemetak madahka tiga pekit iya nya nyemerai, olahraga, enggau lawn bowl dikearapka ulih nyadi lubuk emas ngagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. "Nitih ari aum kami enggau jurulatih sereta serakup lumba tu, bisi tiga lumba ke ulih dikearapka kami iya nya main nyemerai, olahraga enggau lawn bowl," ku iya nambah. - EDISI UKAS. |
View |
|
news |
Dato Sri Julaihi Tekan Kepentingan Ilmu Al-Quran & Prinsip Ekonomi |
SEBUYAU: Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sebuyau 2024 melabuhkan tirainya pada Khamis dengan majlis penutupan disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi di Masjid Al-Muflihin, di sini pada Khamis. Semasa berucap, Dato Sri Julaihi menegaskan bahawa mempelajari ilmu dari Al-Quran dan memahami prinsip-prinsip ekonomi adalah penting untuk meningkatkan pendapatan Sarawak menjelang 2030. Dengan menggabungkan kedua-dua elemen ini katanya, Sarawak dapat membangunkan sumber manusia yang kompeten dan berdaya saing, seterusnya memperkukuh asas ekonomi untuk mencapai kejayaan yang lebih mampan di masa hadapan. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau memuji usaha Pejabat Daerah Sebuyau dalam menganjurkan pertandingan seumpamanya ke arah melahirkan generasi qari dan qariah yang berkelayakan di daerah tersebut. Menurutnya lagi, Sarawak secara tidak langsung berpotensi mencetak lebih ramai individu yang bukan sahaja fasih membaca Al-Quran, malah mampu menghayati dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya. Justeru, beliau berharap agar pertandingan tersebut dapat diteruskan dan diperluas untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat di kawasannya. Dalam pertandingan itu, Johan bagi kategori qari telah dinobatkan kepada Ariq Mustaqim Wan Bujang dari Kampung Seberang, manakala kategori qariah dimenangi oleh Sharifah Fatimah Wan Sait dari Kampung Jalan Sawmill. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM800 dan piala. Sementara itu, Wan Jamaludin Wan Sait dari Kampung Jalan Sawmil tampil sebagai naib johan kategori qari, diikuti Nazimah Kahrfez dari Kampung Sungai Ladong bagi kategori qariah dengan hadiah wang tunai RM500 serta piala. Tempat ketiga qari dan qariah pula disandang oleh Wan Roslan Wan Sait dan Jamayah Ramli masing-masing dari Kampung Jalan Sawmil dengan hadiah wang tunai RM300 dan piala. Saguhati turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100. Hadir sama ialah wakil Pegawai Daerah Sebuyau Melor Buyong, Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan Ustaz Bahrin Kawi, Pemanca Melayu Kawasan Sebuyau Asli Yahya, Penghulu-Penghulu, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Ketua-ketua Jabatan yang terlibat. -Edisi UKAS |
View |
| FirstPrevious2591259225932594259525962597259825992600NextLast |