BINTULU: Dianggarkan lebih 10,000 umat Islam sekitar bahagian Bintulu telah menghadiri Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Lasar Kenyalang Bintulu pada Sabtu.
Kehadiran Profesor Ustaz Dr Abdul Somad Batubara (UAS) sebagai penceramah program tersebut turut berjaya menarik perhatian umat Islam yang hadir.
Program itu merupakan anjuran bersama Lembaga Pelabuhan Bintulu, Bintulu Port Sendirian Berhad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB).
Program dimulakan dengan qasidah serta selawat ke atas Nabi junjungan Rasulullah SAW.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menzahirkan penghargaan kepada para penaja kerana telah menjayakan program ini.
Beliau turut bercadang untuk mengadakan satu lagi majlis selawat dan berharap program akan datang dapat dijalankan dengan lancar. – EDISI UKAS