MIRI: Peranan aktiviti sukan amat penting dalam membina perpaduan dan semangat kebersamaan komuniti, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.
Menurutnya masyarakat perlu terus bekerjasama dalam mengembangkan bakat sukan, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Perpaduan Sarawak 2024 telah diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri di Hotel Imperial Miri di sini pada Sabtu.
Seramai 211 pemain golf dari enam komuniti utama di Sarawak mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Bidayuh, Cina, Iban, Melayu, Melanau dan Orang Ulu bagi merebut gelara juara.
Kejohanan anjuran Persatuan Golf Orang Ulu Malaysia (Kelab Golf MOUGA) dan Persatuan GOP KABAN (KGA) itu berjaya dimenangi pemain dari komuniti Cina.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawan Gala, Presiden Kelab Golf MOUGA, Asan Odau dan Presiden Persatuan GOP KABAN, Wesley Nompang. – EDISI UKAS