Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Kuching Hosts International Council On Archives Conference 2027

KUCHING: Kuching has been selected to host the International Council on Archives (ICA) Conference 2027, a major recognition for Malaysia, particularly Sarawak, in the field of archive management and digital heritage. The selection was announced by the Paris-based ICA on May 28, beating out nominations from Bogota, Colombia and Johannesburg, South Africa. The Director-General of the National Archives of Malaysia, Dato’ Jaafar Sidek, said the recognition was an honour and proof of Malaysia’s ability to organise world-class conferences. “We hosted the conference in 2008 with over 1,000 participants from 109 countries. This time, our target is also more than 1,000 participants, although the minimum set by the ICA is 700 to 800,” he explained. He said this after paying a courtesy call on Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg at the Kompleks Satria Pertiwi on Monday. The theme of the conference in 2027 is ‘Preserving Cultural Heritage in the Digital Age’, with a focus on electronic records management and digitisation approaches as the best method for storing and disseminating global information. Meanwhile, Chief Executive Officer of the Sarawak State Library, Japri Bujang Masli, said Sarawak is building a new state archive building which is expected to be completed by mid-2026. The building will be equipped with the latest technology including a robotic-based Archival Storage and Retrieval System (ASRS) for storing and accessing archival materials. “With this modern facility, we will not only be able to preserve government documents and national heritage, but also share expertise with the international archival community,” he explained. The conference is expected to attract archivists, information experts, researchers, and policymakers from around the world to discuss innovations, challenges and the future of the archival field in the digital age. Also present at the courtesy call were the Chief Executive Officer of Business Events Sarawak, Amelia Roziman, Deputy Director-General of the National Archives of Malaysia, Zaidin Mohd Noor, as well as senior officers. -UKASnews

View

news

Sarawak Hosts 2025 Inter-School Aesthetic Group Gymnastics Competition

KUCHING: The Sarawak Aesthetic Group Gymnastics Association (SAGGA), in collaboration with the Malaysian Aesthetic Group Gymnastics Association (MAGGA), successfully organised the Sarawak AGG Inter-School Competition 2025 at Dewan Sa’ati, SUPP Headquarters, marking another milestone in the sport’s development in the state. The event attracted more than 150 gymnasts aged between seven and 18, representing schools, studios, and clubs across Sarawak and Sabah. Supported by their teachers and coaches, the young athletes showcased the expanding grassroots reach of Aesthetic Group Gymnastics (AGG). As part of the MAGGA-endorsed School Programme, the competition featured compulsory AGG routines in the U10, U12, and U18 categories, providing a structured pathway from school-level participation to National Assessment (NAD) programmes and IFAGG-sanctioned international events. Batu Kitang Assemblyman, Dato Ir. Lo Khere Chiang, who officiated at the event, commended the competition as more than a sport, describing it as a celebration of passion, perseverance, and the boundless potential of young Sarawakians and Sabahans. He emphasised AGG’s role in nurturing unity, discipline, and respect among youth, while reminding participants of the importance of balancing athletic achievement with education. He reaffirmed his support for the sport’s growth by presenting SAGGA with a RM3,000 contribution to further its development. “Sabah and Sarawak are more than neighbours; we are family, woven together by shared histories, cultures, and hopes for our children’s futures,” he said. Representing MAGGA was Secretary General, Sarah Sarraj, who conveyed greetings on behalf of MAGGA President Dato’ Abdul Malek Noor and reiterated the association’s support for school-based AGG programmes. Sarawak schools and studios represented at the competition included SJKC Sungai Apong, SJKC Sungai Lubak, SJKC Batu 4 ½, SJKC Chung Hua No. 6, Mine Studio, Track & Dance Studio, and Rainbow RG Club from Sibu. From Sabah, participants came from SJK (C) St. James Kota Kinabalu and LK Dream House under the Invitational Category. During the event, SAGGA also presented Special Awards to former committee members who served from 2019–2025 in recognition of their dedication to laying the foundation for AGG’s growth in Sarawak. The organisers extended their gratitude to sponsors MILO and Jerald’s Cookies & Desserts for their support, as well as to teachers, coaches, parents, and volunteers whose efforts contributed to the event’s success. -UKASnews

View

news

Penterjemahan Pemacu Strategik Pembangunan Ilmu dan Ekonomi Digital

KUCHING: Bidang penterjemahan bukan sekadar alat komunikasi, malah menjadi pemacu strategik kepada pembangunan ilmu, ekonomi digital, industri kreatif serta diplomasi silang budaya negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, penterjemahan berperanan penting sebagai jambatan yang menghubungkan tamadun, memperluas akses ilmu pengetahuan, serta memelihara warisan budaya pelbagai bangsa. Katanya, di Sarawak, dengan lebih 30 kumpulan etnik yang memiliki bahasa dan dialek tersendiri, penterjemahan turut menjadi mekanisme pemeliharaan khazanah linguistik dan budaya yang unik kepada negeri ini. “Sesungguhnya saya tidak melihat penterjemahan ini sekadar alat komunikasi, bahkan ia menjadi pemacu strategik kepada pelan-pelan pembangunan Sarawak dalam memudahkan kerjasama dengan pelabur asing serta meningkatkan akses kepada modul dan latihan berkualiti,” katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam sempena Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-20 yang berlangsung di Kuching pada Selasa. Datuk Patinggi Abang Zohari turut menekankan bahawa pelaburan dalam bidang penterjemahan, latihan penterjemah profesional, dan teknologi linguistik adalah sebahagian daripada infrastruktur intelektual yang menyokong aspirasi besar Sarawak di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Dalam ucapannya, Premier juga mengaitkan kepentingan penterjemahan dengan pembangunan sektor penerbangan serantau, termasuk perkhidmatan AirBorneo yang bakal menghubungkan Sarawak dengan Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta dan Hong Kong secara berperingkat. Menurut beliau, penterjemahan berkualiti akan menjadi kunci kepada diplomasi budaya dalam kalangan penumpang pelbagai latar bahasa. Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut merakamkan penghargaan kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), khususnya Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi selaku tuan rumah, serta rakan penganjur iaitu Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) atas kejayaan menganjurkan persidangan berprestij ini. “Persidangan ini menjadi medan subur untuk perkongsian ilmu, idea dan inovasi dalam bidang penterjemahan. "Saya berharap ia dapat melahirkan lebih ramai penterjemah profesional, khususnya dari Sarawak, ke peringkat global,” ujarnya. Persidangan dwitahunan ini menghimpunkan ilmuwan, penterjemah profesional, penyelidik dan pencinta bahasa dari pelbagai negara bagi membincangkan peranan penterjemahan dalam dunia tanpa sempadan.-EDISI UKAS

View

news

Kempen “Jum Jaga Pan Borneo Bait-bait” Seru Tanggungjawab Bersama

BINTULU: Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi pada Isnin telah melancarkan Kempen Kesedaran Menjaga Kebersihan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di P-turn Batu 19, dengan seruan agar rakyat menjadikan tanggungjawab menjaga kebersihan lebuh raya itu sebagai amanah bersama. Menurut beliau, Pan Borneo bukan sekadar jalan raya, tetapi simbol kemajuan yang menjadi nadi pembangunan, penyatu rakyat serta pemacu ekonomi negeri. “Kita di Sarawak bertuah menikmati Pan Borneo tanpa tol, tetapi ini juga bermakna tanggungjawab kita lebih besar untuk menjaga aset ini agar terus memberi manfaat kepada generasi akan datang,” katanya. Dato’ Seri Alexander menegaskan, sampah yang dibuang merata-rata bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Sehubungan itu, kempen “Jum Jaga Pan Borneo Bait-bait” digerakkan melalui pelbagai program termasuk gotong-royong komuniti, taklimat kebersihan di sekolah, serta inisiatif ‘Overhead Pedestrian Bridge Angkat’ dengan kerjasama Pan Borneo Highway Asset Management Sdn Bhd. Beliau turut menekankan bahawa penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan dengan lebih tegas, selain menambah kemudahan tong sampah di sepanjang jajaran lebuh raya. “Mulakan dengan diri sendiri, jangan tunggu orang lain. Jadikan Pan Borneo sebagai kebanggaan kita, bersih, selesa dan selamat untuk semua,” tegasnya. Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato’ Majang Renggi; ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming; serta Timbalan Pengarah JKR Sarawak, Ir. Wisil Lichok.-EDISI UKAS

View

news

Bangunan Baharu SAA Sediakan Spektrum Perkhidmatan Menyeluruh Untuk Anak-Anak Berkeperluan Khas

SIBU: Anak-anak berkeperluan khas, khususnya individu dengan autisme, kini bakal mendapat akses kepada kemudahan yang lebih komprehensif dan moden dengan siapnya bangunan baharu Persatuan Autistik Sibu (SAA). Bangunan tersebut, yang dilengkapi pelbagai fasiliti termasuk bilik terapi, ruang intervensi khas dan kemudahan latihan vokasional, dijangka akan memainkan peranan penting dalam pembangunan holistik anak-anak ini ke arah kehidupan yang berdikari dan bermaruah. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata bangunan baharu ini merupakan manifestasi kesungguhan SAA dalam menyediakan spektrum perkhidmatan yang hampir menyeluruh bagi menyokong keperluan anak-anak autistik dan keluarga mereka. “Di bangunan baharu ini akan ada 10 bilik untuk aktiviti terapi, ruang luas untuk terapi fizikal, termasuk kemudahan ‘snow room’ dan ‘snoezelen’. Selain itu, latihan vokasional juga akan disediakan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyiapan Struktur Bumbung, di sini, pada Isnin. Beliau menekankan bahawa penyediaan fasiliti ini selari dengan pendekatan menyeluruh bermula daripada penilaian awal, intervensi, pendidikan kendiri, sehingga kepada pembangunan kemahiran vokasional. “Kita mahu anak-anak ini dibimbing dari awal – bermula dengan diagnosis oleh pakar pediatrik seawal umur enam tahun, diikuti intervensi bersesuaian, dan seterusnya latihan kendiri serta kemahiran kerja,” tambahnya. Menurut Dato’ Sri Fatimah, matlamat utama adalah untuk melahirkan individu berkeperluan khas yang berdikari, mempunyai kemahiran menjana pendapatan sendiri, dan mampu menjalani kehidupan dengan maruah, tanpa bergantung sepenuhnya kepada belas kasihan masyarakat. Selain menumpukan kepada pembangunan anak-anak autistik, fasiliti baharu ini turut menyediakan bilik latihan dan mesyuarat khas untuk ibu bapa, selaras dengan keperluan sokongan psikososial kepada penjaga. “Tingkah laku mencabar seperti memukul kepala atau menjatuhkan diri boleh mengelirukan orang ramai. Tapi melalui latihan dan taklimat, ibu bapa akan lebih bersedia mengurus keadaan ini dengan baik,” jelasnya. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting Fu Ying, Pengerusi SCSA AGAPE Centre Datuk Tiong Thai King dan Presiden Persatuan Autisme Sibu David Ngu. -EDISI UKAS

View

news

Bintulu Vocational College Officially Handed Over, Completed 49 Days Early

BINTULU: The Bintulu Vocational Secondary School Upgrading Project is fully completed, ahead of schedule. The RM21.5 million project was implemented by the Special Project Team 2 (PPK2), Public Works Department (JKR) Malaysia using the conventional method of consulting through contractor Asarajaya Sdn. Bhd. The handover ceremony of the completed project to Bintulu Vocational College, Sarawak was officiated by the Minister of Works, Dato Seri Alexander Nanta Linggi on Monday. According to Dato Seri Alexander, the completion of the project 49 days ahead of schedule without requiring an Extension of Time (EOT), sets a great example for the implementation of other projects. He emphasised that this upgrading project is one of the main initiatives of the MADANI Government to strengthen the Technical and Vocational Education and Training (TVET) ecosystem, in line with the country's aspiration to produce highly skilled and competitive human capital. “Several new workshops have been built including the Culinary Arts, Fashion, Cosmetology, Electrical, Electronics, Computer-Aided Design (CAD), Mock Office, Wiring, and Welding Technology workshops. "All of these workshops will serve as the best training medium to produce a highly skilled workforce," he said. Dato Sri Alexander added that the successful completion of this project does not only include completion of the physical facilities, but also hoped that new enthusiasm would be injected among educators and students to continue cultivating educational excellence. In his speech, he also expressed his appreciation to all parties involved, particularly JKR Malaysia, the project team, main contractors and professional consultants who have demonstrated high commitment. At the same time, he reminded contractors to act swiftly in implementing repairs if complaints are received during the Defect Liability Period (DLP), while JKR will continue to monitor the project post-handover to ensure that the facilities are in good condition and meet specifications. “KKR and JKR are always committed to implementing high-impact projects that directly benefit the people. The success of this project is proof that the aspirations of the MADANI Government are translated into action through quality projects, on time completion, and providing added value to the community,” he stressed. Also present at the handover ceremony were the Deputy Minister for Infrastructure and Port Development, Dato Majang Renggi, Division Secretary to the Ministry of Education, Datuk Masyati Abang Ibrahim, Bintulu Division Resident, Datu Nyurak Keti, as well as several senior JKR officers. -UKASnews

View

news

Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Subis Semarakkan Syiar Islam

SUBIS: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Subis 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu pada Isnin menyemarakkan lagi syiar Islam dengan penyertaan seramai 12 peserta terdiri daripada enam Qari dan enam Qariah. Majlis penangguhan rasmi disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa al-Quran merupakan mukjizat agung yang kekal relevan sepanjang zaman. “Dengan berpandukan al-Quran, kita dapat membentuk generasi Ulul Albab, umat yang maju dalam ilmu dan makmur dalam kehidupan berakhlak mulia. Semoga syiar Islam terus ditegakkan di bumi Sarawak yang kita cintai ini,” katanya. Sementara itu, Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, penganjuran majlis tersebut bukan sekadar memperdengarkan bacaan indah ayat suci, malah berperanan penting sebagai panduan hidup. “Majlis Tilawah Al-Quran bukan sekadar medan bacaan, tetapi wahana penghayatan kalam Allah. Semoga dengan penghayatan ini, kita dapat membina Ummah Maju Makmur di Daerah Subis, selaras dengan tuntutan al-Quran sebagai panduan umat,” jelasnya. Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Subis 1447H/2025M tahun ini menyaksikan Muhammad Nazif Mohd Anis muncul sebagai johan Qari, diikuti Muhammad Najwan Halim naib johan dan Muhammad Hanif Mohamed Zamri tempat ketiga. Manakala, kategori Qariah dimenangi Nazirah Jabri, Azah Badengah naib johan) serta Sapiah Junaidi tempat ketiga. Penganjuran majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Daerah Subis dengan kerjasama Pejabat Daerah Subis, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri, Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin Bekenu, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) ini menjadi wadah memperkukuh syiar Islam di peringkat akar umbi. Selaras dengan tema sambutan perayaan Islam tahun ini, “Ummah Maju Makmur,” program berkenaan diharap dapat terus menjadi platform tahunan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di daerah ini. Majlis turut diserikan dengan persembahan Kalam Jamaie oleh Kumpulan Soutun Najah, ulasan daripada jemaah hakim serta penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang serta peserta.-EDISI UKAS

View

news

TEGAS Anjur TFA Edisi Keempat September Ini

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama pitchIN, platform pendanaan ekuiti ramai (ECF) terkemuka negara, akan menganjurkan TEGAS Fundraising Accelerator (TFA) edisi keempat pada 8 hingga 11 September 2025 di TEGAS Digital Village. Pengerusi TEGAS merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata program intensif selama empat hari itu bertujuan melengkapkan pengasas startup tempatan dengan ilmu serta strategi pembiayaan. Menurutnya, peserta turut diberi latihan kesediaan pelabur bagi meningkatkan peluang memperoleh dana untuk mengembangkan perniagaan. “Matlamat kami adalah melahirkan generasi usahawan berimpak tinggi Sarawak. “Dengan bimbingan pakar serta akses terus kepada rangkaian pelabur, kami yakin startup tempatan mampu berkembang dan menembusi pasaran global. “Memasuki tahun keempat penganjuran, TFA diyakini menjadi batu loncatan penting dalam memperkemas strategi pembiayaan selain membuka jaringan bermakna bersama pelabur dan pemain industri,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Tambahnya, program berkenaan turut memberi pendedahan menyeluruh mengenai proses pembiayaan, termasuk penyediaan ‘pitch deck’ yang berkesan serta pengurusan hubungan pasca-pembiayaan dengan pelabur.-EDISI UKAS

View

news

Projek Perumahan Sakit Di Bintulu Selesai Selepas 7 Tahun Tertangguh

BINTULU: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) berjaya menyelesaikan sebuah projek perumahan sakit di Lot 6256 dan Lot 6258, Blok 32, Daerah Tanah Kemena yang dibangunkan oleh Tiara Seni Sdn Bhd selepas mengalami kelewatan selama tujuh tahun daripada tarikh siap asal pada Disember 2017. MPHLG dalam satu kenyataan media pada Selasa berkata, projek tersebut melibatkan 220 unit kediaman merangkumi rumah berkembar, rumah teres, rumah teres kos rendah serta townhouse, dan kelewatan itu memberi kesan kepada seramai 75 pembeli rumah. Menerusi pemantauan berterusan serta penglibatan aktif bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Jabatan Tanah dan Survei, Bintulu Development Authority, pihak pemaju dan juga pembeli rumah, MPHLG berjaya memfasilitasi penyelesaian isu pematuhan teknikal yang sebelum ini menghalang kemajuan projek. Hasilnya, Sijil Layak Menduduki (Occupation Permit - OP) dikeluarkan secara berperingkat, sekali gus membolehkan rumah diserahkan kepada pembeli. Batch pertama OP dikeluarkan pada 14 Julai 2025 melibatkan 38 unit rumah teres dua tingkat dan rumah berkembar dua tingkat, manakala batch kedua dikeluarkan pada 6 Ogos 2025 bagi 46 unit rumah teres dua tingkat. “Beberapa rumah telah pun diserahkan kepada pembeli masing-masing, dan ini membuktikan keberkesanan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Projek Perumahan (JKTP) sebagai platform menyelaras isu, mendapatkan input teknikal dan merangka penyelesaian kolaboratif,” jelas kenyataan MPHLG. Baki unit lain masih dalam peringkat pembaikan manakala pembinaan rumah townhouse sedang diteruskan, dengan kementerian akan terus memantau rapat perkembangan projek sehingga siap sepenuhnya.-EDISI UKAS

View

news

MPKS, UNIMAS Perkukuh Kerjasama Strategik Bangunkan Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal memperkukuh kerjasama menerusi pelaksanaan Smart Strategic Partnership yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti, peningkatan kapasiti serta agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG’s). Kerjasama tersebut dimuktamadkan dalam kunjungan hormat MPKS ke atas Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit, baru-baru ini. Antara inisiatif yang dibincangkan ialah pelaksanaan program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM), kolaborasi latihan pembangunan kapasiti, serta penglibatan UNIMAS dalam program Samarahan Food & Cultural Festival (SFCF) 2025. Menurut MPKS, kolaborasi ini penting bagi mengukuhkan peranan UNIMAS sebagai institusi akademik berpengaruh global dalam memacu pembangunan Kota Samarahan ke arah bandar pintar, progresif dan inklusif. Rombongan MPKS diketuai Pengerusi Perbandaran MPKS, Abang Ismawi Abang Ali bersama Timbalan Pengerusi Perbandaran MPKS, Daily Joseph, serta Setiausaha Perbandaran MPKS, Gustian Durani.-EDISI UKAS

View
FirstPrevious251252253254255256257258259260NextLast